betulkan rantai ke?"sapa Firzan pada ain yang terbongkok membetulkan rantai basikal yang kendur itu.Ain kalih,pandang abang iparnya kemudian berdiri.
"emm,rasanya kena tambah minyak la pada rantai tu.Keras semacam aje!Bang long nak pergi kerja ke?awal lagi ni!"soal Ain apabila melihat Firzan sudah lengkap berpakaian kerja.Selalunya ,abang iparnya akan ke universiti dalam pukul 9.00 pagi.Ini awal pulak.
"Tak adalah,saja abang siap awal awal.Lagipun,pukul 8 nanti abang ada group discussion sikit."Firzan meminta izin.Memang itu niatnya ke situ,alang alang Ain di situ.
Melihat anggukan kecil Ain ,firzan senyum.
"Ain dah okay ke dengan kak long?Dah minta maaf?"Ain mengeluh lalu digeleng kepala.Sudah seminggu mereka bertelingkah,langsung tiada tanda tanda kakaknya mahu mengalah,menegurnya juga tidak.Dibuatnya seperti tidak wujud adalah!Mujur saja ,papa mereka belum pulang dari china,jika tidak pasti lelaki itu bising.Ain pula segan mahu memohon maaf.Selama ini,jika mereka bertekak sekalipun,selepas sehari, hubungan mereka kembali okay walaupun tiada kata maaf tapi lain pula kali ini.
"Ain,abang bukan nak sebelahkan,kak long.Tapi,dia macam tu sebab dia nak yang terbaik untuk Ain.ain tahukan kak long tu kadang kadang ego?"Firzan cuba berlembut.
"Bukan kadang kadang bang long.Memang selalu ego!Sama keras kepala macam papa.Kadang kadang,Ain pun tak tahu apa yang dia nak,apa yang dia rasa!Dia tu pelik!"
"Maksud Ain?"
"Takkan bang long tak perasan.Kak long tu tak macam anak anak dato yang lain.Pakaian dia,semua brand pasar malam.Dia kawin sekalipun,tak nak resepsi walaupun papa nak kasi.Yang paling mahal yang dia pernah minta dari papa,cuma wira kesayangan dia tu.Sebabtulah,kereta mahal papa kasi,selamba je dia hilangkan!""Bang long perasan tapi mungkin kak long nak bersederhana?"Firzan cuba beranggapan baik.
Ain mengeleng geleng perlahan.
"bersederhana dengan rugikan papa sendiri?Papa tu dah rugi beratus ribu atas sikap kak long.Kalau ayah orang lain,dah lama kak long tu dibuang keluarga, tahu tak?Semua pemberian papa,bagi dia cuma sampah.Langsung tak tahu hargai!Dan yang paling pelik,dia tu tak suka dikenal sebagai anak dato emang.Ain pun tak faham!Makin fikir,makin pelik kak long tu."cerita Ain panjang lebar.Memang itu di fikirannya selama ini.Firzan hanya terdiam.Masih banyak yang belum diketahui dari seorang Aina karmila.Mungkin ada benar kata kata Ain.
"Bang long pun dah pilih dia.Ain harap bang long boleh ubah perangai kak long.Ain nak sangat ,kak long akrab dengan papa macam dulu"ujar Ain dengan nada sedih.Wajahnya penuh pengharapan melihat Firzan sebelum kaki diatur meninggalkan porch itu.
Firzan hanya kaku berdiri.Mengubah?Seorang lelaki kampung mengubah seorang cinderella tomboy di istana?Sehingga hari ini,Firzan sendiri masih mencari identiti sebenar isterinya.
Tamparan seseorang di bahunya dari belakang membuatkan badannya dipusing ke belakang.
"Sayang..terkejut saya tau!"kata firzan pada Anne yang masih berpakaian baju semalam.Belum mandilah tu!
"awak berbual apa dengan budak degil tu?"anne menyoal dengan kening yang terjongket ke atas.Tadi,anne sengaja mengintai perbualan dua orang itu dari pintu utama.Pelik kerana firzan jarang berbual dengan Ain tetapi boleh pula firzan beramah mesra pagi pagi begitu."Saja kasi pickupline pada dia!Kasi semangat sikit nak hidup."tipu Firzan mengundang cubitan di lengan oleh anne.
"kenapa pula kasi ke dia?Itu ain karmila,ini baru aina karmila tau!isteri awak!jangan lupa daratan ehh!ke laut saya hantar kang!"marah Anne dengan jelingan.Firzan tertawa geli hati.
"la naik angin pulak?bukan ke awak tak suka romantik romantik ni!Awak kan hati batu!pickupline pula ibarat bunga,kan dah tak kena ,bunga dengan batu!Hah..yang sesuai bagi awak ni satu jer?"
YOU ARE READING
Hentian dendam√
Romance"tangisanmu,pengakhiranku!" Cinta tak kenal siapa.Kerana itulah si mamat kampung dilamar si tomboy kaya. Aina karmila,si gadis tomboy kaya.Mulut laser,motor besar itulah dia.Hidupnya penuh warna warni kekayaan papanya.Semua yang tidak diminta,semua...