Bab 5

507 10 0
                                    

"Kelam kabut sangat tu kenapa?" Tegur Maziah sambil menyandarkan tubuh ke sofa. Melihat Hani turun naik dari tingkat bawah ke tingkat satu sejak tadi, kepala dia yang pening. Sudahlah dia memang tengah stress sekarang.

Langkah Hani terhenti. "Huh?!" Maziah yang sedang duduk santai di ruang tamu pejabat dipandang bersama kerutan di dahi. "Kau cakap dengan aku ke?" blur dia dibuatnya.

"Ya...Aku tanya, kau tu kelam kabut sangat pagi ni kenapa?" Maziah mengulang pertanyaannya.

Hani buka langkah semula dan Maziah dihampiri. Tidak dipelawa dia terus duduk. "Projek perumahan dekat Klang ada problem sikit. Kuantiti kerja tanah burst hampir lima puluh ribu cubic meter. Itu yang Encik Mozani bising sejak pagi tadi," beritahunya.

"Giler sampai burst banyak tu. So, dia bising dekat kau ke?" 

Kepala diangguk.

"Hurmmm...yang nak bising dekat kau kenapa? Dia patut bising dekat QS pihak konsultan. Projek itukan diserahkan sepenuhnya kepada pihak konsultan," bebel Maziah pula. Dia memang tidak gemar betul dengan perangai Encik Mozani, Projek Koordinator syarikat mereka. Apa tidaknya, yang lelaki itu tahu hanya memekak tidak tentu pasal sahaja. Ada sahaja yang tidak kena di matanya dengan kerja orang lain. Kadang-kadang salah sendiri tak sedar tapi sibuk cari silap orang lain. Grrrr!

"Itulah masalahnya. Tak pasal-pasal pagi ni aku kena buat taking off untuk kerja tu. Paling sakit hati bila tanya pada QS pihak konsultan, jawapannya, kami akan check semula tapi dah tiga jam tak respond lagi." Hani turut melepaskan geramnya.

"Habis tu dah settle ke?"

Kepala diangguk. "Nasib baik salinan drawing dan bq ada dekat sini bolehlah aku tengok kalau tidak, haru jugak aku pagi ni," keluhnya.

"So, kuantiti tambahan tu kira VO lah?"

Hani angguk. "Nasib baik masih dalam budget lagi kalau tidak, tak tahulah entah macam mana Encik Mozani akan mengamuk."

"Kesian kau, tak pasal-pasal jadi kambing hitam orang lain."

Hani ketawa kecil dan menggeleng. "Kerja makan gaji macam ginilah, Maz. Kena lenyek pun bersabar ajelah," ucapnya dengan tawa yang masih bersisa.

Maziah ikut ketawa. "Eh! Hani, assistant kau tu bila masuk kerja?  Bukan sepatutnya maternity leave dia sampai minggu lepas ke?" tanyanya apabila teringatkan pembantu Hani bernama Aida yang sedang cuti bersalin ketika itu.

"Dia minta sambung cuti lagi seminggu. Katanya minggu depan dia akan masuk sebab dia belum jumpa pengasuh untuk anak dia lagi."

"Hurmmm...payahlah kalau macam tu. Sepatutnya sebelum bersalin dah plan semua tu jadi tidaklah menganggu kerja," bebelnya lagi. Dia pula yang terlebih emo padahal bukan pembantu dia.

"Tak apa, biarlah dia settle urusan dia dulu. Dah okey baru masuk kerja sebab aku tak nak nanti masalah lain pulak yang timbul."

"Itulah kau, bagi muka sangat dekat pembantu. Memang kena pijak kepalalah."

Tidak menjawab bebelan sahabatnya itu, Hani hanya senyum sahaja. Bukan dia bagi muka tapi lebih pada bertimbangrasa. Bukankah masing-masing ada tanggungjawab dan masalah sendiri yang perlukan perhatian? Lagipun setakat ini dia masih mampu melakukan semuanya sendirian walau pun haru biru jugaklah hidup dia sepanjang dua bulan itu. Baru sahaja dia ingin bersuara semula tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Jam dipergelangan tangannya dikerling. Melihat waktu yang hampir menginjak ke pukul sebelas setengah pagi, dia bingkas bangun dari duduknya. "Alamak!" jeritnya perlahan.

ANDAI MAMPU KUGAPAI SYURGAWhere stories live. Discover now