Bab 6🔐

7.5K 653 33
                                    

KLEK!

Sebaik kaki Hara melangkah masuk kedalam rumah, dia mendapati rumah masih dalam keadaan gelap gelita yang bermakna Puan Mina serta suaminya Park Jimin itu sudah balik. Huh.

Tek!

Suis lampu rumah ditekan dan sebaik Hara membalikkan tubuhnya, matanya terpandang pula akan susuk tubuh seorang gadis sedang berbaring diatas sofa diruang tamu.

“Puan!”  panggil Hara seraya meluru mendapatkan wanita itu. Mina mencelikkan mata, dia tersenyum kecil.

“Cik Hara dah balik?” soalnya seraya menenyeh- nenyeh kelopak matanya. Dia pandang jam pada pergelangan tangannya.

“Kenapa Puan tak pasang lampu?”

“Saya terlajak tidurlah, Cik Hara. Saya tunggu awak balik tadi” jawab Mina seraya membetulkan posisinya untuk duduk tegak diatas sofa. Hara mengangguk faham. Dia menjeling pada jam didinding.

“Puan dah makan?” soal Hara dan disambut gelengan serta sengihan dari Mina.

“Tak apalah, saya masakkan untuk Puan kejap. Tapi sebelum tu saya mandi dulu.” kata Hara sebelum malangkah naik ke tingkat atas. Mina cuma memerhati sambil mengeluh kecil. Dia memandang kesekeliling rumah teres tersebut. Nampak kemas dan luas walaupun ruangannya tidaklah berapa besar sangat.

Mina melangkah ke almari kecil yang menempatkan beberapa perhiasan gambar kecil milik keluarga Hara. Ada gambar Hara dan seorang lagi kanak- kanak perempuan. Beralih pada gambar yang seterusnya, gambar Hara yang kini sudah dewasa serta seorang gadis. Kedua mereka nampak cantik bila bergandingan berdua.

“Puan, em. Suami Puan tak cari Puan ke?”

“Nanti dia ambil saya, waktu ni dia sedang bekerja.” kata Mina sebelum mengikuti langkah kaki Hara masuk kedalam dapur sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi.

“Em, Puan disebabkan hari ni saya belum beli barang dapur, jadi saya masakkan Puan sup telur jelah, boleh kan?” soal Hara selepas dia membuka peti sejuk dan mendapati hanya ada beberapa biji telur serta sayur disana.

“Tak apa..”

Hara mengeluh lega dan mulai menyediakan periuk kecil lalu diisi air lalu dididihkan.

“Cik Hara pandai masak?”

“Bolehlah Puan, kalau ibu saya tak ajar, mana saya reti memasak. Lagipun ibu tak suka kalau anak perempuan dia ni tak reti memasak, habis dia membebel.” jawab Hara. Mina tersenyum, dia tongkatkan dagunya menggunakan tangan.

“Untunglah kalau suami saya dapat Cik Hara..”

“Puan dah fikir masak- masak ke? Saya rasa suami Puan tu, rasanya dia dah tolak saya awal- awal.” balas Hara. Berkerut dahi Mina jadinya.

“Macam mana Cik Hara tahu?”

“Dari pandangan mata dia lagi saya tahu yang suami Puan tu dah reject saya awal- awal.” terang Hara. Mina ketawa kecil. Jimin ni, suka sangat bagi orang tanggapan dingin.

“Taklah Cik Hara, dia tu baik. Walaupun pada awalnya dia macam tu, dingin, tapi kalau awak dah kenal dia lama. Dia baik, manja dan peramah orangnya.” kata Mina. Hara cuma mencebik. Manja tang mananya?

“Itu kalau dengan Puan, kalau dengan saya, mahu dia palaukan saya setahun.” balas Hara buatkan Mina ketawa kecil.

“Saya harap Cik Hara.. tak tolak permintaan saya ni. Kahwin dengan suami saya. Bahagiakan dia untuk saya.. pikatlah dia, buat dia jatuh cinta dekat Cik Hara. Please, Cik Hara.” rayu Mina sebelum menarik tapak tangan Hara digenggamnya.

“Puan.. benda ni berat untuk saya-”

Please, buat demi saya.” sekali lagi Mina merayu.

Hara sudah gigit bawah bibirnya, dia buntu sebenarnya. Topik itu dibiarkan tidak berjawab dan Hara menghidangkan sup telur untuk Mina.

...

Bye, Puan!” kata Hara seraya melambai- lambaikan tangannya kearah Mina yang sudah masuk kedalam kereta sebelum kereta Jimin meluncur diatas jalan raya. Suasana hening tercipta didalam kereta.

“Jimin..”

“Kalau sayang nak cakap pasal perempuan tu, bukan sekarang. Saya tak ada mood.” kata Jimin.

“Tapi kenapa? Suka atau tidak, Hara akan menjadi isteri awak. Madu saya.” balas Mina, Jimin mengetap bibir.

“Cakap dekat saya, apa sebenarnya yang ada dekat perempuan tu sampai saya kena kahwin dengan dia? Apa yang menarik sangat? Sayang, awak dan dia merupakan dua orang yang berbeza. Saya cuma mahukan awak untuk jadi isteri saya, bukan dia, bukan sesiapa.” balas Jimin bengang.

“Saya tak boleh mengadung, Jimin. Awak tak faham ke?”

“Jadi apa masalahnya? Kalau kita sudah ditakdirkan untuk hidup berdua, saya tak kisah.”

Mina mendiamkan diri. Jarinya dibelek.

“Kalau awak tak kahwin dengan dia, ceraikan saya.” kata Mina buatkan Jimin mendiamkan diri. Lelaki itu mengetap bibirnya, geram dengan kedegilan Mina.

Okay.. kalau sayang nak saya kahwin dengan dia, saya buat. Tapi jangan menyesal kemudian hari” kata Jimin datar. Mina mengetap bibir, menahan tangisnya yang ingin pecah.

Saya buat semua ni untuk bahagiakan awak, Jimin.

.

Hurm..

[C] His Wife | 지민 ✓Where stories live. Discover now