Bab 59🔐

9.1K 712 235
                                    

SUASANA suram menyelebunyi kawasan pengebumian pada hari itu.

Pada tanggal 20.02.2020, Bae Mina menghembuskan nafas terakhirnya di rumah pada waktu tengah hari, 20 minit selepas Hara menemuinya.

Banyak kali berahsia, pada hari itu semuanya terbongkar. Mina menghidap penyakit kanser rahim tahap 4. Perkara itu sudah diterangkan oleh doktor yang merawat Mina agar keluarga mereka faham akan keadaan sebenarnya Mina.

Sungguh pelik bukan? Tanda- tanda
sakit tak terlihat langsung pada Mina.

Wanita itu memang pandai menyembunyikan rasa sakitnya.

Pelbagai taktik digunakannya termasuklah menggunakan bussiness trip selama dua minggu ke Amerika itu. Ianya cuma tipu belaka. Mina tak kemana- mana.

Dia datang ke rumah sakit untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut, tapi semuanya seperti sia- sia saja.

Walauapapun yang Mina buat, doktor sudah mengesahkan bahawa jangka hayat hidupnya takkan lama. Mina cuma bertahan, hinggalah hari ini.

Mina pergi, buat selama- lamanya.

Ahli- ahli keluarga sudah beransur- ansur pulang dari tapak pengebumian dan yang tinggal hanyalah Jimin dan Hara yang memilih untuk memerhatikan Jimin dari jauh saja.

“Sayang..” Jimin menyentuh batu yang tertulis nama Mina itu. Matanya sudah kering dengan air mata. Seharian dia menangis, berharap yang semua yang berlaku itu cuma mimpi.

Tapi dia hampa, Mina isterinya itu takkan kembali dan tersenyum dihadapannya lagi. Mina sudah pergi, buat selama-lamanya dan takkan kembali lagi.

“Sayang.. kenapa? Kenapa awak rahsiakan perkara ni dari saya?” soal Jimin pada batu tersebut.

Dia tak tahu hendak berbuat apa lagi, panggilan dari ibunya yang mengatakan bahawa Mina sudah pergi, ketika dia sedang bekerja buatkan lututnya menjadi lemah.

Mina, isterinya itu sudah tidak ada.

Kenyataan itu cukup sukar bagi Jimin untuk menerimanya. Kenapa bukan dia yang pergi dulu? Kenapa mesti Mina? Kenapa?

Kenapa dunia begitu kejam buat dirinya?

Hara mengeluh perlahan. Jujur, jauh disudut hatinya dia rasa simpati pada Jimin. Lelaki itu tak layak untuk diuji seperti ini, tapi siapalah dia untuk mengatur hidup seorang manusia, bukan?

“Hara.” panggilan itu buatkan Hara menoleh, disitu Puan Park sedang berdiri sambil merenungnya dengan pandangan yang tajam.

“P- puan?”

“Boleh kita bercakap sekejap?” soalnya.

Hara mengangguk kecil, dia mengekori wanita itu ke rumah perkabungan sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan dengan wanita itu.

“Mina dah tak ada, jadi saya nak kamu lepaskan Jimin. Cerai dengan dia.”

Hara tersentak. Dia cuma mampu tersenyum hambar.

“Tak apa, Puan. Jimin memang nak ceraikan saya pun, fail penceraian masih dalam tangan dia. Dalam waktu terdekat ni, saya akan pastikan yang Jimin dan saya tak ada hubungan apa- apa.” ujar Hara, dia cuba menguatkan diri.

Kalau Jimin bukan ditakdirkan untuk dia, dia kenalah terima dengan hati yang terbuka, kan?

“Saya buat semua ni untuk kebaikan anak saya. Saya tak nak dia dipergunakan. Lagipun, kita dah buat perjanjian, kalau kamu mengandung, anak itu akan jadi milik keluarga Park.

Tapi kamu masih tak ada tanda-tanda hendak mengandung, saya risau kamu pergunakan harta anak saya.” kata Puan Park. Hara cuma tersenyum hambar saja.

“Saya faham Puan, saya minta maaf kalau saya menyusahkan Puan dan anak Puan. Em.. sebelum saya pergi. Tolong cakap dekat Jimin yang saya nak ucapkan terima kasih sebab dah bahagiakan saya walau sementara. Saya-”

Ucapan Hara terjeda bila air matanya mula mengalir keluar.

“Saya sayangkan dia sepenuh hati saya.” ucap Hara. Air mata yang mengalir dipipi dia kesat menggunakan ibu jarinya.

“Dan, terakhir. Tolong pesan dekat dia supaya jaga diri.” kata Hara. Puan Park mendiamkan diri.

“Terima kasih, Puan. Selamat tinggal.”

Hara berlari keluar dari rumah tersebut dengan air mata yang berjuraian jatuh.

Jimin, tolong jaga diri.

.


Little information about Kanser Rahim.

Kanser rahim adalah kanser yang melibatkan bahagian tengah dan atas rahim yang berlaku pada organ pembiakan wanita.
Kegagalan untuk mengikuti rawatan yang lengkap akan membawa kepada kematian.

Kanser ini mempunyai penyebab dan rawatan yang berbeza. Kanser ini selalunya disebabkan hormon estrogen dalam badan.  

Beberapa faktor risiko yang meningkatkan keberangkalian untuk terkena kanser rahim adalah; 

1) Pengambilan hormon astrogen cth; dlm replacement hormone teraphy.
2) Obesiti  
3) Polysystic ovarian syndrome
4) Pengambilan ubat tamoxifen
5) Tak pernah mengandung
6) Mula datang haid di awal usia
7) Haid berhenti (menopause) pada lewat usia 
8) Pengambilan akhohol.    

Antara rawatan boleh yang boleh dilakukan ialah;

1) Pembedahan untuk membuang rahim. 
2) Radioterapi iaitu untuk membunuh sel kanser yang wujud dalam badan 
3) Terapi hormon bagi wanita yang mengambil ubat yang dapat tingkatkan kandungan progesteron dalam badan dan merencatkan penghasilan estrogen dalam badan.  
4) Kemoterapi iaitu menggunakan ubat pembunuh kanser 
5) Rawatan palatiatif. Rawatan ini dilakukan bila tahap kanser pesakit berkemungkinan meningkat pada tahap yang lebih tinggi. Iaitu tahap4.  

Simpton-simptonnya;

1) Pendarahan haid tak normal
2) Haid yang berpanjangan atau banyak
3) Datang haid tak tentu 
4) Cecair busuk yg keluar dari kemaluan
5) Sakit bahagian ari- ari 
6) Berat badan menurun secara drastik

Jadi, sekiranya anda ada tanda- tanda seperti ini, terus jumpa doktor dan buat rawatan lanjut jangan tunggu- tunggu!

Stay healthy, babe❤

Btw, go check my new fanfic.

↕↕

Love Hate | Jeon Jungkook.
Remake from Heal me, Love Me.

[🙌]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]

[C] His Wife | 지민 ✓Where stories live. Discover now