"Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah An-Nisa' ayat 31 yang bermaksud, Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."
"Syurga ni puan-puan keindahannya tak tergambar. Mungkin sebab kita tak tahu dan tidak dapat melihat gambaran sebenar betapa cantik dan indahnya syurga maka kita tak bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya sehingga hilangnya nikmat beribadah. Sebab itulah puan puan, Rasulullah SAW sentiasa bercerita mengenai syurga untuk memberi rangsangan dan mendorong keinginan umatnya menjadi penghuni syurga."
"Allah SWT juga ada berfirman tentang betapa indahnya syurga seperti yang difirmankan di dalam surah Al-Baqarah ayat 25, yang bermaksud; 'Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: Inilah yang diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan, isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya."
"Syurga ni puan puan ada lapan jenis semuanya. Pertama, Janatul Firdaus. Diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Janatul Firdaus adalah surga yang tertinggi di dalam islam. Kedua, Jannatul 'And. Diciptakan oleh Allah SWT dari intan putih dan tidak kalah indahnya dengan Janatul Firdaus. Ketiga, Jannatul Na'im yang diciptakan oleh Allah SWT dari perak putih. Keempat, Jannatul Ma'wa yang diciptakan oleh Allah SWT dari zamrud hijau. Kelima, Jannatul Darussalam, diciptakan oleh Allah SWT dari yakut merah. Keenam, Jannatul Darul Muqamah yang diciptakan oleh Allah SWT dari permata putih. Ketujuh, Jannatul Al Maqamul Amin yang diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Kenapa dari emas? Dan apa bezanya dengan Jannatul Firdaus yang juga dicipta dari emas? Dikuliah akan datang saya akan terangkan dengan lebih jelas lagi perbezaannya. Dan syurga yang terakhir adalah Jannatul Khuldi yang diciptakan oleh Allah SWT dari marjan merah dan kuning,"
"Puan puan tak teringin ke untuk menjejakkan kaki ke dalamnya?" Ustazah Bahyah tersenyum manis. Tiap-tiap satu wajah di hadapannya dipandang. "Tentu teringin bukan? Dan sudah tentulah kita inginkan syurga yang teratas sekali iaitu Jannatul Firdaus. Tapi bagaimana untuk menginap di Jannatul Firdaus? Yang itu juga akan saya jelaskan dikuliah akan datang," sambungnya dengan senyuman.
"Oleh itu puan-puan, cubalah jauhi segala larangan Allah samada ianya dosa-dosa kecil atau dosa besar. Kita juga perlu hidupkan hati kita dengan iman dan taqwa selain sentiasa muraqabah dengan Allah S.W.T. Semoga kita semua diampunkan oleh Allah S.W.T terhadap dosa-dosa kita yang telah lalu dan akan datang dan mendapat rahmat dan redha Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Insya-Allah."
Mata dipejamkan seketika dan nafas dihela dalam. Entah kenapa mendengar ceramah dari Ustazah Bahyah hari itu hatinya bagai disiat-siat. Ya Allah, betapa kerdilnya dia di sisi maha pencipta. Allahuakbar, Ya Allah, ampunkanlah aku. Hapuskan semua dosa-dosa yang pernah aku lakukan. Sesungguhnya, aku ingin berada di sisi orang-orang yang Engkau kasihi dan ditempatkan di syurga-MU. Doanya berkali-kali di dalam hati.
"Hani..."
Terdengar lembut suara seseorang menegur di sebelahnya, matanya dibuka dan kepala ditolehkan ke sebelah.
"Auntie," sahutnya bersama senyum yang dibuat-buat.
"Kenapa? Tak sihat ke?" Lembut Hajah Salmah bertanya sambil bahu gadis yang masih bersarung telekong putih itu diusap penuh kasih sayang.
Kepala digeleng. "Hani okey. Penat sikit aje," dalihnya lalu telekong sembahyangnya terus dibuka dan dilipat.
"Kalau Hani tak nak tunggu sampai selesai, Hani baliklah dulu sebab ceramah dah habis tunggu jamuan aje. Kalau nak tunggu sampai jamuan selesai pun boleh juga,"
YOU ARE READING
ANDAI MAMPU KUGAPAI SYURGA
RomantiekHani, dia cantik dan bekerjaya tetapi sayangnya dia keseorangan. Kerana pernah terluka, pintu hatinya ditutup rapat dari mencintai atau dicintai. Fahim, seorang duda yang kematian isteri. Sangkanya, cintanya telah terkubur bersama jasad sang isteri...