PAGINYA, Hara terbangun lambat sebab dia tak dapat tidur. Pejam celik pejam celik pukul dua pagi barulah mata dia nak terlelap. Dia pun tak tahu kenapa.
Hara menggeliat kecil, dengan langkah mamai, dia melangkah ke balkoni bilik. Rutin dia setiap pagi untuk hirup udara segar waktu pagi selepas bangun. Hara meregangkan tubuhnya.
Sebaik saja dia memandang ke bawah, disitu dia lihat Jimin sedang mandi kolam. Of course he shirtless!
Terus hilang kantuk dia. Hara gelengkan kepalanya, dia dongakkan kepala memandang lurus ke hadapan semula. Jangan intai!
Tapi mata bagai digaru- garu mahu melihat Jimin semula. Mahu tak mahu, Hara tundukkan wajah, serentak dia berpandangan dengan Jimin yang sedang ikut mendongak memandangnya.
“A- aniya!” Hara berlari masuk kedalam semula. Jantung dia dup dap dup dap.
Tahu tak sebab apa? Sebab Jimin seksi sangat! Rambut basah dia tu! Ya ampun! I cannot!
Hara menggelengkan kepalanya, dia melangkah keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Telinga masih menangkap air kolam terpecik menandakan Jimin masih bermandi- manda disana.
“Hara!” panggilan itu buatkan Hara yang meneguk air hampir tersedak. Laju dia melangkah keluar untuk mendapatkan Jimin sambil menepuk- nepuk dadanya.
“W- wae?”
“Ambilkan tuala, aku lupa nak ambil tadi.” pinta Jimin dengan nada suaranya yang dingin lagi.
Hara hanya akur tanpa banyak tanya lagi dia berlari naik ke tingkat atas lalu tuala Jimin dicapainya. Hara kembali dengan tuala ditangan.
“Em, saya letak dekat sini eh?” kata Hara. Tuala putih diletaknya diatas meja.
“Stay there.” kata Jimin sebelum dia melangkah keluar dari kolam.
Hara berhenti melangkah. Saat Jimin melangkah kearahnya, dia alihkan pandangan. Dia tak kuatlah nak tahan pesona Jimin ni!
“Hari ni kau free kan?” soal Jimin, tuala tadi diambilnya lalu wajahnya dilap.
“Ya, ke- kenapa?” tergagap Hara jadinya.
“Aniya, mama minta kita ke rumah dia. Aku tak pergi kerja hari ni, cuti sehari.” terang Jimin. Hara mengangguk faham. Mereka kembali mendiamkan diri.
Tapi pandangan Jimin terhadap dirinya buatkan Hara rasa tak selesa.
Bila dia dongakkan wajah, Jimin sudah maju selangkah buatkan Hara undur selangkah hingga tak sedar dibelakang adalah kolam renang.
Jimin senyum senget, dia maju selangkah lagi dan serentak tubuh Hara tercebur kedalam kolam.
“Yah!” Hara merungut kecil. Baru saja dia mahu membuka mulut sebab nak marah Jimin, Hara terkaku bila Jimin meletakkan tuala dan ikut sama terjun kedalam kolam.
“Ji- Jimin..”
Hara terpana bila Jimin sudah berada dihadapannya.
Jimin raup rambutnya yang basah kebelakang, menyerlahkan lagi kekacakannya lelaki itu dalam jarak yang dekat itu. Hara telan liurnya.
“K- kenapa..”
“I just wanna do it..” balas Jimin, lengannya melingkar di pinggang Hara serentak buatkan jarak mereka menjadi rapat.
Hara mengetap bibir bila Jimin menyatukan dahinya dengan miliknya. Jantungnya sudah berdegup kencang.
“You wanna do it..?”
“This is not the right time to that thing!” balas Hara. Tangannya yang melekap di dada Jimin dia pukul perlahan.
Baru saja dia mahu menjarakkan diri dari Jimin, lelaki itu kembali menariknya rapat dan serentak bibirnya dipagut lembut oleh Jimin. Hara terkebil- kebil.
Ke- kenapa dengan Jimin?
“What was that?” soal Hara sebaik Jimin lepaskan tautan. Lelaki itu tersenyum senget, jarinya menyentuh bibir merah Hara.
“Kau tak pernah.. kiss?”
Hara menekup bibirnya. Jimin berdecit kecil, dia kembali berenang menjauhi Hara manakala gadis itu terkebil- kebil seorang diri.
Jimin ni sengaja nak mainkan perasaan dia ke apa?!
.
[🙈]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[🙏]
YOU ARE READING
[C] His Wife | 지민 ✓
FanficSon Hara, gadis yang berusia 20 tahun itu terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin. Namun lelaki itu bukan seorang lelaki biasa. Dia merupakan suami kepada seorang wanita yang dengan sendirinya melamar Hara untuk menjadi isteri k...