ANAK mata Hara melekat pada skrin televisyen. Hari ni kelas dia mula lambat.
Jam 10 pagi jadi dia bolehlah rilex sekejap. Tak payah terburu- buru sangat macam kelmarin.
“Neo michieoso?!” jerit wanita didalam drama tersebut. Terkejut bila sang suami tak ada angin tak ada ribut tiba- tiba sahaja mahu kahwin lagi satu.
Hey, nasiblah Puan Mina yang sudi ambil dia jadi madu. Kalau macam dalam cerita ni, habis tak aman dunia Hara jadinya. Awal- awal lagi dah jadi janda muda.
Fuh! Minta dijauhkan!
“Saya tak cukup cantik ke dimata awak sampai awak sanggup cari yang lain?!” habis kusyen yang berada diatas sofa itu dia baling kepada pelakon lelaki itu.
Bergema gamaknya rumah tersebut disebabkan tempikan wanita itu.
“Morning, sayang..” sapa Jimin sambil melangkah turun dari tangga lalu terus masuk ke dapur. Rambutnya yang messy boleh menggugurkan hati- hati wanita yang melihat.
Termasuklah Hara. Ecing!
“Morning.. sa- sayang?” bagai tak percaya, Hara mengulang sekali lagi perkataan sayang itu. Jimin panggil dia sayang? What for? Ya, tahu untuk dia. Tapi- tapi. Uwahh!
“Sayang, masuk kelas lambat ke hari ni?” soal Jimin sambil membawa sebotol air minuman. Tempat kosong disamping Hara diambilnya.
“Hem? Ah, ya. Saya masuk kelas lambat hari ni. A- awak?” soal Hara semula. Gementar dia bila Jimin tongkat dagunya pada kepala sofa sebelum tersenyum kecil.
“Awal lagi, aku masuk lambat pun tak apa. Akukan bos.”
“Salah guna kuasa awak ni.”
“Tak apalah..” balas Jimin dengan suara serak- serak basahnya yang bagi Hara agak.. seksi?
Dan kemudian, suasana menjadi hening semula. Hanya suara televisyen saja yang terdengar. Hara pandang semula kaca televisyen. Bibirnya diketap bila dia rasa Jimin masih tak lepas memandang dia.
“Sayang..”
“Y- ya nak apa?”
“Kau ni comel bila gemuruh. Aku suka..”
Aku suka..
Aku suka..
Aku suka..Ok, enough, tak payah ulang lagi. Hara jadi makin gabra bila tapak tangan Jimin menarik lembut tangannya.
“Look at me.”
“Kenapa?”
“Em.. aku nak bincang pasal ex crush kau tu. Siapa namanya tu?” berkerut dahi Jimin mahu mengingati nama lelaki itu.
Haih, dah isteri dia pernah tersuka dekat lelaki ni, mestilah dia kena kenal, kena take noted. Tak nak Hara terjatuh hati sekali lagi.
Cukup Hara ada hati dekat dia sorang je, okay?
“Nama dia Minhyuk. Kenapa?”
“Jauhkan diri dari dia. Aku tak nak kau jatuh hati pada dia lagi.” ujar Jimin. Nada suaranya cuba ditegaskan. Hara buat muka sedikit tak percaya.
“Ahh.. kalau pasal itu, saya tak boleh janji. Ehe” balas Hara dengan sengihan kecil buatkan Jimin mencerlungkan matanya.
“Hara..”
“Ya, Encik Suami?” jawab Hara seraya jongketkan kening.
Apa lagi yang ulat bulu ni nak? Menganggu konsentrasi Hara hendak tonton drama aje!
“Nothing..”
Eish! Tengok tu! Mengada!
Cebikan yang terhasil pada bibir Hara buatkan Jimin tersenyum kecil. Hara ni comel, kenapa tak sedar semua itu dulu?
Pipi Hara dicium sekilas dan serentak pintu rumah ditolak buatkan kedua mereka menoleh.
“Home sweet home!” kata Mina dihadapan muka pintu dengan senyuman yang lebar sampai ke telinga.
Jimin pandang Hara, wajahnya berubah serta merta. Pandangan Jimin seakan mempunyai erti pelbagai. Hara.. tak pasti nak tafsirnya macam mana.
“Sayang.. kenapa balik tak bagitau?” ucap Jimin. Lelaki itu laju melangkah mendapatkan Mina sebelum tubuh wanita itu dipeluknya. Pipi Mina dikecupnya sekilas.
“I miss you, sayang.”
“Me too.”
Hara mendiamkan diri. Dia lemparkan senyuman fake.
Tak apalah, kalau bahagianya dengan Jimin cuma sementara. Yang penting lelaki itu sudah melayannya seperti isteri sejak dua hari ini.
Tak apa, kan, Hara?
Manakala Jimin pula, dia langsung tak mahu bertatapan dengan Hara. Dia tahu apa yang dirasakan gadis itu, tapi Mina juga isterinya.
Hara pun isterinya.
Cuma satu je Jimin pinta, tolong jangan ambil hati, please sayang?
.
Mian😥
Recommend me a song to bless my ear->
[🙌]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]
YOU ARE READING
[C] His Wife | 지민 ✓
FanfictionSon Hara, gadis yang berusia 20 tahun itu terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin. Namun lelaki itu bukan seorang lelaki biasa. Dia merupakan suami kepada seorang wanita yang dengan sendirinya melamar Hara untuk menjadi isteri k...