part 2-Anne kenapa?

14 2 2
                                    

"welcome to my home"Anne separuh teriak di hadapan pintu utama rumah banglonya selepas keluar dari kereta Wira milik Abah.Kedua tangan didepakan ke arah Firzan yang menarik dua bagasi milik mereka berdua.Mujurlah ada kereta abah ,dapat jugalah merasa tidur sepanjang perjalanan secara tenang.Kalau tidak,entah Anne dipaksa Firzan menaiki bas atau keretapi.Nasiblah,lelaki pun lecturer sementara aje!

Firzan tundukkan kepala Anne selamba kemudian diangkat semula.Dinaik dan diturunkan kepala Anne selamba sebelum Anne menepis tangan Firzan supaya tidak menyentuh wajahnya.
"Apa ni!"marah Anne dengan wajah berkerut tidak suka.
"La, saya ingatkan patung dekat sawah padi yang halang tikus tu.Tangan dia pun macam awak tadi,depa macam tu jugak"usik Firzan lalu ketawa kuat.Tidak semena mena,satu cubitan kuat mengena perut Firzan hingga firzan terjerit kecil.Anne langsung masuk ke dalam rumah,dibiarkan firzan di luar.Kebetulan,pintu pula tidak berkunci.

"Cik anne,terkejut bibik.Kenapa pulang tidak diberitahu dulu?Katanya,besok baru pulang"tanya Bibik surti di muka pintu sebaik sahaja Anne melangkah masuk.Terkejut kecil Anne.Anne mengambil tempat di sofa putih panjang berdekatan pintu.Matanya meliar melihat keadaan rumahnya yang sepi seperti selalu.Firzan yang baru masuk itu memberi salam dan tersenyum ke arah bibik surti.

Bibik surti cuba mengambil bagasi di tangan firzan tetapi ditolak lembut oleh firzan.
"Bik..papa mana?Ain mana senyap aja.Dah senja ni,takkan tak balik sekolah lagi?"Anne mula menyoal keberadaan keluarganya.Anne terpaksa pulang lebih awal,itupun disebabkan Firzan tiba tiba mempunyai hal penting di universiti.

"Dato ngak ada,cik Anne.Katanya, ke China ,ngak tahu kapan pulangnya.cik Ain tidur rumah kawan,sudah dua malam."bibik menjawab dengan kepala ditundukkan kebawah.Takut jika salah menjawab,anak majikannya itu naik angin.

"sejak bila dato pergi?Pak Abu mana?Papa hilang,dia pun hilang?"
"Dua hari lepas,sehari selepas pulang dari majlis resepsi,cik Anne.Pak Abu lagi cuti.Katanya,demam teruk."
"Papa tahu ke adik tidur rumah kawan?"
"ngak pasti.Lepas ,dato berangkat ke airport,langsung cik Ain keluar ke rumah temannya.Dia cuma telefon bibik sebelah malamnya,bilang dia mahu menginap di rumah teman.Katanya ,udah dizin sama Dato"
"teman lelaki ke perempuan.Nama apa?Tinggal mana?"suara anne sedikit meninggi.
Firzan mengeleng melihat sikap Anne.Pergh..tegas betul!Wajah beku malah soalan seperti polis mahu siasat jenayah.Patutlah bibik surti takut semacam aje.Garang juga bini aku!cebis hati Firzan
"enn...enggak tahu ,cik Anne"jawab bibik gagap ketakutan apabila suara Anne mula naik.

"enggak tahu?Bibik nak jawab itu ke papa kalau apa apa jadi pada si Ain tu di luar?Kenapa percaya sangat cakap dia?Bibik bukan tak tahu perangai si Ain tu.Pantang papa oustation,mulalah akal bergeliga dia tu create cerita itu ini nak lepaskan diri,merayau dekat luar"bebel Anne agak marah tetapi diperlahan nada suaranya.Nasib baiklah dia pulang,kalau tidak ,makin tidak terkawallah Ain.Manjakan sangat,itulah padahnya!

"Maafkan bibik.."pohon bibik surti dengan mata sejak tadi memandang ke lantai.Tidak berani bertentang mata dengan Anne yang mula menyinga itu.

"Never mind.Let me handle it.You can go"
Mendengarkan kata kata itu,bibik surti pantas beredar ke dapur.Firzan pula langsung duduk bersebelahan Anne.Bahu gadis itu diusap lembut tetapi ditepis lembut oleh Anne.
"Tak payahlah usap usap macam tu.Saya okaylah"terang Anne yang sebenarnya tidak suka dipegang oleh suaminya itu.Anne masih belum selesa.
"ooh..salah eh?Ingat tengah tak okay tadi itu yang.."kata kata firzan terhenti dengan jelingan Anne kepadanya.

"yelah..wife,jom kita naik.Saya dah penat ni tau.Dah pegal pegal badan saya ni.Nak gaduh mulut dengan awak pun dah tak terdaya,sayang.Baik awak selamatkan suami awak ni dulu.Kejap lagi,kita selamatkan adik awak,sama sama ,ya?"ujar firzan separuh manja dengan dibuat muka letih.Firzan langsung bangun dari duduknya.Tangan ditadahkan di hadapan wajah Anne sambil berdiri.

Hentian dendam√    Where stories live. Discover now