❨ 64.00 ❩

412 63 6
                                    

T-shirt dikenakan pada badanku. Penampilanku dilihat melalui cermin yang lebar. Dipusing sedikit badanku agar dapat lihat secara menyeluruh.

Senyuman puas timbul di wajah. Beg yang sudah aku isikan dengan bom dan senjata diraih dan disangkutkan pada bahu. Kunci kereta yang tergantung pada dinding aku ambil.

Langkah dibukak menuju ke ruang tamu di mana sarapan ringkas seperti roti dan jem disediakan. Lepas Cafe tu terbakar rasa tenang sikit dibuatnya. Pasal apa? Pasal aku dah tak perlu kerja lagi setiap hari.

Sampai saja di tingkat bawah, aku meneruskan lagi perjalanan menuju ke dapur untuk mendapatkan sedikit eoti sebagai pengisi perut.

Sekeping roti tanpa inti disumbat masuk ke dalam mulut. Gigi mengunyah makanan dengan tertib. Air milo dibancuh sekilas dan diminum.

Setelah merasakan bahawa diri ini sudah sedia, aku terus berjalan keluar dari rumah untuk ke kereta. Pintu dikunci dan but disarungkan pada kedua belah kaki.

Kunci kereta dibukak dan aku mengbil tempat di bahagian pemandu. Beg yang dibawa tadi diletakkan di sebelah aku. Enjin dihidupkan.

Aku membiarkan enjin kereta dipanaskan sendiri. Setelah itu, aku menarik brek dan gear dan kemudian kereta perlahan-lahan bergerak keluar dari perkarangan rumah.

Butang ditekan seraya pagar tertutup secara automatik.

Perjalan diteruskan lagi menuju ke rumah seseorang di mana dia lah orang terakhir yang aku boleh harapkan selepas Jisung. Suasana kian tegang jadi aku terpaksa meminta bantuan pihak lain meskipun ia dianggap menipu di dalam permainan Jisung.

Baru saja aku dipertengahan jalan, tiba-tiba telefon yang berada di dalam poket berbunyi. Segera aku mengeluarkan telefon tu dan meleretkan butang hijau untuk menjawab.

"Z-zaki.. Kau kat ma—" kataku terhenti apabila suara yang menjawab adalah bukan suara Zaki atau nama sebenarnya Zico.

"Hahahahaha.. Kau cari zico ke? Alolo, sian dia.. Dia tatot nak buat kerja sengsorang.. Dia pun mintak tolong orang layen hohohohohh... Tu nama dia bangsat. Aku suruh kau datang sini seorang diri! Bukan berteman. ARAHAN SENANG JE KAU SUSAH NAK IKUT! BODOH! sebagai balasan, terima lah lagu yang indah ini"

Suasana di dalam panggilan menjadi sunyi sepi. Tidak mahu kejadian buruk terjadi, aku berhenti di tepi jalan sambil menantikan dendangan lagu yang ingin disampaikan Jisung

"ARGH!!!" suara zico menjerit menyentakkan hatiku. Mulut masih kelal membisu.

"HAJIMA! Arkkkk!!" Jeritnya lagi namun kali ini dialunkan lagi dengan bunyi seakan sesuatu keluar dari mulutnya.

Sreeett!!

Bunyi seperti sesuatu yang menyeret mencurigakan perasaanku. Namun masih kekal terkunci.

PANG!

Oh tuhan apa pulak ni

"ARGHHH!! SAKIT! JISUNG HAJIMA!" Jeritan Zico membuatkan aku risau seraya rasa takut dan trauma.

"JIS— OHOK OHOK OHOK!" Bunyi jeritan ditukar dengan batukan tercekik..

"WOI APA KAU NAK BUAT SIAL!" spal aku dengan kuat. Rasa geram ini tak boleh ditahan lagi.

"UHUK! UHUK! JIK! SUNG! UGHHHH!! UHUK!" Batukan Zico semakin jelas kedengaran.

"Sabar je Jaemin. Dengan lah suara kau buat kali terakhir hihi" ujar Jisung bernada sinis.

"WEH HENTIKAN! JANGAN APA-APA KAN DIA. NI HAL AKU DENGAN KAU!"

"TAPI DIA PENJAHAT! DIA BERSUBAHAT DENGAN KAU! KAU MENIPU!!!"

"RASAKAN! HIYAK!"

"Jae.. Min.. Ughh" suara zico menjadi lemah. Hati berasa goyah. Dan tiba-tiba semua menjadi sunyi. Zico? ......

"Zico?"

"...."

Dugaan apa yang kau berikan kepadaku ya allah. Sungguh hati ini tak kuat menghadapinya. Jangan tarik dia dari aku ya allah (꒦໊ྀʚ꒦໊ི ).

Panggilan tiba-tiba terhenti. Aku mendiamkan diri sambil berfikir akan rancangan seterusnya.

"Polis" tu saja yang keluar dari otak aku. Pantas nombor telefon polis didail.

"Hello.. Saya perlukan polis sekarang...."

----

Uhuk

aegwa_yeonie12 youralpaca DarkTurner_

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now