Anne mundar mandir dalam bilik beratapkan kayu itu tidak tentu arah.Betul betul dia serba salah.Hisyh ..mamat ni !Dah pukul 8 malam takkan tak sedar sedar lagi!Baru kena sipi jer kut!Kalau dia sedar,kuranglah sikit rasa risau aku.Sehari lepas,dia cari pasal dengan bapak,hari ni dengan anak pulak!Adoii..
"kau buat apa dalam bilik ...auchh"Fir yang sudah sedarkan diri terus menyoal apabila susuk tubuh musuhnya berada di bilik barunya namun rasa sakit di belakang kepala mematikan soalannya.Anne yang risau terus meluru ke arah Fir,cuba mahu membantu fir baring tetapi ditepis laju oleh tangan fir.
"Abang..."seorang perempuan berbaju kurung dan bertudung terus menerpa hingga anne sedikit tertolak ke belakang.Anne yang keliru hanya membiarkan sahaja.Dari mana perempuan itu datang pun dia tidak tahu.
"Abang ,abang okey?Kepala sakit lagi?Nak gugur jantung ani dengar abang pengsan tau..."soal wanita itu penuh riak risau dan nada suara manja.Anne yang masih berdiri membelakang wanita itu sudah mahu loya,mujur pandangan dijatuhkan pada ruang luar bilik."Abang ..Abang..Gelilah!Relaks la sikit kut ye pun risau!"gumam hati Anne.
"Abang okey..sikit jer"ujar Fir lembut ,perlahan.
Anne mencebik.Lembut gusi ,dia dengar.Sah perempuan ni buah hati mamat kerek ni.Baguslah,lepas ni tak adalah si khaira dan Aish kenankan aku lagi.Selamatttt!!"kau ni mesti yang anne kan?Kaulah yang baling kelapa kena bakal tunang aku?Nasib baik kepala tunang aku tak pecah.kalau tidak ,siaplah kau!Baru masuk kampung ,dah buat onar!"perempuan itu tiba tiba memarahi anne.Habis hilang suara manja dan lemah lembut tadi.
Anne yang membelakangi perempuan itu mengeluh.Nama aje perempuan kampung,sama juga kasar sepertinya.Anne malas mahu bertekak.
"baiklah ..saya minta..."kata kata anne terhenti apabila mata dia dan wanita itu bertembung.Membulat mata Anne melihat wajah wanita itu.Anne kenal wajah itu.Meskipun baju dan tudung bertukar,dia yakin ,dia ingat wajah itu. inikah tunang sekaligus bakal isteri Tuan Fir?Seperti mimpi!"Firzan..dah sedar pun.Risau ummi dengan abah.Lama sangat kamu pengsan.Ni,kamu jangan marah pula dengan Anne.Anne ni tak sengaja terbaling buah kelapa tu.Salah ummi juga sebab suruh Anne dan Aish ambil kelapa tapi tak tunjukkan galah kat mana.Maafkan Anne ,ya.."ujar umi yang masuk tiba tiba , meluru duduk bersebelahan Fir.Ummi cuba menenangkan keadaan.Dari luar,mereka dapat mendengar semua yang berlaku dalam bilik itu.Berdasarkan cerita khaira dan Aish,baru ummi tahu mereka bertiga sudah saling mengenali Firzan.Pak mirzan hanya berdiam sahaja.Dari tadi,Sekejap sekejap matanya dikerling ke arah Anne.Pak Mir tahu anak itu berasa bersalah kepadanya,malah tidak berani bertentang mata apabila pak mir dikenalkan oleh isterinya tadi.Pak Mir juga tidak mahu mengungkit hal itu,dia tahu Anne mempunyai alasan sendiri bertindak begitu.
Fir hanya diam sahaja.Tindakan Anne yang menhilangkan diri tiba tiba selepas kata kata ibunya ,membuatkan hati fir membuak rasa marah.Hilang begitu jer?Tidak tahu rasa bersalah langsung!Minta maaf pun langsung tidak ada!Fir sedaya upaya senyum kelat,tidak mahu pergaduhannya dengan Anne dihidu oleh orang di situ.Fir sendiri tidak mengerti bagaimana tiga sekawan itu boleh berada di situ.Segan pulak jika mahu bertanya sekarang,dia perlu mencari saat yang tepat.
"Tuan Fir,maaflah.Anne tu dia tengah stresssss.. banyak sangat lelaki zaman sekarang pakai gula dekat mulut .Manis mengayat tapi rupanya ,milik orang..itu pasal sensitif sahabat saya tu.Jadi kalau kena sound tiba tiba tu,memang dia lesap begitu la!"ujar Aish separuh memerli,sikuan khaira diendahkan.Hati sedikit geram apabila mengetahui tuan fir sudah bertunang.Susah payah dikenankan tuan fir dengan Anne,alih alih bertunang dengan minah warna warni ni pulak!Dahla minah tu sesuka hati aje marah sahabatnya itu.Cubalah simpati sikit!Orang tengah frust kut,hati tengah tisu!Tunang kau juga yang mengayat!
Fir kerut dahi.sedikit terkejut dengan kata kata Aish ditambah pula muka Aish yang seperti tidak suka dengannya.Anne tengah frust?Siapa pula yang mainkan wanita itu?
"Abang..ani kena balik dulu..Adik adik tak makan lagi tu,tunggu ani.Minta diri dulu ummi ,abah"Rohani bersalaman penuh sopan dengan Ummi.Wajahnya kelihatan sedikit gelisah malah matanya dilarikan apabila bertembung dengan Aish dan khaira.Aish dan khaira berpandangan sesama sendiri.Aneh!
YOU ARE READING
Hentian dendam√
Romance"tangisanmu,pengakhiranku!" Cinta tak kenal siapa.Kerana itulah si mamat kampung dilamar si tomboy kaya. Aina karmila,si gadis tomboy kaya.Mulut laser,motor besar itulah dia.Hidupnya penuh warna warni kekayaan papanya.Semua yang tidak diminta,semua...