Bab 10

231 7 1
                                    


Kunci kereta di capai dan dia terus bergegas keluar. Sebaik pintu rumah dikunci, langkah dihayun menuju ke kereta. Dengan terkocoh-kocoh, penggera ditekan lalu tubuh diloloskan ke dalam perut kereta. Enjin kereta terus dihidupkan. Melihat suasana di luar yang sudah mulai cerah, jam di pergelangan tangan dikerling lalu nafasnya dihela perlahan. Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi waktu akan menginjak ke pukul tujuh pagi. Tidak menunggu lagi, keretanya terus dipandu keluar dari perkarangan rumahnya dengan tergesa-gesa. Teringatkan janjinya dengan Aida semalam, keretanya dipecut semakin laju. Bimbang juga dia sampai lewat dari waktu yang sepatutnya.

Sampai sahaja di pejabat waktu sudah menginjak ke pukul tujuh suku pagi tapi peliknya kelibat Aida masih tidak kelihatan. Bimbang terlewat bertemu Fahim ditempat yang dijanjikan, telefon bimbitnya dicapai. Baru sahaja nombor telefon Aida ingin didail, pembantunya itu terlebih dahulu menghubunginya. Panggilan tersebut terus disambut.

"Waalaikumsalam," jawabnya membalas salam yang dihulurkan.

"Cik Hani, saya nak minta maaf banyak-banyak, saya tak boleh ikut Cik Hani ke Kuantan. Anak saya tiba-tiba kena demam panas," kalut Aida bersuara. "Saya minta maaf sangat-sangat Cik Hani," sambungnya lagi.

Hani terdiam seketika dan nafasnya dihela perlahan. "Tak apalah kalau awak ada masalah nak ikut saya."

"Saya minta maaf sangat Cik Hani," Aida bersuara kesal.

"It's okay. Jangan lupa bawa anak ke klinik nanti melarat pulak sakitnya," pesannya.

"Baik Cik Hani. Terima kasih,"

"Okay," jawabnya sepatah. Sebaik salam diberikan, panggilan terus ditamatkan dan nafasnya dihela. Hurmmm...nampaknya terpaksalah dia memandu ke Kuantan seorang diri.

"It's okay Hani, ini ujian buat kau," bisiknya perlahan. Nasib baiklah semua dokumen yang diperlukan untuk lawatan di tapak sudah dibawanya semalam. Kalau tidak tentu kelam kabut juga dia pagi itu. Tidak menunggu lagi, gear D dimasukkan. Baru sahaja pedal minyak ingin ditekan, telefon bimbitnya berbunyi. Gear dikembalikan ke P lalu telefon bimbitnya dicapai. Sebaik terpandangkan nama Fahim di skrin, jam di keretanya dikerling lalu dahi dikerutkan. Sudah hampir ke pukul tujuh setengah pagi dan tentu lelaki itu sedang menunggu dia agaknya. Dengan riak serba salah, panggilan tersebut disambut lalu salam dihulurkan.

"Waalaikumsalam," sambut Fahim ditalian. "Hani dah sampai tol gombak ke?" soalnya.

"Belum. Saya masih dekat office lagi dan saya baru nak gerak. Saya rasa mungkin saya akan ambil masa untuk sampai ke situ, jadi Encik Fahim bolehlah bertolak dulu. Tak payah tunggu saya,"

"Errr tak, I masih dekat rumah my mum lagi ni. Tunggu Khairil tak sampai lagi. Aida dah sampai?"

"Saya pergi sorang sebab Aida ada hal emergency pagi ni."

Fahim diam dan tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. "Apa kata kita pergi satu kereta. I ambil you dekat pejabat,"

"Eh! Tak apa. Menyusahkan Encik Fahim aje. Saya boleh drive sendiri ke sana. Serius," tolaknya bersungguh.

"Tak susah pun. Dari rumah my mum ke office you cuma fifteen minutes aje."

Hani terdiam. Serba salah dia. Hendak terus menolak, Fahim begitu beria tapi hendak mengikut sekali, mati kutu dia nanti. Kalau setakat dekat tak apalah juga ini memakan masa dekat dua jam setengah di dalam kereta yang sama.

"Hurmmm...Khairil dah sampai. You tunggu dekat sana. I pergi ambil you sekarang,"

"Errrr...Encik Fahim..."

ANDAI MAMPU KUGAPAI SYURGAWhere stories live. Discover now