Hidup ini ibarat satu pelayaran. Ada masa tenang meredah lautan tapi ada kalanya karam sebelum sampai ke daratan. Hidup juga ada pasang surutnya. Bukan setiap masa kita di atas kerana bila sampai putarannya, kita akan merasa berada di bawah jua walau puas kita halang.
Kun fa ya kun...
Jadi, maka akan jadilah...
Siapa kita yang hendak melawan takdir Dia? Siapa kita yang hendak menafikan setiap aturan-Nya?
Ya, kita bukan sesiapa. Aku juga tidak mampu melawan mahupun menentang kerana setiap apa yang berlaku, Dia lebih mengetahui sebab musababnya.
Allah telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud;
'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa dan atau kami tersalah. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.'
Hidup aku juga begitu, aku pernah berada diputaran teratas, merasa bahagia, gembira kerana memiliki keluarga yang sempurna tetapi segalanya berubah ketika ayah kembali dijemput oleh Dia. Dunia aku mulai gelap. Kebahagian aku mula ranap. Kasih sayang aku juga hancur berderai tanpa ada secebis rasa pun untuk aku simpan. Aku kehilangan dan aku dibuang!
Sayangnya, kekecewaan yang bertimpa-timpa menjadikan aku terleka dan aku jadi alpa. Tetapi kerana cintanya Dia kepada hambaNya, aku dikejutkan dan aku mula tersedar...
Tapi mampukah aku gapai syurga Dia andai aku seorang pendosa?
pssttt : untuk order karya ini boleh klik external link di bawah ;)
YOU ARE READING
ANDAI MAMPU KUGAPAI SYURGA
Roman d'amourHani, dia cantik dan bekerjaya tetapi sayangnya dia keseorangan. Kerana pernah terluka, pintu hatinya ditutup rapat dari mencintai atau dicintai. Fahim, seorang duda yang kematian isteri. Sangkanya, cintanya telah terkubur bersama jasad sang isteri...