🔐Epilogué🔐

15.3K 840 245
                                    

3 tahun kemudian..


HARA yang sedang sibuk menyediakan makanan didapur menjadi gelisah bila panggilannya tak disahut oleh si kecil bersama papa Mochinya itu. Kemana pergi pun dia tak tahu.

“Jimin- ah! Bawa Aerin makan tengah hari sini!” panggil Hara untuk kedua kalinya seperti hendak hilang anak tekak didapur itu.

Namun hasilnya tetap sama, tak ada sahutan dari kedua mereka. Hara mengeluh kecil, dia hidangkan sup ayam kedalam mangkuk lalu periuk diletakkan didalam sinki.

Hara mencuci tangan sebelum dia melangkah ke ruang tamu.

Tak nampak langsung kelibat suaminya serta anak perempuannya itu. Hei, kalau dia dapat ni, confirm kena piat telinga.

“Jimin!” Hara berlari ke halaman belakang rumah dan disitu dia dapati Jimin sedang bermain- main dengan Aerin. Seronok sangat sampai tak dengar bini panggil ke apa?

“Jimin, awak tak dengar ke saya panggil tadi?” soal Hara sambil bercekak pinggang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Jimin, awak tak dengar ke saya panggil tadi?” soal Hara sambil bercekak pinggang. Terus Jimin betulkan posisi duduknya. Mereka sama- sama terdiam bila melihat wajah bengang Hara.

“Sa- sayang maaflah saya tak dengar tadi. Ni ha, Aerin ketawa kuat sangat. Macam mana nak dengar, kan Aerin kan?” soal Jimin kepada anak perempuannya Park Aerin itu.

Hara mengeluh kecil, dia melangkah mendapatkan Jimin sebelum Aerin diambilnya.

“Saya nak ajak awak makan, em. Aerin masuk dulu, minta ahjumma Lee suapkan okay, sayang?” arah Hara sebelum disambut anggukan dari Aerin.

Sempat kanak- kanak itu menghadiahkan ciuman pada pipi Hara sebelum berlari masuk kedalam rumah.

“Jomlah makan, awak cakap awak laparkan tadi?” ajak Hara. Jimin cuma mengangguk kecil, baru saja Hara mahu melangkah setapak kehadapan, lengan Hara ditarik dan serentak tubuhnya terduduk diatas riba Jimin.

“Nantilah, saya tak puas nak cuddle dengan awak. Sibuk je memanjang.. tak ada masa langsung untuk saya..” bisik Jimin sambil memuncungkan bibirnya.

Hara cuma senyum, dia betulkan posisi duduknya sebelum lengannya melingkar pada leher Jimin.

“Saya busy jaga makan minumlah awak dengan Aerinlah. Bukannya busy buat apa pun.” balas Hara, bila Jimin pout laju jarinya mencuit hidung lelaki itu geram.

“Sayang em.. macam mana?”

“Apa dia?”

“Em.. sayang dah buat pregnancy test ke? Kalau tak ada hasil, kita buat lagi-”

PAP!

Laju Hara pukul lengan Jimin sebelum mulut lelaki itu dia tekup. Jimin ni kalau cakap main lepas je! Tak tahu mahu betul!

[C] His Wife | 지민 ✓Where stories live. Discover now