"Assalamualaikum. Saya Hanina dari MM Dynamic & Development,"
Fira yang ditugaskan untuk menguruskan wakil-wakil konsultan yang hadir pamer senyum lalu Hani dihampiri. "Cik Hani," sapanya ramah.
Hani menoleh.
"Saya Fira. PA Encik Fahim," tangan dihulurkan untuk bersalaman.
"Oh! Fira," teringatkan gadis itu yang menghubunginya isnin lalu kepala diangguk. Salam gadis itu disambut mesra.
"Awal cik Hani sampai," Fira bersuara ramah.
"Untuk mengelak dari jammed," balas Hani sambil ketawa kecil.
Bersetuju dengan kata-kata Hani, Fira mengangguk mengiakan. "Waktu-waktu macam ni memang selalu jammed dekat area sini. Since Cik Hani dah sampai, saya bawa Cik Hani ke bilik Encik Fahim dulu sebab Encik Fahim dah pesan tadi dia nak jumpa Cik Hani bila Cik Hani sampai,"
"Oh!" Hani mengangguk. "So, yang lain-lain dah sampai?" tanyanya sambil mengekor langkah Fira. Aida yang turut bersamanya mengikut sahaja di belakang mereka.
"Belum lagi. Pihak arkitek akan sampai lewat sikit sebab tersekat dalam jammed. Katanya ada accident. Wakil M&E pula mungkin dalam perjalanan," beritahu Fira.
Hani mengangguk.
"Itu bilik Encik Fahim," ucap Fira sambil jarinya ditunjukkan ke arah bilik Fahim. "Mari Cik Hani, saya hantarkan,"
"Ermmm...tak apa Fira, saya boleh pergi sendiri. Awak boleh sambung kerja awak tadi," tolaknya lembut.
"Tapi Cik Hani..."
"Tak apa, saya boleh pergi sendiri," pintas Hani mematikan bicara Fira.
"Oh! Okey," akur Fira.
Hani menoleh memandang pembantunya di sebelah. "Aida, awak tunggu dekat sini, saya pergi jumpa Encik Fahim dulu," suruhnya.
Aida mengangguk. Sebaik Hani berlalu, dia terus duduk di ruang menunggu. Fira pula turun semula ke tingkat bawah untuk menyambut tetamu-tetamunya.
Hani terus melangkah. Sampai sahaja di muka pintu bilik Fahim, langkahnya terhenti. Daun pintu yang sudah sedia terkuak lebar itu diketuk lalu pandangan dijengahkan ke dalam. Melihat Fahim yang sedang leka dengan kerjanya, sekali lagi daun pintu diketuk dan salam dihulurkan.
Fahim tersentak dan mendongak. Spontan itu senyum di bibir terus terukir. "Waalaikumsalam. Hani," sapanya agak teruja. Tiba-tiba rasa bersemangat pula dia apabila melihat wajah ayu itu di hadapan mata. Seolah-olahnya Hani itu adalah energy booster kepada harinya yang agak serabut itu. Arghhhh! Fahim, sejak bila pula kau pandang Hani dengan rasa yang berbeza? Tempelak hatinya kepada diri sendiri.
"Jemput masuk Hani," pelawanya.
Hani tersenyum nipis dan mula melangkah masuk.
"Duduklah," suruh Fahim pula.
Akur, kerusi ditarik dan dia terus duduk. "Saya menganggu Encik Fahim ke?" melihat wajah yang sedikit serabut itu, dia pasti Fahim tentu sedang sibuk sekarang. Meja yang penuh dengan kertas-kertas lakaran dikerling.
Senyum Fahim melebar dan laju kepalanya digeleng. "Tak," balasnya sepatah. "Hani dah sihat?" Tanyanya berbasi basa. Wajah yang kelihatan berseri dan ceria itu diamati. Sudah tentulah Hani dalam keadaan yang baik. Kalau tidak tentu tak merasa dia kueh burger Malaysia yang paling sedap dia pernah makan Ahad lepas.
Hani tercengang. Macam mana pula Fahim tahu yang dia tidak sihat.
Mengerti riak yang dipamerkan Hani, Fahim ketawa kecil. "Fira call you last week tapi your colleague beritahu you mc. So, dah betul-betul sihat ke ni?" tanyanya lagi.
YOU ARE READING
ANDAI MAMPU KUGAPAI SYURGA
RomanceHani, dia cantik dan bekerjaya tetapi sayangnya dia keseorangan. Kerana pernah terluka, pintu hatinya ditutup rapat dari mencintai atau dicintai. Fahim, seorang duda yang kematian isteri. Sangkanya, cintanya telah terkubur bersama jasad sang isteri...