Anne pandang sekeliling dari jendela kereta kelisa kuning milik khaira yang merentangi angin di Daerah Pokok Sena.Kiri dan kanan, tegak berdiri pokok pokok getah yang menjadi punca pendapatan penduduk kampung di situ.Tidak sangka dirinya bakal menjejak kawasan perkampungan yang jauh di utara itu.Ini semua bermula apabila khaira dan Aish yang tiba tiba mengajaknya bercuti sambil khaira menjalankan amanah orang tuanya yang semalam sudah bertolak ke Johor.Khaira diamanahkan untuk memastikan urusan pindah masuk rumah bagi pembeli rumah pusaka mereka di kampung itu berjalan lancar. Sepatutnya ibu bapa khaira yang ke situ tetapi kerana kakak khaira yang tiba tiba bersalin dan terpaksa berpantang di johor atas alasan kerja suaminya,ibu bapanya memilih untuk ke sana ditambah pula ibu khaira yang bakal menjaga kakak khaira sepanjang tempoh berpantang.Anne mulanya berat hati mahu bercuti sejauh itu ,apatah lagi keadaan kampung yang tidak sinonim dengan kebiasaanya tetapi memandangkan cabaran papanya terpaksa disahut,terpaksa diredah juga.Anne sengaja merahsiakan lokasi percutiannya kerana bimbang papanya akan mengagalkan usahanya mencari jodoh.anne tahu benar sikap Dato emang.Lelaki itu pasti akan mengagalkan jalan untuk Anne menang dalam pertarungan itu.
"Aduhaiii..punggung aku ni dah macam kacang kena panggang kau tahu tak ,K?Berapa tahunkah lagi kita nak sampai ni...!!Aku dah naik kematu duduk dalam kereta ni berjam jam!Kau tahu jalan ke idookkkk??"Aish mula mengeluh setelah beberapa kali khaira mengulang ulang kawasan yang sama.Sudahlah waze tidak terfungsi dek kerana tiada talian,memang khaira sahaja harapan mereka untuk tidak sesat.Tapi ,nampaknya ..hampeh!!
"betul tu,beb!ini dah masuk kali kesepuluh kita lalu jalan yang sama!Hah..tengok tu lepas pokok yang ada kotak kosong tu ,kejap lagi confirm.....kita akan jumpa basikal antik tersidai tepi jalan !"anne menyokong kata kata aish.Khaira yang mahu menepis dugaan rakannya terus mati akal apabila kereta mereka melewati basikal lama yang dimaksudkan oleh Anne kira kira 1 meter dari tempat mereka menemui kotak kosong itu.
"Kau ni biar betul ,k!!otak aku dengan Anne dah sampai boleh hafal jalan ni.Kau nak tunggu kitaorang kira jumlah pokok getah sepanjang jalan ni ,baru nak mengaku kita sesat ?Baik kau mengaku sekarang sebelum stereng makan tuan!"ugut Aish serius ,wajah garang sengaja ditunjukkan untuk menakutkan kawannya yang cepat gelabah itu.Tangan sudah dibuat gaya mahu cabut stereng,acah acah mengugut.
"Yelah!aku mengaku.Aku lupalah!"
"dah agakkkkkkk..."serentak anne dan aish membalas.
"engkau ni pun satu punya bijak.Kalau dah tahu ,otak tu berkarat,kenapa kau tak berhenti dekat warung masa kita masuk simpang besar tadi?sekurang kurangnya,kita boleh minta orang orang dekat situ tunjukkan kita jalan.Ini kau nak minta tolong siapa?Babi hutan dalam kebun getah tu pun belum tentu muncul kalau kau panggil tau!"leter aish macam mak mak.Khaira sudah mengaru garu kepala.Betul juga yang dikatakan khaira"Whatt???babi hutan?Ada ke beb?"soal anne menyimpang dari topik asal.Naik geli pula bila membayangkan muka babi hutan yang hodoh.Sudahlah kiri dan kanan mereka hutan getah aje!
"ada, tu belakang korang"serentak dengan itu,anne dan khaira menoleh ke belakang dan menjerit kuat Kereta yang dipandu khaira sudah hilang kawalan ke tepi bahu jalan.Anne dan khaira menjerit tidak henti henti bagai nak gila sambil mata terpejam.Aish terkejut pantas cuba menstabilkan kedudukan streng seketika sebelum ditepuk badan khaira kuat,memaksa khaira untuk memberhentikan kereta di bahu jalan.
"ishh!Korang ni dah gila ke?Nak terkeluar jantung aku ,kau lepas stereng macam itu aje!Boleh mati tahu tak?kang tak pasal pasal orang lain pindah rumah,kita pindah alam barzakh!"marah Aish dengan dada diurut urut.Nasib baik Khaira sempat sedar dan mengawal stereng semula,kalau tidak mungkin kereta mereka akan terbabas masuk ke hutan getah.Babi hutan pun jadi isu!
"engkau tu bergurau tak kena tempat.Kau tahu aku ni cepat gelabah,Anne ni perak masuk hutan getah,kau main tipu macam tu,memang mendapatlah !"hembur khaira separuh marah.Khaira pun masih terkejut.Anne hanya menggangguk.Dada Anne sendiri masih kuat berdegup kerana terkejut.Tidak kuasa ,Anne mahu komen apa apa.Anne tersandar di tengah tengah ruang tempat duduk belakang.
"maaflah.Dah jom gerak.Kita patah balik ajelah ke warung tu.Jauh pun hadaplah."aish cuba menenangkan keadaan,cadangan cuba diusulkan bagi menebus gurauan kasarnya yang tidak bertempat tu.khaira mengangguk,enjin kereta cuba dihidupkan semula namun asap yang keluar dari bahagian depan kereta menghentikan tindakannya.Khaira langsung keluar dari kereta dan bonet dihadapan dibuka untuk mencari kepastian.Anne dan Aish hanya mengikut sahaja kelakuan khaira.
"Aku rasa kita perlukan airlah beb.Kau ada air?kereta ni panas ni."soal anne yang agak tahu tentang kereta apabila melihat asap keluar dari lubang itu.Khaira menggeleng tanda tiada.Anne kemudian pantas mengambil sapu tangan kotak kotak di dalam beg tangannya lalu cuba dibuka penutup lubang itu namun gagal.
"mungkin kita kena tunggu kejap kut.Kita drive tak henti henti,sebab tu kut gini.Aku tengok dalam drama ,macam tu dia buat"aish pulak memberi cadangan berdasarkan pengalaman drama melayunya.
"aku pergi cari airlah.Mungkin ada orang dalam kebun getah tu.Korang tunggu sini!Aku cuba dapatkan air.Jangan pergi mana mana!"arah anne lalu menghilangkan diri.laungan nama dari rakan rakannya dibiarkan sahaja.Anne perlu cepat mencari sumber air.Keadaan kenderaan yang kurang lalu lalang dari tadi meragukan Anne untuk menunggu pertolongan melalui cara itu.Anne tidak pasti sama ada orang kampung masih berada di kebun getah pada petang petang begitu atau tidak tetapi tidak salah jika dia mencuba.
Anne kini sudah berada di tengah tengah kebun getah yang agak luas itu.Dari tadi,tiada kelibat manusia pun dilihatnya malah sumber air pun tidak dijumpai.Anne mengurut rambutnya yang terlepas ke belakang.Lengannya yang gatal dek gigitan nyamuk digaru garu .Banyak betul nyamuk di situ!Bagaimanalah orang kampung boleh menoreh dalam keadaan nyamuk yang banyak begitu,seperti menyerah diri aje!Kalau dia,memang tidak sanggup!Baik dicari pekerjaan lain!Anne tiba tiba tersenyum apabila pandangannya tertancap pada satu pondok yang berada di sebelah kanannya.Anne langsung menuju ke situ.
Tekaan anne bahawa terdapat air di situ tepat sekali apabila sebotol air mineral elok berdiri di tepi tiang pondok.Anne pantas mencapai botol tapi tidak pula ,anne beredar.Satu suara muzik agak kuat dan romantik menarik perhatian anne.Seram sejuk juga ,apabila lagu romantik begitu boleh muncul di tengah hutan getah begitu.Kalau orang di situ,tidak mengapa tapi kalau makhluk lain.Anne tarik nafas dalam.Arghh,sejak bila dia takutkan miss H di siang hari?Bukan Aina Karmila kalau takut begitu! Fikiran anne tiba tiba terlintas tentang babi hutan.Arghh..sudah!Bagaimana dia boleh terlupa tentang makhluk satu itu?sudahlah dia sedang berdiri di tengah tengah habitat makhluk itu..matilah..ini lebih menyeramkan dari hantu!Anne pantas mahu beredar ,malas dia mahu memikirkan tentang bunyi lagu romantik itu.Orang rua tua cakap,kalau ada bunyi apa apa buat tidak tahu je.Kalau manusia ,pasti ada kasut atau selipar di luar pondok tetapi ini tiada.Baik dia angkat kaki sebelum makhluk yang mengelikan itu ajak marathon dengannya.namun tanpa sedar kakinya terpijak akan tin hingga kedengaran bunyi.
"hoii,siapa tu.Mengendap ke hah?"sergah satu suara dari arah belakang.Anne yang terkejut pantas menoleh.Terpampang dua wajah yang agak kusut.seorang lelaki dan perempuan.Perempuan itu seperti sedang kalut membetulkan tudungnya yang agak serabut malah baju lelaki itu pun seperti kusut.anne dapat mengesan terdapat cebisan lipstik merah pada baju putih lelaki itu dan juga pada wajah.Anne telan air liur.Otaknya sudah laju menganalis keadaan di situ.
"Kau buat apa kat sini ,hah?Mencuri air ehh?pekak ke aku tanya?Kau siapa?"Tak pernah nampak pun!"soal lelaki itu kasar.Matanya mencerlung melihat Anne.
"Arghh ..taklah bang.Saya...saya...arghh saya nak cari air sebab kereta saya ada problem sikit.Saya kebetulan ada hal sikit dekat kampung ni.Saya nampak air kat situ ,itu saya ambik.Ini abang punya ke?"jawab anne agak gagap,suara anne sudah kecut.Takut anne apabila berdepan dengan keadaan begitu.
,"hurmm.Aku punya.Kau nak air tu?"soal lelaki itu semula sambil berpeluk tubuh.
Anne hanya mengangguk.Matanya cuba menghafal wajah dua orang makhluk yang dihadapannya.
"kau ambiklah kalau nak.Tapi aku nak kau tutup mulut kau.Jangan cerita apa apa pasal kejadian ni.Kalau aku tahu,kau jangan harap dapat keluar dari kampung ni!Ini kawasan aku,masuk sini jangan tunjuk taring ehh!"ugut lelaki itu kasar dengan wajah garang.Anne hanya angguk laju.Terkejut dengan ugutan yang tiba tiba itu.Sahlah mereka ini memang melakukan hal terlarang!Anne senyum kambing sebelum laju melarikan diri.
YOU ARE READING
Hentian dendam√
Romance"tangisanmu,pengakhiranku!" Cinta tak kenal siapa.Kerana itulah si mamat kampung dilamar si tomboy kaya. Aina karmila,si gadis tomboy kaya.Mulut laser,motor besar itulah dia.Hidupnya penuh warna warni kekayaan papanya.Semua yang tidak diminta,semua...