Part 3-Pencarian!!

15 3 0
                                    

"Baru terpikir nak cari jodoh kampung,dah jumpa lelaki tak guna macam tu!Potong mood betullah.Aku ingatkan dekat Kl je ada lelaki miang macam tu,kampung pun ada!Lagi dashyat pulak tu! Dalam hutan getah banyak nyamuk tu pun boleh jadi ke??Tak paham paham.Kalau macam ini punya gaya,aku kena pilih baka yang terbaik.Kalau aku salah pilih ,silap haribulan,2 bulan kawin aku dah menjanda.Boleh terguling guling papa gelakkan aku.Aerghhhhhhhhhhh!!!!Tak sanggup !Tak sanggup!Tak sanggup!"anne terus menampar nampar pipi kiri dan kananmya.Terbayang bayang anne gelakkan papanya yang memalukan itu.

"hoii!!!"jerit aish kuat sebelum ditampar kuat bahu anne yang menampar diri sendiri seperti hilang akal.Histeria ke apa!

"Aouchhh !!!Sakitt tahu tak?Kau nak cubit ketam arghh??Meh...meh."Anne marah manja.jarinya dibuat gaya sepit ketam,acah acah mahu menyepit.

"Kau tu yang dah depresi mengejut.main tampar tampar muka.Jangan jangan kau kena sampuk sawan babi hutan tak, beb?Kau kan tadi ziarah habitat dia,hmm sahlah,dah terkena kau ni!"usik aish yang duduk berhadapan anne di dangai kayu itu.Baru lima belas minit tadi ,mereka sampai ke rumah itu.Mujur ada orang warung yang melalui jalan itu ,sanggup menunjukkan jalan ke rumah itu.Rupanya jalan tadi kurang digunakan selepas kes kemalangan jalan raya semalam bagi memberi laluan kepada polis untuk melakukan siasatan.

"mana ada sawan babi hutan begitu.Merapu aje Aish ni!"sampuk perempuan bertudung labuh dan berbaju kedah itu yang lebih mesra dipanggil ummi dengan lembut.Ummi Saira merupakan isteri kepada Pak Mirzan.Sewaktu mereka bertiga sampai,hanya ummi yang ada di rumah ,Pak Mirzan dan anaknya keluar ke pekan,jadi tidak sempatlah mereka berkenalan.Ummi meletakkan besen sederhana besar berisi ulaman hijau yang agak pelik di mata Anne.

"Aish ni memang ummi.Bab merapu sampai minta penampar ,dialah juara tak berbayar.Ummi ini ulam apa?"soal anne ingin tahu,tertarik pula dia kepada ulam itu.Sempat dia mengutuk Aish yang mencebik selepas mendengar "pujian"ikhlas lagi baik.

"ini nama dia petai belalang.belalang lepas dia makan petai yang besar tu,dia berak pastu jadilah benih petai kecik kecik ni"laju aish menjawab sebelum disambut ketawa oleh ummi.Geli hati ummi melihat perangai kurang matang aish itu.Elok sangatlah mereka berkawan.

"Merepek kau ni.Sejak bila belalang makan petai?Belalang makan rumput.Suka suka hati je letak nama bukan bukan!Perbodohkan aku ehh!Hambik kau!"cubit anne kuat di lengan aish.Aish menjerit kesakitan sebelum diusap lembut lengannya yang mula memerah.

"Anne ,betullah nama ulam ni petai belalang"jelas ummi pendek.
"see ?Mana ada aku tipu!"potong aish laju,cuba pertahankan kebohongan yang nyata

"Tapi nama aje petai belalang.Tak adanya kaitan belalang makan petai"sambung ummi yang yang tangannya mula membuka lapisan petai belalang itu.Kelihatan biji biji hijau kecil tertanggal dari bahagian kulit lapisan dalam.

"ummi ,anne ni mana dia ambik tahu ulam ulam kampung semua ni.Yang dia tahu ,salad ,brokoli ,itu dia pandailah.Kalau ummi kasi dia pucuk paku pakis,dikasinya kambing makan dulu dari dimasak tau!Biasalah anak da.."belum sempat aish menghabiskan ayatnya ,bahagian kiri perutnya dikepit sesuatu hingga aish terjerit kecil.siapa lagi kalau bukan Anne.

"Ummi,Pak cik dengan anak ummi pergi ke pekan tu ada urusan penting ke?kalau berkaitan keadaan rumah ni,kami bertiga boleh bantu.Manalah tahu,kalau ada apa apa yang rosak,lagipun rumah ni dah setahun jugak orang tak sewa."soal anne cuba mengubah topik perbualan.Anne sememangnya tidak mahu berbahas tentang latar belakang keluarganya.Biarlah orang mengagap dia gadis dari keluarga biasa.

"Mereka tu pergi beli barang barang dapur untuk kenduri kahwin dan bertunang. Kebetulan,anak teruna ummi tu tiba tiba nak bertunang,katanya tak elok tunggu lama lama.Bakal menantu ummi tu orang kampung ni jugak.Alang alang tu ,kami buat juga kenduri doa selamat sekali.Kamu berdua pun lama di kampung ni,bolehlah datang kenduri tu.Lusa aje.Petang bertunang,malam bernikah.Majlis bertunang buat rumah pihak lelaki ,ye lah pengantin perempuan tu ramai adik beradik,rumah pun kecik,pihak sana cakap takut tak selesa pulak" panjang lebar ummi menjelaskan dengan senyuman di hujung bicara.Anne dan khaira mengangguk sendiri.Beruntung wanita yang mendapat ummi sebagai ibu mertua,jelas sikap penyayang dan lembut wanita itu dalam tutur kata malah sikapnya.Entah kenapa,hati anne agak sedih
dan berharap untuk menjadi anak kepada ummi.Mungkin kerana kasih sayang ibu telah hilang darinya sejak dia berumur 9 tahun.

"Khaira mana ,ummi?Membuta ke?"Aish menyoal.Tangannya ligat membantu ummi mengeluarkan isi petai yang kecil dari daunnya.

"Tengah tumbuk sambal belacan.Ummi dah larang,nak juga ditolong"

"Terbaikkkk!Sedap tu,ummi"Aish membuat thumbs up.

"Khaira tu memang pandai memasak,ummi.Kitaorang ni kureng sikit"Anne yang dari tadi diam mula bersuara.Anne mengagumi kemahiran khaira dalam soal masak memasak.Minat khaira pun lebih ke arah itu berbandingnya.

"Tak apa,tak tahu boleh belajar.Asalkan ada kehendak.Ummi ajarkan pun boleh"ujar ummi lembut.Anne dan khaira mengangguk perlahan.



Hentian dendam√    Where stories live. Discover now