❨ 31.00 ❩

499 92 5
                                    

"Kopi. Cek! Gula pasir lima paket. Cek! Lepastu apa lagi eh?"

Kesemua barangan yang tercalit pada senarai aku pandang dengan teliti. Dicuba cari jugak barangan yang mungkin aku terlupa atau tertinggal. Kalau tak cukup satu mau merana aki kat cafe nanti.

"HAH! SUSU PEKAT!" Akhirnya ada jugak benda yang aku terlupa nak beli. Nasib baik senarai tu aku periksa, kalau tak. Tak tahu lah apa akan terjadi kat cafe disaat Jisung menyedarinya.

Kaki diorakkan menuju ke rak tin susu. Troli ditolak menuju ke lorong tu.

Seusai sampai di situ, aku memarkirkan troli aku di bahagian tepi. Jenama tin yang selalu kamu guna dicari.

"Mana ni?— hah ni pun" Tin susu itu diambil dan dibawa ke troli. Dua lagi tin yang sama diambil dan letakkan ke dalam troli. Troli ditolak dan destinasku yang seterusnya adalah kaunter pembayaran. Akhirnya!

Semasa dalam perjalanan, gegendang telinga aku seakan terdengar bunyi yang aneh. Ia bukan bunyi barang jatuh ataupun benda lain. Tetapi, ianya adalah bunyi seperti bakul jatuh dan sedikit jeritan dari seorang perempuan.

Pandangan diarahkan ke kaunter pembayaran yang kian lenggang. Kalau aku lambat mesti sibuk balik. Tetapi, bunyi jeritan tu... Ia merisaukan aku.

Helaian nafas dihembus keluar. Aku terpaksa mengikut desakan aku untuk pergi ke arah bunyi jeritan tersebut. Hati digagahkan untuk mengharungi segala halangan dan cabaran yang bakal jatuh menghempap diriku.

Semakin lama semakin jelas bunyi rengekan itu. Bakul yang dipegang, diletakkan perlahan-lahan di atas jubin lantai. Kaki dijengket menuju ke lorong di mana bunyi ganjil kedengaran...

1! 2! 3!

Kepala pantas dijengulkan ke arah lorong tu. Mata terbeliak tatkala satu benda yang tak dijangka terjadi di hadapan aku. Oh my madafaka! Apa benda ni!

🌼🌼🌼

Menda ah tu

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now