"Apa yang kau lakukan pada anakku? " tanya Puan Kim yang masih belum menatap kearah staffnya itu tetapi lebih memerhati anak kesayangannya yang masih menunduk.
"Ma.. Maafkan saya Puan Kim" ucapnya terbata bata saat ini. Gemuruh hati dan ketakutan menyelubungi dirinya.
PAK...
"Aku menanyakan lagi sekali, apa yang kau lakukan padanya Kim sohye!!!? " tanya Puan Kim lagi sekali dengan pandangan yang menyeramkan dan disertakan jeritan dan hentakan pada meja kerjanya membuatkan dua gadis itu terlonjak terkejut.
Yewon mengangkat wajahnya melihat raut wajah mommy kesayangannya. Wajah yang serious dan bengis ditampilkan saat ini. Yewon belum pernah melihat mommynya semarah ini.
"Saya telah menamparnya Puan Kim" akhirnya jawapan yang ditunggu Puan Kim terdengar jelas yang menajam dipendengarannya.
"Bagaimana kau melakukannya, aku juga ingin merasakan sakit anakku pada diriku juga" dua gadis itu melihat kearah Puan Kim. Terkejut? Mesti la siapa sangka Puan Kim akan mengatakan itu.
"Mommy, yewon juga salah dalam keadaan tadi" yewon Cuba menenangkan hati dan perasaan Puan Kim yang masih menyeluputi kemarahan.
"Apa yang kau lakukan sayang? " ton suara direndahkan apabila bercakap dengan yewon, Puan Kim tidak ingin melukai perasaan yewon dengan kata kata kasar atau meninggikan suara.
"Yewon melanggar bahunya, ini juga salahku bukan? " jawab yewon dengan tenang tiada lagi perasaan takut.
"Yewon, dia tidak seharusnya menampar mu saat itu. Hanya kesalahan kecil" sayu sahaja ucapannya. Begitu sayang Puan Kim kepada yewon.
"Itu juga salahku mommy, tidak perlu untuk memarahinya hingga dia ketakutan mommy, lihat dia sungguh ketakutan dengan jeritan mommy" Kim sohye terkedu atas ucapan anak majikannya saat ini. Seharusnya yewon perlu membalas semula atas perbuatannya tadi tetapi kini yewon lah yang menolongnya untuk tidak terus dimarahi oleh Puan Kim.
Pandangan Puan Kim masih tertuju pada yewon untuk kesekian kalinya hinggalah Puan Kim melihat senyuman tulus anaknya pada pekerja bawahannya. Sunguh murni hati anaknya, walaupun diburukkan dan dihina tapi masih tetap boleh membuang kemarahan, hanya kesabaran yang selalu yewon tunjukkan pada orang lain.
"Sohye minta maaflah padanya" pinta Puan Kim dengan suara yang rendah dan tiada lagi ketinggian suara. Perasaan marah hilang begitu sahaja, senyuman diberikan sekejap pada putrinya itu.
"Maafkan saya cik yewon" ucap sohye yang bersamaan menunduk tanda hormat dan tanda maaf. Pandangannya masih kelantai tidak berani untuk menatap yewon yang melihat kearahnya.
"Aku juga ingin minta maaf padamu cik sohye" sohye mengangkat pandangannya melihat yewon. Satu senyuman ikhlas dihadiahkan pada sohye kini sohye membalas senyuman itu .
"Kau boleh keluar sekarang sohye" arah Puan Kim padanya. Kini hanya mereka berdua yang masih melihat antara satu sama lain.
HAHAHAHA
Gelak tawa itu keluar dari kedua milik bibir itu selepas kepergian sohye. Puan Kim berjalan menuju kearah sofa yang diduduki oleh yewon. Didudukkan punggungnya disebelah yewon dan dipengang pipi mulus anaknya itu.
"Masih sakit? " tanya Puan Kim yang fokus pada pipi yewon.
"Ada lah sikit" jawab yewon yang masih tersenyum melihat kerisauan mommynya.
"OMOO... mommy lupa, sekarang mommy ada client penting" jerit Puan Kim yang menutup mulutnya kerana terkejut.
"Benarkah, yewon akan duduk sini sahaja, mommy pergi lah berjumpa dengan client mommy" ucap yewon yang mencium sekejap pipi mommynya.
"Baiklah, tunggu sebentar ya" Puan Kim bangun dari duduknya dan kembali asal ketempatnya sebagai CEO. Panggilan dari pembantunya disambungkan kepadanya dan memberi tahu akan keberadaan client pentingnya.
"Suruh Tuan Min masuk bilik saya" arah Puan Kim pada pembantunya.
Yewon hanya melihat raut wajah serious mommynya saat bekerja. Dirumah dan dipejabat sungguh lain perubahan sikap manja kepada garang dan lembut kepada serious.
Klek...
Suara pintu dibuka terdengar dan sepasang anak beranak itu memfokuskan anak matanya pada seorang lelaki tegap yang berjalan masuk kedalam bilik Puan Kim.
"Silakan duduk Tuan Min" Puan Kim mempersilakan Tuan Min untuk duduk dikerusinya dan tidak lupa juga senyuman yang tidak hilang dari raut wajahnya.
Setelah 30 menit mereka berbincang dan sedari tadi yewon tiada disitu. Dia sudah terlebih dahulu keluar untuk tidak mengganggu ketenteraman Puan Kim dan cliennya.
Perbincangan sudah selesai kini mereka hanya berborak kosong. Sesekali gelak tawa terdengar dari mereka.
"Puan Kim" panggil Tuan Min yang fokus melihat kearah Puan Kim. Raut wajahnya kembali serious tiada lagi raut wajah gembira atau tersenyum.
"Ya? " jawab Puan Kim yang tak kalah dengan wajah serious nya.
"Aku menyukai anak perempuan mu" sesaat waktu berjalan .Puan Kim mendiamkan dirinya seketika. Melihat raut wajah Tuan Min yang dikatakan tadi hanya gurauan semata mata tetapi tiada kata gurauan dibalik wajah tampannya hanya wajah yang datar.
"Kau menyukai anakku? " tanya Puan Kim dengan serious. Tidak semudah itu untuk dia melepaskan anak semata wayangnya hanya untuk seorang lelaki yang mungkin satu hari anaknya akan pergi meninggalkannya sewaktu yewon sudah berumah tangga.
"Aku ingin dia menjadi milikku seutuhnya" jawab Tuan Min dengan santai.
"Bagaimana dengan son Wendy? " tanya Puan Kim lagi. Raut wajahnya bertukar garang, raut wajahnya berubah menjadi tidak suka akan perbincangan sakarang ini. Hal ini berkaitan dengan hati dan perasaan yewon.
"Aku tidak mempunyai hubungan apa apa dengannya" jawap Yoongi yang menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Anak matanya masih fokus dengan perempuan dihadapannya yang menyandang sebagai mommy kepada yewon iaitu gadis yang dapat mencuri hatinya.
"Jangan main main soal ini Min Yoongi" tiada lagi sebutan Tuan, serta merta luput dari bibirnya. Anak matanya makin mendalam melihat anak mata yoongi yang tak kalah bertentang mata.
"Aku tidak pernah berkata tipu bukan padamu Puan Kim Yehyun" tegas sahaja ucapannya. Mana mungkin bukan seorang Min Yoongi menyukai gadis remaja.
"Kau baru berjumpanya sekali bagaimana kau menyukainya? " soalan berbalas dengan soalan. Sungguh sengit keadaan saat ini.
Klek....
Suara pintu terbuka menandakan seseorang masuk kedalam bilik Puan Kim yang lain adalah Kim Yewon.
Kedua manusia itu mengalihkan pandangannya melihat yewon yang masih berdiri diambang pintu sambil memengang beberapa plastik makanan untuk dirinya dan dua orang yang berada disitu juga."Kalian sudah habis meeting? " tanya yewon dengan senyuman mengembang melihat kearah mommynya dan selepas itu kearah yoongi.
"Sudah sayang" jawab Puan Kim dengan suara lembut.
"Aku membawakan makanan untuk kalian, jadi makan lah" yewon berjalan kesamping yoongi dan mendudukkan punggunya disebelah yoongi. Pandangan yoongi tidak teralih sama sekali hanya memandang fokus yewon.
Yewon yang merasakan dipandang seseorang lalu menoleh seketika. Terpampang muka datar milik yoongi. Jantungnya berdegup laju dan dalam masa yang sama mata mereka bertentangan menyalurkan rasa gemuruh diantara mereka berdua.
"Ehem" Puan Kim yang melihat segera mengalihkan pandangan mereka berdua dan akhirnya pandangan mereka berdua terputus. Degupan jantung masih berdegup laju mereka cuba untuk mengontrol degupan jantung mereka.
Tbc...
YOU ARE READING
SHE IS MINE
Hayran KurguCEO yang dingin jatuh cinta dengan gadis ceria. tidak terlalu buruk ikatan itu bukan? tak semua cinta pandangan pertama akan kekal hingga akhir hayat. pertemuan yang tiada rasa cinta ataupun berfikir untuk memiliki dia. KIM YEWON Seorang pelajar...