Anne berdiri di depan pintu master room kepunyaan papanya,ditolak tolak berkali kali tetapi masih juga tidak terbuka.
"Cik Anne,jangan dibuka.Tuan tidak benarkan sesiapa pun masuk"Kalut Bibik surti mencegah."Bibik nak beri kunci atau bibik nak saya pecahkan pintu ni?Bibik pilih yang mana satu??"Tegas Anne memberi pilihan.Berang di hatinya sudah tidak mampu tertahan.Pintu berkunci,pasti ada rahsia di dalamnya.
"Tapi .."
"Bibik jangan cabar saya.Bibik tahu saya pernah pecahkan cermin kereta papa.Jangan sampai saya pecahkan pintu ni pulak!"Anne mengugut lagi.Bibik surti sudah telan air liur.Tahu benar sikap Anne yang nekad.Cermin kereta Dato emang pun sanggup dipecahkan selepas pertengkaran hebat dua beranak itu,apatah lagi pintu ini.
"Baiklah,cik.Bibik ambilkan"Kunci bertukar tangan.Anne langsung membuka pintu bilik itu.Bibik surti disyaratkannya untuk beredar.Dengan pintu yang terbuka,Anne langsung meneruskan operasi.Spot utamanya tertumpu pada beberapa laci putih di meja solek.Satu persatu laci dibuka.Namun,hampa masih juga tiada sebarang bukti yang terlihat.Anne mula berfikir sejenak.Kali ini,kakinya diarahkan ke meja kecil berdekatan Almari putih mewah.Anne meneruskan permeriksaan di setiap laci.Apabila sampai di laci terakhir,tangan Anne langsung meneliti isi kandungan kertas kertas yang agak kedut.Tidak lama kemudian,Anne kaku seketika.Lama Anne begitu,sebelum tangannya pantas mengambil gambar kerta kertas itu.
"Aina karmila!!!!"Satu tengkingan kuat muncul dari arah pintu.Tajam pandangan Dato emang melihat Anne yang sudah tertoleh melihat ke arahnya.
"Berani kamu masuk bilik papa!Ini privasi papa!"Tengking Dato Emang lagi.Nafasnya turun naik menahan geram.Mujur dia pulang awal jika tidak pasti anak itu akan membuat masalah lagi.
Anne sedikit tidak takut.Kemarahan papanya,perkara biasa untuknya.
"Privasi untuk papa simpan semua bukti?!Simpan kebohongan papa?Anne dah tahu semuanya ,pa.Anne dah tahu perkara haram papa buat demi kepentingan papa!"ujar Anne tegas namun nada suaranya masih dikawal.Mukanya serius melihat lelaki itu.Lelaki yang penuh dengan tipu muslihat."Apa yang kamu nak marah sangat?Selama ini pun,papa ni tak lebih dari seorang penjenayah bagi kamu!Papa memang jahat di mata kamu.Apa pun yang papa buat,semuanya salah bagi kamu!"bidas papanya semula.
Anne senyum sinis.
"Anne memang benci papa.Benci sebencinya, pa.Selama ni,Anne butakan mata,kunci mulut demi menutup kejahatan papa.Tak cukup lagi ke kekayaan papa?Perlu ke,papa gunakan harta papa untuk jadi lintah darat?!Apa lagi yang papa nak kejar dalam dunia ni?Papa dah ada segalanya!"tengking Anne separuh kuat.Segala rasa pedih itu biarlah terluah."Jangan kamu berani nak tuduh papa!
"Itu kenyataan,pa!Anne nampak orang suruhan papa dengan mata kepala Anne sendiri!Telinga Anne sendiri yang dengar pengakuan dari mangsa buruan papa!semua tu bukan bukti?Cukuplah,pa.Sekali buat jahat,memang takkan berubah.Dulu,kelab malam papa buka,Rumah urut dan sekarang nak jadi lintah darat pulak?Mana pergi akal papa?Lepas ni,papa nak jadi pengedar dadah pulak ke?"
"Listen!Kamu jangan melampau.Kamu tu tak tahu apa apa!Apa yang kamu tahu tak semestinya betul!Jangan nanti kamu menyesal dengan tuduhan kamu sendiri!"Tengking Dato emang.Matanya mencerlung merampas sesuatu di tangan Anne tanpa sempat ditahan oleh Anne.
"Teruslah,terus nafikan pa.Sekarang ,papa rampas kertas tu.Sebab apa?Sebab kertas tu membuktikan yang papa langsung tak ke china sebulan yang lepas, kan?Apa papa buat di perak?Dan ,apa maksud segala bil bil rawatan di hospital mata tu,pa?Rahsia apa pulak kali ni?"Soal Anne bertubi tubi.Resit perbelanjaan barangan elektrik dan pakaian wanita di perak sebulan yang lalu membuatkan hati Anne tertanya tanya.Ditambah pula,segala bil rawatan di hospital.Penjelasan dari papa amat diperlukannya.Anne sudah tidak mahu berteka teki lagi.
YOU ARE READING
Hentian dendam√
Romansa"tangisanmu,pengakhiranku!" Cinta tak kenal siapa.Kerana itulah si mamat kampung dilamar si tomboy kaya. Aina karmila,si gadis tomboy kaya.Mulut laser,motor besar itulah dia.Hidupnya penuh warna warni kekayaan papanya.Semua yang tidak diminta,semua...