❨ 62.00 ❩

390 63 4
                                    

"Bomba jelaskan pada saya bahawa kebakaran cafe tu berpunca dari pengkhianatan. Sebab masa mengira jumlah kerugian tu, bomba menemui satu tong minyak petrol."

Jaemin menjelaskan perkara berkaitan kebakaran tu kepada Nana yang setia duduk di hadapannya. Nana mendiamkan diri sambil menikmati teh bunga yang dibancuh oleh Jaemin

Mereka kini berada di rumah Jaemin. Jaemin yang mengajaknya ke sini apabila waktu kuliah Nana telah tamat.

"Saya rasa mungkin dalangnya adalah Jisung?" isi hati Nana diluahkan. Jaemin mengetap bibir sambil berfikir.

"Ada betulnya jugak kan? Tapi, kalau pun dia ada dendam dengan saya, kenapa dia perlu bawak lari al-quran saya tu? Sekarang ni saya tak boleh nak belajar lagi pasal tajwid"

Nana mendiamkan diri sambil menunduk. Riak mukanya menunjukkan bahawa dia ingin mengatakan sesuatu.

"Urm.. Jaemin?" jaemin mengangkat wajah memandang ke arah Nana.

"Kenapa?" soal Jaemin.

"Saya rasa.. Ada dua benda yang mungkin Jisung ada yang menyebabkan dia buat macam tu"

"Hah? Apa dia?"

"Satu. Dia mungkin ada islamophobia di mana ia bermaksud fobia terhadap islam dan juga mungkin dia tergolong dalam golongan anti-islam."

Jaemin terkedu seketika. Tidak tersampai idea tu di kepalanya. Nana lebih cekap berbandingnya.

"Ye tak ye jugak. Tapi, masa saya kecik dulu. Mak ayah dia sentiasa jaga saya dengan baik. Saya dan Jisung rapat sangat sampaikan kami macam sdik beradik kandung. Mungkin lah dia tahu bahawa saya sedang belajar tentang islam jadi dia rasa benci dan takut pada perkara tu"

Nana menanggukkan kepala. Teko teh diangkat lalu dituang masuk ke dalam cawan.

"Awak esok ada kuliah ke?" soal Jaemin.

"Hurm? Ada. Kenapa?"

"Oh. Baru ingat nak pergi lawat kejap makam ibu bapa saya" kata Jaemin sambil menggaru leher. Sengihan busuk dipaparkan di wajahnya.

"Ouh" sahut Nana sambil menyisip teh panasnya.

✾✾✾✾

Next chapter will ending everything

Please Excuse Me - Jaemin (C)Where stories live. Discover now