Bab 54🔐

7.8K 721 122
                                    

“CIK HARA?”

Hem?”

Hara yang sedang mengacau adunan mandu itu mendongakkan wajah. Mina melangkah ke peti sejuk sebelum mengeluarkan sekotak susu dari situ.

“Buat apa tu?”

“Tengah sediakan adunan mandu (dumpling) Puan. Saya craving pula tiba- tiba” jawab Hara disambut anggukan kecil dari Mina.

“Hem.. saya pun dah lama tak makan mandu. Kalau awak buat, tinggalkan saya sedikit, ya?

Ahh ya. Malam ni saya dan Jimin nak keluar. Nak sambut ulang tahun perkahwinan kami malam ni.” ujar Mina, dia teguk segelas susu lagi.

“Ohh, em. Tahniah puan.” ucap Hara. Mina cuma tersenyum mendengarnya.

Hem, cakap pasal Jimin. Dia teringat akan panggilan Jimin diselangi suara wanita yang menyampuk di panggilan tadi. Walaupun dia pelik, tapi dia tak naklah fikir yang bukan- bukan pula.

Mana tahu itu betul- betul sepupu perempuan dia yang ikut bekerja disitu,kan? Haih, jangan overthinking Hara. Tak baik.

“Saya naik dululah, Cik Hara. Nak bersiap. Tak lama lagi Jimin balik, saya tak nak nanti dia tertunggu- tunggu pula, kan? Awak pun tahu perempuan ni bersiap mahu sehari.” kata Mina sebelum ketawa kecil. Hara ikut sama ketawa.

Mina melangkah pergi meninggalkan Hara yang masih senyum- senyum sendiri.

Haih, nasiblah Hara tak pandai sangat bermekap ni. Yang dia tahu pun, pakai lipstick, pakai bedak Johnson sikit, minyak wangi sikit. Hah, dah selesai.

Hara mula menyediakan isi mandu iaitu daging cincang yang dicampur dengan sayur- sayuran.

Baru beberapa ketul dia bentuk, bunyi derapan langkah kaki yang memasuki dapur membuatkan Hara terjeda seketika bila Jimin sudah berdiri didapur dengan sengihan kecilnya.

“Sayang.” panggilnya.

“Em?”

I miss you.” bisiknya sebelum Jimin berikan back hug pada Hara. Tubuh gadis itu dia peluk seakan tak pernah berjumpa untuk beberapa hari.

“Pergilah bersiap, malam ni kan ulang tahun perkahwinan awak dengan Mina.” kata Hara.

Jimin cuma menjawab dengan deheman kecil, dia hadiahkan ciuman bertubi- tubi pada leher Hara. Geram dia dengan Hara ni.

Makin hari, makin gebu. Makin hari makin comel, makin cantik. Haih, tak fahamlah!

“Sayang pasal tadi.. itu cuma sepupu aku. Sihyeon. Dia tu gedik sikit. Dia memang kerja disana. Jangan fikir yang bukan- bukan tau, sayang?” bisik Jimin. Hara menggeleng kecil.

“Ohh, okay.” balas Hara acuh tak acuh.

“Sayang, sorry.

It's okay, Jimin. Saya faham.” balas Hara. Jimin makin eratkan pelukan.

Entahlah kenapa, dia rasakan macam ada sesuatu yang mengganjal pada Hara.

Sayang.. kenapa makin berisi ni?” soal Jimin serentak buatkan Hara yang sedang membentuk mandu dalam bentuk bulat itu terhenti.

“Maksud awak saya ni makin gemuk ke?” soal Hara.

Almost-

Pelukan Jimin pada pinggangnya dileraikan. Sedikit terasa hati dengan ucapan Jimin.

“Sayang kenapa ni?”

“Awak cakap saya gemuk-”

No, sayang. It's not like that. Maksud aku, sayang makin berisi in a good way. Your cheek, it's so cute.” ucap Jimin, mahu memperbetulkan ucapannya yang tadi.

Dia tak bermaksud nak cakap yang Hara ni gemuk, bukan. Dia nampak Hara makin berisi dan itu buatkan Hara semakin comel.

“Kenapa ni? Emosi tak stabil sebab period ke?” soal Jimin. Hara menggeleng tanda tak tahu sebelum sambung menguli doh semula.

“Awak pergilah mandi, pakai baju cantik- cantik. Malam ni kan hari bahagia awak.” ujar Hara.

“Hem.. kalau ada apa- apa. Jangan diamkan. Inform me.” kata Jimin sebelum melangkah pergi dari situ.

Hara mengeluh kecil.

Hish! Kenapa moody ni Hara?!

.


Korang rasa penulisan author makin membosankan ke?

[🙌]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]

[C] His Wife | 지민 ✓Where stories live. Discover now