Bab 25🔐

7.7K 725 102
                                    

“PARK ROWON?” Hara menyebut nama itu dengan dahi yang berkerut. Wonie yang sedang duduk tersengih dihadapannya itu dia pandang sekilas.

“Ahh, ini nama panjang wonie, eh?” ucapnya dengan senyuman. Buku latihan berpetak- petak itu dia belek lalu letakkan diatas meja semula. Hem, tulisan dah nampak kemas. Pandai, Rowon ni.

Noona.. wonie tak nak belajar sekarang. Wonie nak main kat luar. Jomlah noona!” kata Wonie seraya mencebikkan bibirnya. Tak cukup dengan itu, dia hentak- hentakkan pula kakinya diatas lantai.

Hara cuma mampu menggelengkan kepala. Tak payah dilayankan sangat kerenah budak- budak ni, desis Hara dalam hati.

“Wonie belajar kejap. Lepas tu, kita main kat luar, okay?” pujuk Hara.

Wonie menggeleng tanda tak nak.

“Wonie sayang-”

“Rowon, jangan degil boleh tak?” tegur satu suara dingin dan serentak kanak- kanak itu tundukkan wajah sebelum cepat- cepat dia capai pensel. Buku latihan diselaknya.

Hara menoleh ke Jimin yang sedang berjalan ke dapur sebelum menggelengkan kepalanya. Rambut wonie dia usap perlahan yang sedang diam itu.

Haih, dengan budak- budak pun dia dingin ke? Susahlah dia ni.

Noona.. yang ni ma- macam mana?” soalnya tersekat- sekat. Ketara sangat yang dia dah mulai takut dengan Jimin.

“Yang mana?” tanya Hara balik.

“Yang ni..” tunjuk Wonie. Sebuah angka ditunjuk oleh wonie sambil dahinya berkerut.

“Sifir 4? Wonie tak hafal lagi?” soal Hara. Kanak- kanak itu menggelengkan kepalanya sambil tersengih kecil.

“Hem.. noona ajar eh? Tapi Wonie perlu catat nombor- nombor tu supaya senang ingat, okay?” kata Hara.

Hara mulai menyebut satu persatu angka darab untuk sifir empat diikuti Wonie sambil kanak- kanak itu mencatatnya diatas kertas.

Good, okay kita ulang lagi-”

“Cik Hara, makanan tengah hari dah siap.” pesan ahjumma lee menjedakan aktiviti Hara dan Wonie sementara.

“Yeay!” sorak Wonie sebelum berlari ke dapur. Hara ditinggal seorang diri diruang tamu. Saat itu dia lihat kelibat Jimin sedang melangkah kearahnya dengan wajah yang dingin.

“Em.. a- awak nak pergi kerja ke hari ni? Puan Mina kata awak tak kerja.”

Emergency” balas Jimin ringkas sambil mengikat tali lehernya. Hara angguk faham, dia kemas barang belajar Wonie yang sedikit berselerak diatas meja.

Make sure, budak tu tak masuk bilik aku.” pesan Jimin.

“Wonie takkan buat macam tu-”

“Apa yang kau tahu pasal budak tu?” balas Jimin buatkan Hara mengetap bibirnya geram.

“Awak tak rasa awak terlalu kasar dengan Rowon ke? Dia tu masih budak- budak.” kata Hara.

Jimin menjelingnya, dia melangkah setapak buatkan Hara terundur setapak dan jatuh terduduk diatas sofa.

“Jangan ajar benda yang aku tahu. Kau tu masih baru. Dia, budak ke tak budak, tetap menyakitkan hati.” balas Jimin, Hara mengetap bibirnya.

Dia geram dengan keegoan yang dimiliki oleh Jimin.

Hyung?

Serentak Jimin jauhkan diri dari Hara dan mulai mengikat tali lehernya dengan betul. Hara masih dalam posisi yang sama.

“Apa dia?”

Hyung kerja ke? Bukan hari ini cuti honeymoon ke?” usik Jungkook. Hara palingkan wajah. Jimin sekali lagi menjeling. Bila mendapat reaksi yang luar biasa dari Jimin, Jungkook angkat tangan tanda menyerah.

“Okay, Kook minta maaf.”

“Em, Hara boleh tolong saya kejap tak?” soal Jungkook. Hara yang baru hendak melangkah ke dapur itu terhenti.

“Em.. tolong iron baju saya kejap. Saya nak keluar dengan kawan petang ni-”

“Maid kan ada. Buat apa minta tolong dekat dia?” sampuk Jimin. Disitu dia sudah pasang wajah tak puas hati. Jungkook jongket kening.

“Em.. maid tak-”

Iron sendiri. Dia bukan isteri kau nak diarah buat itu dan ini.” perli Jimin sebelum dia melangkah keluar dari rumah dengan wajah tegangnya. Sempat briefcasenya dia capai.

Jungkook dan Hara sudah berpandangan sama sendiri.

Please?

I said no!” jerit Jimin dari luar. Jungkook ketawa kecil.

“Arasseo, hyung!” balas Jungkook sebelum dia kenyitkan mata pada Hara. Jungkook melangkah riang ke dapur sementara Hara sedang pelik sendiri.

Peliknya awak, Jimin.

.

[👀]
Hai, sila tekan vote serta komen untuk author jika anda sudi.
Thank you❤
[😚]

[C] His Wife | 지민 ✓Where stories live. Discover now