"Apa ni?!!"tengking Dato emang separuh tekak.
Pinggan berisi popia cili padi itu diletak kasar.Terjungkit juga bahu Anne terkejut dengan bunyi pinggan yang tergeser kuat dengan permukaan meja.Anne yang duduk bersila di kerusi cuba beriak biasa seperti tiada apa apa berlaku,selamba seperti selalu."Popia"anne jawab acuh tak acuh.
"Tahulah itu popia.Kamu tahu apa kat dalam popia tu?Bibik surti ,kamu mesti dah tahu awal awal pasal plan giler si Anne ni,kenapa kamu tak adukan ke saya?"tengking dato Emang kuat.Matanya mencerlung melihat Bibik surti yang berdiri agak jauh di belakang tertunduk takut.
"Bibik surti pergi masuk bilik.Biar saya yang yang selesaikan" Arah anne yang tiba tiba bangun dari kerusi.Jelingan mata papanya diendahkan saja.Tubuh orang gajinya itu ditolak perlahan sambil isyarat mata agar arahannya diikut.Anne tahu bibik surti teragak agak mahu mengikut arahan siapa tapi ada dia kisah!Dato emang pula hanya melihat tindak tanduk anaknya yang degil.Seberani itu anne mengarah orang gaji yang dibayarnya,macam anak itu pula Tuan besar dalam rumah itu."Makin besar kepala kamu kan?kamu tahu tak siapa yang berkuasa dalam rumah ni?"perli Dato emang dengan nada serius sambil berdakap tubuh.Berang dia apabila isi popia itu dilihat.Mujurlah hatinya tiba tiba terdetik mahu melihat isi popia itu,kalau tidak sampai ke sudah dia tak tahu!
"Tahu.Sentiasa tahu,pa. Mestilah Dato emang Zulkifli kan?ahli perniagaan yang berjaya atas usaha yang semua orang tak tahu atau senang cerita tertipu!Soal tadi tak ada kena mengena dengan bibik surti.Anne buat macam tu sebab papa sendiri yang salah.Papa yang jolok sarang tebuan,jadi jangan salahkan tebuan tu kalau orang lain yang jadi habuan!You totally know what i mean.When i say no,always be no!"tegas anne serius.Perkataan No sengaja ditekan sehabis mungkin,mahu papanya itu sedar kesalahan yang dibuat papanya.
"Anne tu anak!You must follow my order.Kalau anne tak tahu nak hormatkan papa,belajar adab dengan tetamu.Jangan conteng arang di muka papa macam papa tak tahu nak ajar anak !"mencerlung dato emang membalas.Pantang Dato emang apabila tetamunya diperlakukan kurang ajar begitu.
"anne takkan jadi kurang ajar,kalau papa tak cabar Anne!Papa tahu anne tak suka dijodoh jodohkan,Tapi papa tak habis habis cari menantu yang tak berjenis tu!Anne pernah warning papa dulu,jangan berani cabar Anne.Dah la semua lelaki pilihan papa tu kaki penipu!Kalau anne nak cari laki sekalipun,anne tak perlukan lelaki yang kaya atas usaha mak bapak macam tu!Lahir lahir atas duit bolehlah berlagak kaya,cuba lahir rumah papan ,atap bocor,baru tahu erti hidup.Dah la kawan kawan papa tu ,nama aje kaya,belakang entah bisnes apa yang dibuat.jangan jangan mereka tu sama je de dengan.."
"Hey anne.Jaga mulut kamu tu!Kamu ni makin lama makin melampau!papa ni nak bagi kamu hidup senang,kamu ingat kalau papa ni miskin,hidup kamu boleh macam puteri raja dalam rumah ni?Kalau bukan sebab bisnes papa yang kamu hina tu,dah lama kamu balik kampung ,tanam anggur!Bersyukur sikit!"tegur dato emang kasar mengingatkan.Benci sungguh Dato emang apabila Anne mula berbahas tentang perniagaanya.Sekarang Dato emang sudah dapat meneka alasan di sebalik perbuatan Anne malam itu.Hurghh!bertindak tanpa usul periksa,anne anne"cebis dato emang di hati .
"Kaya dalam penipuan keliling.Sesiapa pun mampu,pa!Lebih baik kawin dengan lelaki tak berharta tetapi bersaing secara sihat untuk hidup.Itu baru Anne dapat kenal erti bersyukur!Bukan macam papa!"bidas Anne lancang.Sedikit pun tidak rasa takut terhadap papanya.Tiada apa perlu dibanggakan terhadap papanya bagi Anne.
"Kamu tu cuba berani bercakap ja!Zaman sekarang semua benda perlukan duit.Kamu takkan bahagia kalau dia tak dapat penuhi impian kamu!Papa tahu taste kamu Anne!Kamu pun pentingkan kesenangan,pangkat!Jangan nak berdrama dengan papa!"telah papanya dengan senyuman sinis.
anne ketap bibir.Pantang dia apabila diperlekehkan begitu oleh papanya.Terhina dia!
"okay.Kalau papa tak percaya,anne akan buktikan yang anne sanggup berkahwin dengan lelaki kampung ,tak berharta dan makan gaji je!Anne akan bawa dia jumpa papa!"cabar anne penuh berani tanpa berfikir panjangDato emang terbuntang mata.Biar betul ank daranya itu.Idea gila apa yang diutarakan Anne.Dato emang diam sejenak,otaknya cuba mentafsir idea gila aina karmila.
"Okay papa setuju.Papa kasi kamu satu minggu untuk cari calon suami tapi kalau kamu tak berjaya, you must accept whoever i choose to be your soulmate.Deal?"ujar papanya tiba tiba dengan wajah teruja.Anne yang baru "berjalan otaknya"memikirkan kesan daripada idea gilanya tidak sempat menarik kata katanya sebaliknya otaknya terkejut mendengar tawaran dari idea "bijak" yang diperincikan oleh papanya.Habis hilang kata katanya.Kahwin?Seminggu?Memang betul betul gila!
"kira deal la kan!okay i wait for the sad news from you ,daughter.Good luck"Dato emang menepuk bahu Anne sebelum menghilangkan diri dari ruang makan itu sambil dibuat buat bunyi kompang ditepuk.Anne yang baru tersedar dari membatu tadi tidak dapat berbuat apa apa.Menarik diri dari perjanjian itu,pasti mewujudkan satu perjnjian baru dengan papanya malah pasti Anne dilabel pengecut oleh papanya tetapi meneruskan pula bererti dia juga bakal terperangkap dengan perjanjian gila itu.Mana mahu dicekup pengantin lelaki kampung dalam masa seminggu?Arghhhhh!!!!inilah padah apabila mulut berbicara tanpa berfikir.
YOU ARE READING
Hentian dendam√
Romansa"tangisanmu,pengakhiranku!" Cinta tak kenal siapa.Kerana itulah si mamat kampung dilamar si tomboy kaya. Aina karmila,si gadis tomboy kaya.Mulut laser,motor besar itulah dia.Hidupnya penuh warna warni kekayaan papanya.Semua yang tidak diminta,semua...