Here another chapter for you.
😚😚PRANG!
Bunyi kaca pecah buatkan Hara yang baru hendak melangkah turun mengambil minuman itu berhenti di hujung tangga. Matanya melirik pada jam di dinding.
Jam waktu itu sudah berganjak ke angka 2 pagi. Takkanlah Jimin ataupun Mina belum tidur lagi?
Hara terus melangkah ke dapur dan disitu dia lihat Mina sedang terbongkok- bongkok mengutip serpihan kaca dari cawan yang pecah.
“Puan buat apa ni?” soal Hara. Mina dongakkan wajah.
“Ahh saya ni cuai sangat Cik Hara. Terlicin dan terlepas dari pegangan saya, sebab tu pecah.” jawab Mina. Hara duduk mencangkung dihadapan wanita itu untuk membantu wanita itu mengutip serpihan kaca.
“Cik Hara kenapa tak tidur lagi?”
“Saya tengah siapkan assignment Puan.” jawab Hara. Serpihan kaca dibuang didalam tong sampah.
Ketika Hara hendak mencuci tangan di sinki, dia melihat sepaket ubat yang diletakkan diatas rak. Berkerut dahinya.
“Puan.. em. Puan ada sakit apa- apa ke?” soal Hara. Serta merta Mina terdiam. Sebuah gelengan diberikan pada gadis itu sebagai jawapan. Namun Hara tak percaya dengan jawapan tersebut.
“Habis tu, ini ubat siapa?” sepaket ubat ditayangkan dihadapan Mina. Wanita itu cuma senyum saja.
“Itu cuma ubat panadol, Cik Hara. Saya period pain, saya ambil panadol tu untuk hilangkan rasa sakit.” jawab Mina. Segelas air diteguknya.
“Tapi kenapa warna merah. Setahu saya panadol tak ada warna kecuali-”
“Cik Hara..” tegur Mina dengan wajah serius.
“Tolong jangan banyak tanya.” tegasnya. Paket ubat dirampas dari tangan Hara buatkan gadis itu sedikit tersentak.
“Cik Hara jangan risau, saya tak apa- apa dan.. tolong jangan bagitau Jimin pasal benda ni. Saya merayu sangat. Jimin tak perlu tahu, sebab ianya bukanlah hal yang besar jadi saya harap Cik Hara tak beritahu dia.” ujar Mina.
“Puan sakit apa sebenarnya?”
“Nothing, Cik Hara. Jangan risaukan saya. Selamat malam.” katanya sebelum melangkah naik ke tingkat atas.
Hara mengemam bibir. Tindak tanduk Mina buatkan dia berasa curiga. Haih, jangan overthinking Hara.
Mungkin Puan Mina, baik-baik je, kan? Mungkin dia period pain, jadi tak ada apa- apa yang perlu dirisaukan.
Huh.
...
“Good morning!” sapa Mina sebaik kakinya melangkah memasuki dapur. Hara hanya membalas dengan ucapan yang sama.
“Cik Hara masak apa? Sedap bau.” ucap Mina seraya merapatkan diri dengan gadis itu.
“Simple je Puan. Nasi goreng.” balas Hara. Mina mengangguk kecil. Nampak terliur dia dengan nasi goreng Hara. Nampak sedap sampai perut dia berkeroncong mahu diisi!
“Hati- hati, panas tu.” pesan Hara bila dia menghidangkan nasi goreng yang masih panas diatas pinggan milik Mina.
Mina melabuhkan punggung diatas kerusi dan setelah menunggu nasi goreng sedikit sejuk, barulah dia menyuapkannya kedalam mulut.
“Sedap Cik Hara.” pujinya.
“Morning.” sapa Jimin yang sudah lengkap berpakaian pejabat.
Hara terus hidangkan nasi goreng diatas pinggan sebelum ketiga- tiga mereka sama- sama duduk untuk bersarapan pada pagi itu.
Hara sempat melirik Mina, kejadian semalam masih menjadi tanda tanya. Walaupun dia tak nak overthinking, tapi Mina buatkan dia rasa curiga.
Kalau dia tak sakit kenapa perlukan ubat? Kalau dia period pain pun, panadol mana ada warna macam tu. Haih.
“Kalau di meja makan tak baik termenung, Cik Hara.” tegur Mina buatkan Hara tersedar dari lamunannya. Dia tersengih kecil, teh dituang kedalam cawan lalu diteguknya.
“Kenapa, Hara?” soal Jimin.
“Tak ada apa- apa. Em, awak, nanti boleh tak saya keluar dengan unnie? Dia minta saya temankan dia untuk cari barang kahwin, saya janji tak lama.” ucap Hara bila dia tersedar yang hari ini unnie minta Hara temankan dia untuk cari barang kahwin.
“Berdua je kan?”
“Ya. Berdua dengan unnie je.” jawab Hara.
“Lelaki tu?”
“Siapa?”
“Lelaki yang ex-”
“Dia ada khursus seminggu ni. Jadi maksudnya dia tak ada di sini. Awak jangan risau, dia takkan datang punya.” terang Hara. Jimin mengeluh lega.
“Kalau dia datang, balik terus.” ujar Jimin buatkan Mina tergelak kecil. Hara sambung makan.
“Apalah awak ni.”
“Hem? Ahh sa-sambung makan.” kata Jimin, terlupa yang Mina ada disitu.
Jimin, you're too obvious.
.
Rasanya Mina sakit apa eh?
[🙌]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]
YOU ARE READING
[C] His Wife | 지민 ✓
FanfictionSon Hara, gadis yang berusia 20 tahun itu terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin. Namun lelaki itu bukan seorang lelaki biasa. Dia merupakan suami kepada seorang wanita yang dengan sendirinya melamar Hara untuk menjadi isteri k...