❨ 37.00 ❩

445 79 0
                                    

"Mana pulak krim ni?" mataku memerhatikan setiap inci rak produk kecantikan yang terletak di hadapan aku. Krim yang aku inginkan masih dicari..

Aku mengharapkan penemuan yang lebih cepat sebab malam ni aku ada kuliah. Satu per satu botol krim jenama lain aku tolak ke tepi.

"Mana pulak menatang ni?" soalan itu disuarakan dengan nada yang hampir marah. Rasa geram bertandang di hati.

Tiba-tiba seseorang memegang bahu aku. Aku pantas pusing ke belakang dek kerana terkejut

"Eh. Awak ni siapa? Terkejut saya" kataku sambil mengurut dada untuk tenangkan diri. Senyuman mengjengkelkan terhasil di mulut. Tiba-tiba lengannya diletakkan di sebelah aku. Pergerakan terkunci.

"Apa awak buat ni?" air muka dan suara berubah takut. Dia cuba menyentuh dagu aku namun aku pantas menepis.

"Ala nak rasa sikit pun tak boleh ke?" katanya begitu miang. Aku menggeleng laju. Ya allah. Kau lindungilah aku (T^T)

Tiba-tiba dia menghembus nafas yang berbau busuk.

"PFFT! KAU MAKAN APA NI WEH—jap" tiba-tiba kepala terasa pening. Pandangan kabur dan perkara terakhir yang aku nampak adalah senyuman menakutkan dari lelaki tadi.

Semua gelap dan aku jatuh pengsan di situ.

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now