Part 4-Dia lagi?!!!

10 3 1
                                    

"Kau yakin ke beb?"tanya aish tiba tiba sambil kepala dijonggakkan ke atas.
"kalau aku tak yakin ,Ada ke yang nak yakin?"tanya anne semua yang turut melihat ke arah yang sama.soalan berbalas soalan.
"hmmm..yakin lagi pasti aku tak yakin!"tambah aish selamba.
"so..kau kasi aku yang yakin ni naik ke atas"anne memberi penyelesaian.Setakat panjang pokok kelapa ni kacang goreng je bagi Anne.Tetapi disebabkan si Aish yang terlebih bimbang mengalahkan mak budak,sudah tiga minit mereka berdua berdiri di situ dan anne terpaksa mendengar bebelan aish tentang bahaya panjat pokok.Awalnya,mereka mahu menggunakan galah tetapi galah pula dicari tapi tidak jumpa,terpaksalah dipanjat juga.Khaira pula sedang sibuk membantu ummi memasak di dapur.

"Weh..kau hati hati tau.Kalau kau jatuh,mampus aku kena jawab dengan papa singa engkau tu.Aduhh...risaulah aku.Kau tu tak biasa panjat pokok kelapa.Bahaya..Kalau kelapa tu jatuh atas kepala kau ,waktu kau tengah panjat,hah...kan dah pecah kepala kau!Dah la...kita pergi beli santan kat kedai aje..turun.!!."Aish menarik tangan anne yang yang baru naik dua tidak sampai suku pokok kelapa.Anne hanya menurut sahaja.Susah juga sahabatnya yang negatif tak kenal tempat.

"Beb..Kalau nak tunggu kepala pecah,Kita berdiri dekat sini pun,buah kelapa tu boleh hempap kepala kita.Tak payahlah susah susah pergi kedai.Ummi kan dah cakap kedai jauh.Minyak kereta kita tu tinggal sikit je.Kau sanggup jalan ?Aku tak sanggup,so kau pergilah jalan sorang sorang.Hari dah nak gelap.Elok elok kau cari santan,tak pasal pasal kau kena kejar setan setan kampung ni.Bahaya... tau!"anne sengaja menakutkan aish.Melihat gelengan laju wanita itu,anne menahan ketawa.Tahu pun takut!

"Betul gak cakap kau.Aku dah la tak biasa dengan kampung.Kalau ajak si khaira tu,lagi penakut minah tu.Tak apelah,kau panjat cepat cepat.Seram pula dekat belakang rumah ni lama lama.Nyamuk banyak pulak tu!"aish mengalah sambil ditampar beberapa ekor nyamuk tiruk yang cuba mengigit lengan dan mukanya.

Anne bersorak gembira.Pengalaman baru ni panjat pokok kelapa!Walaupun ada nyamuk yang menganggu fokusnya,tetapi dia tidak.mahu terlepas peluang melakukan aktiviti kampung.Bak kata orang alang alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan.

Anne cuba memanjat hingga ke atas puncak.Satu biji kelapa tua dicabutnya.Anne menjerit meminta Aish bersedia sebelum kelapa itu dilepaskan ke bawah.Takut pula kelapa itu terkena pada Aish yang menunggu di bawah.Kemudian ,satu biji kelapa tua pula dibalingnya.Cukuplah dua biji memandangkan ummi hanya ingin dua biji sahaja.

"Beb..turun cepat.Dah cukup dah ni!"jerit ais dari bawah.Dua biji buah kelapa sudah berada dalam pelukannya.

"Kau pergi dulu.Kejap lagi aku datang."ujar anne yang turut menjerit.Anne membuat isyarat pergi menggunakan tangan.Aish mulanya teragak agak mahu pergi tetapi kerana anne yang tidak habis habis memberi isyarat tangan,Aish mengalah.

Anne meneruskan akal yang terlintas di otaknya.Buah kelapa muda itu kelihatan enak juga.Anne pantas mengapai buah kelapa itu,ditarik tarik untuk.memutuskan buah dari tangkainya.Namun ,saat dia berjaya memutuskan tangkai itu,kelihatan ulat pada permukaan kelapa hingga automatik kelapa itu dilepaskan ke bawah hingga meledak suara orang menjerit kuat.Anne yang sebelah tangan memegang batang pokok.kelapa ternganga .Matanya menjadi sekujur tubu pengsan terbaring di atas tanah yang berumput kering itu.

"Matilahlah aku"hanya itu yang terkeluar dari mulutnya saat itu.

Hentian dendam√    Where stories live. Discover now