❨ 56.00 ❩

370 63 0
                                    

"Eo.. Zico.." ujar Jaemin setelah memandang ke arah lelaki yang memegang senjata itu. Lelaki yang bernama Zico itu terus meletakkan selaras senapannya tadi.

Perlahan-lahan dia mengorak langkah mendekati Jaemin. Nana sekadar membisu dek kerana tidak memahami akan situasi yang terjadi sekarang.

"Apa kau buat kat sini?" soal Zico dengan rasa curiga yang mendalam. Jaemin menggaru lehernya. Dia memandang sekeliling serupa mencari alasan untuk diberikan kepada Zico.

"Erm.. Aku sebenarnya nak mintak tolong kau" Jaemin terus menyatakan hasrat sebenarnya untuk ke sini. Zico menangguk faham.

"Apa dia?" soal Zico setelah membuat keputusan untuk menghulurkan bantuan.

"Tolong carikan data dan lokasi bagi nombor ni" tanpa lengahkan masa, Jaemin menghulurkan sekeping kertas kecil kepada Zico.

Zico menyambut sebelum melihat setiap isi yang tersurat pada nota itu.

"Ouh. Senang je. Jomlah masuk" ajaknya seraya mengatur langkah masuk ke dalam rumahnya semula. Jaemin dan Nana saling berpandangan.

Masing-masing memberikan senyuman kerana seseorang telah memudahkan kerja mereka.

"BUKAK KASUT!" mereka berdua tersentak dengan laungan Zico. Pantas mereka akur dengan arahannya.

Terkedek-kedek mereka berlari masuk ke dalam rumah dan pergi mengikuti Zico ke bilik ICTnya.

-----
Zico is hacker? How cool is he? 😂

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now