❨ 26.00 ❩

515 108 10
                                    

"Tok tok tok!" bunyi ketukan tingkap menyedarkan aku daripada alam fantasi. Mataku sepet disbabkan mamai tu mula mencari-cari butang untuk menurunkan tingkap.

Bunyi ketukan tingkap makin membingitkan telinga.

"Hah ni pun!" kataku selepas jemariku menyentuh butang tingkap tersebut. Aku terus menekan butang tu dan kemudian tingkap perlahan-lahan turun ke bawah

Kepala dipusingkan ke belakang. Wajah yang mamai bertukar segar selepas saja aku melihat wajah si pengetuk itu. Wajahnya menakutkan.

Dia memakai mask hitam dan rambut nya sama macam rambut kopi. Dia kini sedang memegang sebilah pisau yang berdarah.

Tiba-tiba mataku tertancap pada dua kujur tubuh yang rebah dan tidak bergerak. Merekanya seorang lelaki dan seorang perempuan

"A-apa kau buat kat diorang?!" soalku terketar-ketar. Dapat ku rasakan segala rusuk aku bergetar dan bergoyang. Pundi kencing terasa penuh. Bila masa je air seni itu terkeluar dek kerana takut.

"Aku nak organ kau! Organ diorang tak cukup" balas lelaki tu dingin. Tetapi, suaranya mirip dengan seseorang. Tapu siapa eh? Argh tu tak penting!.

"TAK BOLEH!" bantahku kasar sebelum tangan aku cepat-cepat tekan butang untuk tutup semula tingkap. Namun, tangan lelaki tu masuh tak lepas dari memegang tingkap

Semakin lama tingkap tu kian tertutup tapi tangan laki tu masih setia padanya. Apabila tingkap hampir sampai ke puncak. Suatu kejadian ngeri terjadi di hadapan aku.

Tangannya yang memegang tingkap kereta tiba-tiba putus macam baru dipotong dengan pisau. Darah mencurah-curah keluar daripada tangan. Tangan yang terpotong itu selamat mendarat pada peha aku.

"ARGHHHHHH!!!!"

❤❤❤

Mata terbeliak tanda terkejut setelah sedar dari mimpi ngeri. Wajahnya berpeluh bagaikan selepas mandi. Nafasnya tercungap-cungap. Dadanya turun naik. Dirinya berasa letih seperti lepas berlari maraton.

Perlahan-lahan dia bangkit. Matanya memandang sekelilingnya. Dia mengerutkan dahi setelah mengetahui bahawa dia tidak berada di dalam biliknya. Sebaliknya, di bilik orang lain.

Anak matanya dilirikkan ke arah pintu bilik yang terbukak secara sendiri.

Kelihatan seorang lelaki masuk ke dal bilik bersama semangkuk bubur dan segelas susu pekat yang semula jadi.

"Erk... Kau.."

✤✤✤

Nak tanya... Korang sudi lagi ke baca fanfic aku ni? Wahai silent readers pls comment yang ni...

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now