Bas berhenti di hadapan masjid Seoul. Nana dan Jaemin turun dari bas. Bas bergerak meninggalkan mereka. Jaemin memandang masjid dengan begitu terpegun
"Unik" satu pujian diselitkan dalam renungannya itu.
"Eh. Saf laki kat sana" Nana membuatkan Jaemin berhenti dari memandang masjid. Jaemin memandang ke arah Nana dengan pandangan yang seakan-akan keliru seketika
"Apa dia?" soal Jaemin. Nana bertepuk dahi untuk kali keduanya.
"Saf jantan kat sana. Nun kat sana. Kau carilah mana-mana lelaki yang masuk masjid pastu ikut dia" jelas Nana sebelum berlari meninggalkan Jaemin bersama beg telekung diletaklan di bawah ketiak.
Jaemin mendiamkan diri dan cuba memahami kata-kata Nana sebentar tadi.
"Dia cakap ikut je mana-mana lelaki yang nak masuk masjid. Ok!" Jaemin terus melangkah menghampiri seorang lelaki yang berpakaian serba jubah dan kopiah di kepala.
"Cik nak masuk masjid ke?" soalan pertama keluar dari mulut Jaemin. Lelaki tadi seakan pelik dengan soalan Jaemin sebelum menganggukkan kepala...
"Ok" balas Jaemin sebelum mula berjalan ke sebelah lelaki tu.
Dia hanya mengajuk setiap tindak-tanduk yang dilakukan lelaki itu. Dia menanggalkan kasutnya sejurus lelaki itu menanggalkan seliparnya. Perlahan-lahan anak tangga berjubin di hadapannya di naiki.
Lelaki itu menyeret pintu berkaca hitam masjid itu dan Jaemin turut masuk ke dalam.
Matanya bersinar-sinar apabila lihat ramai lelaki yang berpakaian yang serba labuh sama ada memakai jubah atau memakai kopiah di kepala sama sepertinya.
Tanpa rasa segan, dia terus duduk bersila seperti mereka di hadapan pintu masuk masjid.
Matanya masih lagi memerhati setiap sudut isi di dalam masjid. Semakin lama semakin ramai lelaki masuk ke dalam bilik yang didiami dan duduk di tempat masing-masing.
Tiba-tibanya matanya tertancap pada susuk tubuh yang dikenalinya. Dia bingkas bangkit dari sila.
"ZI—"
"shhh" seorang lelaki bertegas menyuruh dia diam. Jaemin tergamam untuk seketika. Dia duduk semula di atas tempatnya semula.
Zico terus menujur ke hujung dinding dan mengangkat kedua tangannya ke telinga.
Jaemin seakan pelik akan tindakan yang dibuat Zico. Apa yang akan dia lakukan?
Zico menghembuskan nafas yang dalam. Perasaan gemuruh yang kian rancak dalam hati cuba diredakan.
"الله أكبر! الله أكبر!"
"Bahasa apa tu?" Getus hati Jaemin. Dahi berkerut tanda pelik. Dia cuba berfikir akan bahasa yang dia ketahui namun ia tidak membuahkan hasil.
Jaemin membuat keputusan untuk mendiamkan diri agar tidak dimarahi lagi oleh orang lain.
❀❀❀❀
Sorry late update..
cocoamisu- abangtaen-reciks aestaelogy MoonBinny -pubgmin ansdream DarkTurner_ harleysyaaa husnafh nazsthetic_
YOU ARE READING
Please Excuse Me - Jaemin (C)
RomancePlease excuse me, tolong halalkan saya, ❝ Kalau awak nak khawin dengan saya.. Kenalah masuk islam dulu ❞ - 나나 ❝ Jangan risau. Saya memang nak masuk islam pun. Dari dulu lagi ❞ - 재민 Cast : Jaemin NCT , Nana Genre : Romance , Islamic Category : 13+ St...