Bab 4♡Hadirnya Kemanisan Cinta

50 3 0
                                    

Hai,pembaca semua! Apa khabar sihat semua? Alhamdulillah kalau sihat. Jadi,marilah kita sambung baca apa kisah seterusnya aku dengan si Zain ni.

Lepas dia kata yang dia tidak kisah pun aku balas chat dia lambat, hati aku rasa kurang risau. Maklumlah,ada sesetengah lelaki yang memang benci bila orang balas chat dia lambat. Ada yang lagi teruk  lelaki yang tak boleh bila teman wanita dia balas chat lambat 1 minit. Fuhhh! Lelaki macam itu memang minta kena putus.

Mula daripada situlah perkenalan aku dan Zain semakin akrab padahal kami berdua tak bercinta pun. Dia seorang yang sangat caring, tak pernah tanya pasal kisah silam aku,dia terima aku apa adanya. Aku sangat bahagia masa tu. 100% aku memang terlalu bahagia dapat mengenali hati budi Zain. Sebab masa dia hantar chat dekat aku buat pertama kali dia ada cakap dengan aku.

"Awak,boleh tak kalau saya nak berkenalan dengan awak?saya memang tahu dah nama awak Rara tapi hati budi awak saya tak kenal lagikan? Hihihi.."

Aku membalas, "Yaa..boleh saja. Saya tak kisah orang yang nak kenal dengan saya. Saya suka je".

Dia pun memang ikhlas nak kenal dengan aku jadi apa salahnya kalau aku buka hati untuk dia. Aku bermonolog seorang diri.

Malam tu,aku dah pun balik rumah sebab dah discharge dari Hospital pukul 2 petang tadi. Dan itu adalah masa kosong aku untuk aku layan dia di Whatsapp. Alang-alang aku tiada kerja lebih baik aku isi masa aku melayan karenah dia. Sebaik sahaja aku on Whatsapp, banyak gila chat dari Zain yang masuk ke dalam telefon aku.

"Awak ooo Awak... " , "Awak buat apa tu? Dah makan tak"? , "Solat isyak dah ke belum tu?"

Terlalu banyak persoalan yang dia tanya pada aku. Aku rasa macam dihargai sangat-sangat padahal aku bukannya kekasih dia pun.

"Ya,awak saya ada je ha kat sini. Tadi busy kemas beg balik. Kan baru keluar ward. Hehehe..saya dah makan.Awak pula?" balas aku secara ringkas.

Pasal solat? Aku buat tidak nampak sahaja soalan tu. Aku balas bahagian yang dia tanya aku tengah buat apa dan sudahkah aku makan malam.

Dia menjawab yang dia sudah makan dan dia sudah solat isyak walaupun aku tak tanya pun dia pasal solat. Kemudian,dia cakap yang dia sedang menonton televisyen sambil layan chat aku.

Aku memang rasa berbunga-bunga sangat hati ni. Dah lama rasanya aku tak rasa perasaan macam ni lepas apa yang dah jadi pada aku. Kebanyakkan lelaki yang aku couple semuanya pergi tinggalkan aku dan mereka tak pernah kekal inikan lagi serius dalam sesuatu hubungan. Aku malas dah nak ingat fasal ni.

Kami berbual sampai larut malam. Dia memulakan video call dengan aku. Tapi,cuba teka? Apa yang dia cakap sebelum dia call aku? Dia minta izin untuk dia dengar suara aku,tengok wajah aku dalam keadaan yang bertutup dan bukannya di dalam bilik. Aku pelik kenapa permintaan terakhir dia tu berbunyi lain macam sikit eh? Aku biarkan.

Kemudian,setelah aku mengizinkan dia untuk menelefon aku maka dia pun lakukan. Hati aku masa dia call tu memang berdebar gila. Aku tak tahu apa yang aku nak bualkan dengan dia. Kami baru je kenal 2 hari lepas. Tak banyak sangat aku tahu tentang dia tapi aku cuba untuk mengenali dia lebih baik.

"Hai,Rara! Assalammualaikum wbt!"

"Hai,Zain waalaikummussalam wbt. Awak kat mana ni? Kenapa awak tak kasi saya call dengan awak dalam bilik?"

"Hahahhahaha.. saya bukannya tak kasi cuma saya tak suka. Saya tak suka kita berbual dalam bilik. Saya memang tak suka duduk dalam bilik bila bercakap dalam telefon. Rasa tak sedap dan cepat bosan. Lagipun kan segar kalau kita video call kat luar rumah. Ambik udara n angin segar malam-malam macamni." Kata Zain pada aku.

"Ohhh..hahahha yeke? Pelik-pelik je awak ni. Saya tak pernah pula dengar orang cakap bosan duduk dalam bilik. Bagi diorang,bilik tidur ni macam syurga diorang,awak tahu? By the way,awak sihat tak?" Soalku padanya.

"Tak tahula mungkin saya je kot macam ni. Saya sihat je Alhamdulillah. Eh,awak ni comel juga eh? Saya tertanya-tanya macam mana lah rupa awak. Maklumlah awak kan letak profile pic Whatsapp awak gambar kucing? Huhuhu. Memang comel rupanya awak ni macam kucing tu.hahahhaha.." Zain menyakat aku dengan lawak nya yang jelik itu.

" Zain menyakat aku dengan lawak nya yang jelik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku layankan saja dia. Aku pun dah pasang niat siap-siap untuk buka hati aku buat dia jika betul dia sukakan aku. Walaupun bukan sekarang untuk dia jatuh cinta dengan diri aku, aku sudah pun buat persediaan jika itu semua berlaku antara dia dengan aku. Yalah, mustahil aku dan dia jadi pasangan sedangkan baru saja 2 hari kenal. Lagipun, aku sudah 2 tahun setengah juga tak ada couple dengan mana-mana lelaki sampailah aku kenal si Zain ni.

Kali ni memang betul-betul aku serius dan mulai matang untuk bertindak. Jika benar dia jodohku, maka dia milikku selamanya. Jika tidak, maka hanya doa yang mampu aku titipkan buat dia yang bakal menjadi petunjuk untuk dia mencari kebahagiaan dia sendiri.

Hari demi hari,minggu demi minggu, bulan demi bulan berlalu. Perkenalan ini membawa hubungan aku dengan Zain bertambah intim. Tambahan lagi kami selalu video call bersama di Whatsapp. Memang tak nampak janggal langsung sudah. Mulai mesra adalah. Alhamdulillah aku berterima kasih pada Allah dan aku sungguh bersyukur sekali waktu itu.

Seperti yang aku katakan, kami pun sudah rapat dan akhirnya Zain mengajak aku bercinta bersama dia. Dia ingin jadikan aku sebagai teman wanita dia. Bukan itu sahaja, bahkan dia mengajak aku bertunang jika ada rezeki dan jodoh. Aku terima apa yang dia cadangkan untuk aku itu. Aku juga menerima lamaran dia untuk jadikan aku sebagai pasangan dia setelah hampir 8 bulan kami mengenali hati budi masing-masing.Lama kan?

Ya..jadi mahu tahu apa cerita hubungan baru kami sebagai pasangan bercinta pula. Selama ini kan cuma kawan sahaja. Jika mahu tahu nantikan kisahnya di Bab yang ke-5 pula ya? Jangan lupa.

Lelaki yang Ku PintaWhere stories live. Discover now