Maaf tak update kelmarin.
I'm having some technical problem and some personal issue. I'm sorry.Maaf, btw enjoy your reading❤
Noted; Listen to Akmu 'How can I love the heartbreak, You're the one I love' while you read this.
.
KERETA Audi Jimin sudah terparking dihadapan rumah sewa milik isterinya itu.
Jimin resah bila dapat tahu yang ibu mentuanya juga sedang berada di rumah tersebut.
Dia takut, nanti kalau ibu mentuanya itu tak nak beri dia jumpa Hara macam mana? Nanti kalau ibu mentuanya itu marah sebab dia abaikan Hara macam mana?
Haih, bermacam- macam keluhan dan pertanyaan yang bermain didalam fikiran Jimin.
Makin gelabah Jimin jadinya bila pintu rumah terbuka dan muncul seorang wanita yang dia kenali sebagai ibu kepada isterinya itu.
Dengan senyuman kecil, Puan Son menyambut kedatangan Jimin, gate dibuka. Jimin melangkah keluar dari perut kereta sebelum menyalami ibu mentuanya itu.
“Em.. Hara ada kat rumah ke, makcik?” soal Jimin selepas dia bersalaman dengan wanita itu.
“Ada je, Jimin. Dia kat atas, seharian terperap dalam bilik. Asyik tak sedap badan je. Muntah- muntah lepas teman beli barang dengan kakak dia tadi.” jawab Puan Son. Jimin mengetap bibirnya. Risau dia dengan Hara.
Dia menjadi serba salah. Salah sebab tinggalkan isterinya yang sedang mengandung. Tapi Hara tak tahu, jadi mesti ibunya juga tak tahu.
“Makcik.. em. Makcik dah tahu ke yang Hara tu.. mengandung?” soal Jimin bila mereka sama- sama melangkah masuk kedalam rumah. Wanita itu mendiamkan diri sebelum senyumannya lebar sampai ke telinga.
“Ya tuhan, betul ke? Makcik tak tahu pun, Jimin. Kamu tahu dari mana? Hara tak bagitau makcik apa- apa pun.” kata wanita itu dengan nada suara yang teruja.
“Saya tahu dari kawan saya makcik. Dia doktor, dia sempat check Hara hari tu, tapi tak sempat pula nak bagitau Hara yang dia pregnant. Em, boleh saya tengok Hara, makcik?” ucap Jimin.
“Pergilah Jimin, dia kat dalam bilik. Tak berkunci pun.” kata wanita itu.
Laju Jimin meluru naik ke tingkat atas. Jantungnya sudah berdebar- debar. Tak sabar rasanya dia mahu bersua muka dengan isterinya itu.
Dia rindu, tersangat rindu.
Kreak!
Pintu bilik yang ditolaknya perlahan berbunyi. Jimin mengintip sekejap sebelum dia meloloskan diri masuk kedalam bilik isterinya.
Sebaik kakinya melangkah masuk kedalam bilik, hidungnya terbau bedak baby Johnson yang selalu dipakai Hara.
Ya tuhan, rindunya!
Diatas katil, Hara sedang berbaring menghadap dinding bilik, membelakangi pintu membuatkan dirinya tak sedar akan kehadiran Jimin didalam bilik tersebut.
Alunan lagu bertajuk 'How can I love the heartbreak, you're the one I love' dari kumpulan Akmu itu buatkan suasana bilik menjadi sedikit suram. Setiap bait- bait perkataan yang dinyanyikan sangat menusuk ke hati Jimin.
Hara.. is too emotional.
Perlahan- lahan Jimin melabuhkan punggung dibirai katil sebelum dia ikut berbaring dibelakang Hara.
Teragak- agak dia melingkarkan lengannya pada pinggang gadis itu.
“Eh?”
Suara Hara serentak buatkan Jimin memejamkan matanya. Buat- buat tidur. Gadis itu mengiringkan tubuh hingga dia berhadapan dengan Jimin.
“Jimin..” bisik Hara. Tak semena- mena air mata gadis itu mengalir lagi. Tapak tangannya menyentuh pipi Jimin.
Dia cuma mahu pastikan yang lelaki itu betul- betul berada dihadapannya, bukan hanya khayalannya semata- mata.
“Jimin..” panggilnya lagi.
“A- awak datang sini nak ceraikan saya betul- betul ke?” soalan Hara buatkan kelopak mata Jimin terbuka. Lelaki itu menggeleng kecil.
“Kenapa tanya macam tu? Aku datang ni, nak ambil hak aku balik.” balas Jimin, dia eratkan pelukan pada pinggang Hara.
“Tapi.. awak cakap awak akan ceraikan saya-”
“Aku tarik balik. Aku nak kau kekal jadi isteri aku, untuk selamanya.” ucap Jimin. Hara mengemam bibirnya.
“Jangan bagi saya harapan lagi..”
“Tak, kali ini aku serious. Ja- jangan tinggalkan aku lagi..”
“A- aku rindukan kau. Sangat- sangatt” bisik Jimin, tubuh Hara ditariknya rapat hingga wajah Hara tersembam pada dadanya.
“Saya pun rindukan awak, Jimin..” bisik Hara.
“Sayang..”
“Hem?”
“Hari tu sayang pergi hospital ada jumpa doktor lelaki nama Kim Seokjin ke?”
“Ya, mana awak tahu?” soal Hara semula.
“Dia kawan aku, d- dia cakap kau mengandung.” kata Jimin.
Hening, tak ada suara dari Hara lagi.
“Apa awak cakap?” soal Hara sebelum pelukan dirungkaikan. Hara duduk bersila dihadapan Jimin yang sedang berbaring.
“I- I'm pregnant? Macam mana dia tahu? Sa- saya tak buat check up lagi?”
“He's doctor of course he know. Jadi dia tahu dengan sekali tengok je.” balas Jimin dan serentak air mata Hara mencurah- curah keluar.
Ya tuhan, gembira dia tu tak boleh diungkapkan dengan kata- kata!
“Jimin.. dalam ni ada baby..” ucap Hara tapi wajahnya ditekup dengan kedua tapak tangan.
Mahu menyembunyikan wajah buruknya yang sedang menangis.
“Sayang.. i'm so happy.” bisik Jimin. Tubuh Hara sekali lagi, dipeluknya erat. Air mata jantannya mengalir lagi.
Tak sangka, macam ni pula rasanya bila dapat tahu yang dia akan jadi ayah.
“Thank you, sayang..”
“Thank you so much, my wife.”
.
But remember, once you hurt woman's feeling, she will never be the same.
[🙌]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]
YOU ARE READING
[C] His Wife | 지민 ✓
FanficSon Hara, gadis yang berusia 20 tahun itu terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin. Namun lelaki itu bukan seorang lelaki biasa. Dia merupakan suami kepada seorang wanita yang dengan sendirinya melamar Hara untuk menjadi isteri k...