Anne menutup mata dengan belakang telapak tangan apabila cahaya menusuk masuk ke anak matanya tiba tiba.Matanya outomatik tertutup sebelah.Selimut yang menutupi badan sudah tertarik hingga ke lutut.
"Tak payah jadi hantu bungkus busuk dalam bilik ni!Pergi mandi! bekalan Air dah rumah ni belum kena potong lagi sampai tak boleh mandi! Bangun cepat!!" arah papanya tegas.Nada suaranya sudah agak tinggi.
"Papa pergilah buat duit banyak banyak kat office tu ye..kejap lagi anne mandi banyak banyak habiskan air.Dont worry,"jawab anne loyar buruk.Selimut ditarik semula menutupi wajah macam orang mati.Malas mahu dilayan papanya itu.Ganggu orang tidur je!
Namun belum sempat,Anne mahu terlelap habis bantal dan selimutnya tertarik,Anne langsung terduduk ,mata ditonyohkan memandang papanya yang sudah mencampakkan selimut dan bantalnya ke lantai."Kamu tengok jam dekat dinding tu?pukul berapa?soal papanya sambil bercekak sebelah pinggan.jari telunjuk dihalakan ke dinding jam.
"Aduhh..papa ni..pagi pagi ajak kita tengok jam sama sama pulak dah!!Papa tengok tu ,jarum jam dekat nombor empat..jadi kiranya empat pe...Whattt?Takkan empat petang kut?"Anne terkejut beruk apabila matanya menangkap nombor empat pada jam dinding.Ditoyoh toyoh semula kedua dua matanya.Lama betul dia tidur.
,"Tahu pun terkejut.Sikit lagi tadipapa nak panggil orang masjid,buatkan tahlil untuk kamu.Membuta tak hingat dunia.Kamu nak tunggu 4 pagi esk baru nak bangun?Cubalah jadi manusia normal sikit. Malam orang tidur,kamu melaram tengok cerita BWF,bila siang,sampai sembap mata kamu tu sebab membuta!Cubalah buat benda berfaedah sikit!Asal cuti aje,inilah kerja kamu!"panjang lebar Dato emang membebel,serius nadanya.Geram Dato emang dengan sikap pemalas Anne yang tidak berkesudahan itu.Mujur Dato Emang pulang awal ke rumah,dapat juga dia memerhati gerak geri Anne.Anne bukannya senang mahu diarah oleh sesiapa.Kalau setakat adiknya,mamat dan bibik surti yang menegur,akhirnya mereka juga yang dimarahi.
"Relakslah,pa.Nama pun C.U.T.I,cuti,mestilah kena buat lain dari kebiasaan.Baru ada feel.Ala ,papa kalau anne bangun awal pun,sama aje.Tetap juga ada kuali menari nari kat dapur, baju bersidai atas ampaian,vakum memekak mekak dekat ruang tamu.Bibik kan ada.So chill..."jawab anne selamba badak,sedikit pun leteran papamya tidak berkudis untuknya
Dato emang menggeleng laju.Kalau bercakap dengan Aina Karmila memamg selalu menguji kesabarannya.Tidak pernah serius.Sebulan yang lepas,kereta hilang dibuatnya seperti tiada apa apa berlaku.Boleh pulak dibuat buat bahagia membawa kereta pak abu ke hulur ke hilir dengan bangga.Sedikit pun anak itu tidak merayu untuk motornya dikembalikan ,hanya sekali maaf dipinta oleh Anne itu pun dengan wajah yang tidak bersalah.
"Kamu pergi mandi.Lepas itu,kamu pakai cantik cantik.Kawan papa nak datang.Ingat jangan tak turun!papa tak nak kamu buat onar" arah dato emang seraya keluar meninggalkan kamar mewah anak daranya itu.
"hek elahhh..ini lain tak bukan pasti dia jumpa lombok emas baru ,lombok derita bagi aku!Hadoiii...Bosan betullah!Typical drama melayu betul!Asal kaya je ,main jodoh jodoh pakai darjat.Papa ni tak serik serik meminta,kan terpaksa aku fikir idea untuk memberi ,tak pe tak pe..tunggu..kena simbah air dekat kepala ni,baru mencair otak aku,laju sikit berfikir ye tak?"bebel Anne sorang diri.Anne langkas bangun ,tuala dicapai sebelum menghilangkan diri di bilik air.
...................................
"Dah sampai pun yang ditunggu tunggu.Jemputlah masuk" Sapa Dato Emang sambil berjabat tangan lantas ditepuk tepuk bahu Pak Mirzan yang berkemeja hijau.Pak mirzan tersenyum manis sebelum diringi oleh dato emang ke ruang tamu utama.Dato emang mengambil tempat berhadapan dengan sofa yang diduduki oleh pak Mirzan.
"Cantik rumah dato,besar pulak tu.Untung anak anak dato"puji Pak mirzan sambil mata meliar melihat rumah banglo yang mewah berkonsepkan moden itu.Warna dinding biru laut dengan hiasan perabot yang bertemakan kristil dan putih menjadikan ruang di banglo itu kelihatan eksklusif.Beruntung rasanya dapat menjejakkan kaki di rumah itu.
"Tak adalah Pak Mirzan,biasa biasa saja.Inilah syurga kecil saya dan anak anak.Cakap pasal diorang,apa yang dibuat di bilik tu pun tak tahu.Biasalah kalau anak dara kesemuanya,bersiap tu bukan macam kita yang lelaki ni.Kena pecah cermin kut baru nak habis bersiap ye"Dato emang separuh bergurau.Dalam hati ,tahu sangat perangai Anne yang bersiap laju tu!Kalau dah pakaian tshirt dan jeans je,nak lama apanya!Malam ini mungkin lama sikit,itupun kerana dipaksa menjadi perempuan!Anaknya yang seorang lagi pula sudah hilang ke rumah kawan,katanya mahu menginap di sana.
"Haih pa.Mana ada lama ,Anne ada je kat dapur.Buatkan air ni untuk tetamu papa.Apa khabar ,uncle"celah anne tiba tiba yang datang dari arah dapur dengan dulang berisi dua cawan air milo dan sepinggan popia.Anne menghidangkan makanan di atas meja kaca di tengah tengah sofa mewah itu.
Dato emang pandang anak daranya tidak berkelip.Terkejut dia dengan perubahan Anne yang bertukar menjadi ayu secara tiba tiba ,siap ringan tulang mahu menolong hidangkan air.Pasti ada udang disebalik mi ni!Selalunya,tetamu datang bukan kata air,pintu pun malas nak dibuka!
"Khabar baik je,nak.Jadi,inilah anak dato yang sulung kan?Pasti ini Ain..."
"aina karmila ,uncle"potong anne laju.wajah dimaniskan paksa rela.Nama bakal menantu pun fail ke nak ingat?Apelah!!Patutlah senang dikelentong papa!
Pak Mirzan angguk apabila teringat"yaya..aina karmila.Boleh pula uncle lupa.Terima kasihlah sebab susah bawakan air untuk uncle"
Anne hanya senyum sahaja mendengarkan kata itu lalu dipelawa Pak Mirzan dan papanya menjamu selera.Anne hanya memerhati papa dan Pak mirzan berbual bual kosong,sekali sekala sahaja Anne menyampuk.Telefon bimbit dikeluarkan dari poket baju kurung,ditaip sesuatu.Deringan telefon bimbit papa ,menghentikan perbicaraan yang rancak apabila papa tiba tiba meminta diri untuk berbicara sebentar di luar rumah.Apabila dirasakan papanya sudah benar benar keluar,Anne memulakan misinya."Anne dah nak habis belajar kan?Dah ada apa apa perancangan lepas ni? kerja ke atau nak sambung master ke?"soal Pak mirza usai dihirup air kopi pekat itu.Sejuk matanya melihat gadis di hadapannya itu.Pak Mirza tahu serba sedikit tentang gadis itu melalui dato emang termasuklah nama panggilan gadis itu.
Anne senyum kelat.Banyak juga papanya sudah bercerita mengenai dirinya.Pelik juga dia tentang rombongan kali ini.Lelaki tua itu hanya datang sendiri ,tidak pula dibawa anak atau isterinya.Sepatutnya Anne perlu dikenalkan dengan bakal suaminyalah kan seperti yang dilakukan papa sebelum ini tapi ini bapa mertua aje dikenalkan.Macamlah dia nak dijodohkan dengan lelaki ini pulak...Whattt..Nooooo..Jerit Anne sedikit dalam hati apabila otakknya mula terfikirkan sesuatu.
"Anne.."
"Macam nilah uncle.Ikutkan dua dua tak ada dalam perancangan saya ,perancangan pun saya tak ada tapi saya lebih rela kena kerja dan belajar dari kena kawin paksa dengan uncle!Saya nak terus terang dengan uncle.Uncle ni calon yang ke sepuluh yang papa pernah kenalkan pada saya tau!sebelum ni semua calon calon tu dah teruk saya kenakan tau.Ada yang cirit birit,mandi ais,makan air kicap pun ada!so,lebih baik uncle batalkan niat nak gunakan perkahwinan ala ala drama melayu gitu untuk bisnes!Lagipun saya ni level anak uncle je tau!Uncle tak terfikir ke kalau nanti uncle jalan dengan saya,uncle pun confuse ini bini ke anak.So,carilah bunga lain jadikan bini ye!tak pun..saya boleh carikan.Mak mak kawan saya tu banyak dah berjanda,boleh sangat nak kenenkan dengan uncle"anne berterus terang selamba.Satu pen dan sticky note dikeluarkan dari kocek baju kurung lalu satu nombor ditulis sebelum dihulurkan kepada lelaki itu.Anne perasan lelaki itu sudah terlopong dengan kata katanya.Itulah gatal sangat!Kan dah kena mulut pedas aku!"sorry lama sangat bercakap tadi.Tiba tiba ada orang call tanya pasal tanah,katanya nak jual area terangganu.Pelik pun ada.Tak ada pula saya buat iklan nak beli tanah area tu.Tak apelah,never mind.Pak mirza,makanlah.Nanti kita boleh bincang pasal bisnes tu."ujar dato emang yang muncul tiba tiba.Dato emang kembali mengambil tempat di posisi asalnya.
Pak Mirza cuba beriak biasa meskipun terkejut dengan pengakuan bersahaja gadis itu tadi.Melihat gadis itu sudah beredar ke dapur,baru dia kembali menjamu selera, popia di pinggan diambil lalu di gigit namun baru sekali didigit ,terasa seperti berasap telinga. pedas ya amat!Ini popia ke cili?terasa Cili padi dalam popia!Pak Mirza tidak pula menjerit tapi pantas diteguk kopi hadapannya.Reaksi dato emang yang pelik melihatnya cuba ditenangkan dengan senyuman pahit.
"Lupa pulak saya.Saya tak makan sayur."tipu pak mirzan lalu diletak semula popia di pinggan.Tak tertahan pedas mahu menghabiskan satu biji popia sekalipun.Benar benar Anne mahu mengenakannya!Dato emang pula langsung memanggil bibik surti supaya dihidangkan makanan yang lain.
YOU ARE READING
Hentian dendam√
Romantik"tangisanmu,pengakhiranku!" Cinta tak kenal siapa.Kerana itulah si mamat kampung dilamar si tomboy kaya. Aina karmila,si gadis tomboy kaya.Mulut laser,motor besar itulah dia.Hidupnya penuh warna warni kekayaan papanya.Semua yang tidak diminta,semua...