KEHENINGAN pada pagi itu buatkan Hara menjadi pelik sendiri. Dia lirikkan mata ke jam didinding. Jarum pendek sudah berhenti di angka 7.
Takkanlah Jimin dan Mina tak bangun- bangun lagi?
Selalunya waktu- waktu begini kedua merekalah yang paling heboh. Kalau tak didapur, di kolam renang ataupun dalam gym.
Hem, mungkin mereka terlajak tidur kot!
“Morning.” sapa Jimin dengan wajah yang masih mamai dan suara yang serak- serak basah. Suara orang yang baru bangun tidur.
“Morning..” sapa Hara, senyumannya perlahan-lahan memudar bila wajah Jimin tak seceria selalu. Riak wajah lelaki itu seperti kembali seperti dulu- dulu.
Jimin yang dingin.
“Mina tak sihat hari ni.. kalau Ahjumma Lee datang. Minta dia masakkan bubur ayam untuk Mina dan bawa keatas. Mina tak larat nak turun ke bawah.” tutur Jimin. Hara cuma mengangguk kecil.
Jimin membuka peti sejuk sebelum mengeluarkan sekotak susu dari situ. Masing- masing mendiamkan diri. Tak berani untuk menegur dan tak nak ditegur.
Hara mula sibukkan diri, dia mencapai beberapa biji bawang besar lalu dikupas kulitnya. Dia nak masak makan simple je hari ini. Tapi.. tak tahu nak masak apa.
“Hara..” panggil Jimin dengan suara paling berat Hara pernah dengar diselangi dengan helaan nafas berat lelaki itu.
“Hem?”
“Kalau aku..”
“..lepaskan kau, kau nak tak?”
Soalan itu buatkan Hara terkaku. Masa seakan terhentu saat itu juga. Dia tahu hendak memberi reaksi apa, tapi yang dia tahu hatinya sedang berkecai.
“Tapi ke- kenapa?” soal Hara. Terasa getaran pada suaranya.
“A- awak dah janji nak cuba cintakan saya, kan? Awak cakap awak akan cuba bahagiakan saya. Kenapa tiba- tiba awak berubah, Jimin?” soal Hara.
“Huh.. aku cuma cakap aku akan cuba. Tapi aku tak janji yang ianya akan berjaya. Aku gagal, Mina.. aku cuma nak Mina dalam hidup aku. Sebagai isteri aku..”
“Aku dah cuba cintakan kau, tapi aku gagal. Cinta memang tak ada paksaan, Hara. Tapi kau desak aku untuk cintakan kau. Maaf, aku.. kau tak boleh ambil tempat Mina dalam hati aku.”
Hara mengemam bibir, sedaya upaya dia menahan air matanya yang hampir jatuh dengan pengakuan dari mulut suaminya itu.
“Jimin.. awak tipu.”
“Maafkan aku, aku memang tak boleh cintakan kau.. macam aku cintakan Mina.” ayat itu buatkan hati Hara bagai dicarik- carik paksa.
Dia menekup mulutnya, menahan tangisnya yang hampir pecah. Jimin masih berdiri kaku ditempatnya sendiri.
“Ta- tapi awak dah janji-”
“Janji tak semestinya ditepati, Hara. Aku minta maaf. Mina, dia wanita terakhir untuk aku. Hanya dia yang layak jadi isteri aku. Bukan kau, bukan sesiapa.” ucap Jimin buatkan Hara jatuh terjelepok diatas lantai. Menangisi nasibnya.
Jimin pula, dia sandarkan tubuhnya pada dinding di tembok hujung tangga itu. Matanya dipejamkan. Hatinya sakit, tapi keputusannya sudah muktamad.
Mina, hanya Mina yang dia mahu.
Hanya Mina yang akan jadi isteri buat dirinya.
Hanya Mina, bukan Hara, bukan sesiapa.
Tangisan Hara didapur buatkan tak semena-mena air mata jantannya mengalir juga.
“Maaf, sayang..” bisiknya.
Kadang- kadang, cinta juga perlukan pengorbanan. Walaupun sakit, kan?
.
Ego bebenor bang Jeman kita ni kan?!
Okay, that's it. That's all for today.
[🙌]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]
YOU ARE READING
[C] His Wife | 지민 ✓
FanfictionSon Hara, gadis yang berusia 20 tahun itu terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin. Namun lelaki itu bukan seorang lelaki biasa. Dia merupakan suami kepada seorang wanita yang dengan sendirinya melamar Hara untuk menjadi isteri k...