Bab 11♡Kejutan Istimewa si Penipu

34 4 0
                                    

Hari Khamis yang dinantikan telah pun tiba. Aku meminta cuti 2 hari kepada Boss aku. Pada awalnya, dia enggan memberi aku cuti sebab di department aku tidak cukup orang nak cover shift. Aku menunduk tanda faham. Tapi, rezeki aku ada bila seorang staff ni nak cover aku sebab dia nak cari duit lebih sikit. Jadi, aku dapatlah cuti 2 hari. Yihaaaaa aku sangat happy masatu.

Malam tu aku dan Nana jumpa di tempat biasa di Melaka Sentral. Sementara menunggu bas kami sampai, kami pergi membeli sedikit biskut,roti dan air buat kami makan di dalam bas nanti sebagai alas perut. Mood aku masa nak gerak pergi JB tu memang rasa happy sangat-sangat sebab nak jumpa 'Mr Fiance' kesayangan.

20 minit kemudian... Bas kami pun tiba di Melaka Sentral.

"Wey, Rara jom naik bas dah sampai." *Sambil Nana mencuit paha aku yang asyik leka bermain telefon.*

"Haaa okey..okey..jom jom..."  aku tersedar.

Setelah Hampir semua seat dipenuhi oleh penumpang, bas kami pun memulakan perjalanan ke Johor Bahru. Bas kami bertolak kira-kira pukul 9:30 malam.

.............

Jam 2:00 a.m.

Semua penumpang selamat tiba di Johor Bahru. Kami diberhentikan di Larkin Sentral iaitu salah satu terminal bas di Larkin,Johor Bahru.

Setibanya kami disana, Nana telah menelefon grab yang ditempahnya untuk mengambil kami di situ.

Grab yang di request oleh Nana ini mempunyai perkhidmatam yang bagus. Cepat dan cara memandunya juga selamat. Tambahan pula, memandu laju sewaktu malam begini kan agak bahaya sebab ramai pemandu mabuk di atas jalan raya.

15 minit kemudian....

Kitaorang sampai di sebuah Hotel yang terletak tidak jauh beberapa minit daripada rumah dan tempat kerja Zain. Saja aku mencari hotel disitu supaya tak payah nak hadap jammed. Buat pening kepala otak saja nanti.

Masuk je dalam bilik, Nana melabuhkan punggung nya di atas katil serta merta. Katanya, dia terlalu mengantuk sebab tak nyenyak tidur dalam bas. Goyang sana goyang sini. Aku pun rasa benda yang sama juga sebenanrnya tapi aku masih tak boleh nak tidur sebab asyik teringat kan Zain saja bila sampai JB.

"Rara, aku tidur dulu la. Kau nak tengok tv ke apa ke kau tengoklah tapi perlahan kan sikit volume tu. Aku memang nak lelap je ni tak tahan dah."

"Tidur jelah dulu. Aku okay je ni! Aku pun nak tidur juga kejap lagi."

Sambil aku salin baju sambil tu juga aku bercakap dengan si Nana.

"Okay,babe Goodnighttttt muahhhh...hahahahahahha.."

Aku hanya mengerutkan kening ku tanda geli dengan ucapan selamat malam Nana tu.

Keesokan paginya...

"Nana, bangunlahh weyy..dah pukul 10:30 dah ni. Kau tak solat Subuh kan pagi tadi?"

Aku mengejut Nana yang masih tidak bangun daripada tidur lena nya itu padahal dia yang tidur dahulu malam tadi.

"Uishhhhhhh.. (sambil mengeliat) awal lagilah Rara. Tadi aku tak solat sebab aku tak boleh. Kau ni tak baik tuduh menuduh hmmm..."

"Haihhh yelah sorry. Tu aku pelik kau tak bangun so aku solat je lah dulu then aku tidur balik hahahahaha."  Gelakku. " Dahla weyy jom siap nak pergi Paradigm Mall kejap la. Ada nak beli baju untuk Zain. Petang nanti aku call dia cakap aku ada kat sini. Mesti malam ni dia ajak aku date kan? Eeeeee...tak sabarnya!!!"

Nana hanya diam dan menjeling aku menggunakan matanya yang bulat itu lalu bangun bersiap untuk mandi.

.......................

Lelaki yang Ku PintaWhere stories live. Discover now