01 - U

816 42 9
                                    

🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •

🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍• 예상치 못한 결혼 •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🧸💜✨



"Hanny! Weyh, Hanny Tuan!"

Aku tercari-cari suara yang memanggilku itu. Sementara tangan pula ligat menyembur pewangi di sekeliling ruangan kedai bunga yang bernama Kuntom Florist ini.

Ini kedai mak kawan aku, ehek.

Oh ya! Sebelum tu, aku nak kenalkan diri aku. Nama aku, Hanny. Hanny Tuan Yi Eun. Anda semua kenal tak artis kpop kumpulan GOT7 tu? Kenal Mark Tuan? Ya, aku adik kepada Mark Tuan Yi En untuk pengetahuan semua.

Pehhh, berlagak sikit sebab membesar dekat America muahahaha! Tapi keturunan Cina ya erm.

Tapi, muka aku ala-ala Korea hah sejak pindah ke sini. Sama la macam abang aku tu. Kan, kan? Umur aku, 23 tahun. Eh, tak sambung belajar ke? Tak, tak. Aku dah cukup stres masa sekolah dekat America tu. Cukuplah aku sambung degree je masa tu. Lepas-lepas aku pindah Korea, aku terus kerja dengan kawan aku ni hah.

Nama dia Dayeon. Macam mana aku kenal dia? Dia sama kolej dengan aku masa dekat America. Dia pun cakap benda yang sama, dia tak nak stres-stres dengan belajar dan nak kerja dengan mak dia je.

Abang aku kau tak payah tanyalah. Dia ada bakat, sesuailah jadi artis. Bukan macam aku. Aku tak kisah pun, sebab aku memang tak nak famous macam abang aku tu.

Pergi sini, kena serbu. Pergi sana, kena serbu. Alhamdulillah, dia masih tidak diserbu sebegitu sebab fans dia faham dia dengan member yang lain tak selesa.

By the way, bahasa Korea aku agak baik ya. Semuanya disebabkan jasa abang aku yang handsome lagikan hot yituu ammuahhh shayanggg abang kite ketat-ketat!

Okay, tamat sudah sesi perkenalan.

"Eh? Suara siapa tu? Hantu ke—?" Soalku dengan sengaja.

"Woi, Hanny! Aku lempang kau kang. Aku dekat kaunter ni la, gila. Bawah!" Ujar Dayeon dengan nada geram.

Aku melangkah ke arah kaunter sambil tersenyum kecil. Aku memanjangkan leherku, kelihatan Dayeon duduk bersila elok je dekat lantai tu hah.

"Kau nak apa?" Soalku malas.

"Ambilkan aku bunga lavender dekat luar tu 2 tangkai. Bunga rose 4 tangkai. Please?" Dayeon mengerdipkan matanya ke arahku beberapa kali.

Untuk makluman semua, dia ni memang berat punggung sikit. Nak bangun pergi ambik bunga yang dekat luar tu pun malas. Haih la, anak siapa la ni.

"Hmm."

Dengan langkah malas, aku meletakkan penyembur pewangi itu di atas meja kaunter.

Aku mengambil bunga-bunga yang diminta oleh Dayeon itu di luar kedai. Bunga-bunga tertentu sahaja diletakkan di luar. Kalau macam kaktus ke apa, letak dekat dalam ha. Bunga ni plastik je adumak. Kalau letak yang hidup punya, mau layu bunga tu.

"Encik! Encik! Jawablah dulu soalan saya ni!"

"Aduh, lajunya dia lari! Encik!"

"Lembab. Lari la laju sikit korang ni, aduh!

Aku mengerutkan dahi saat terdengar bunyi-bunyi kecoh yang agak jauh dari tempat aku berdiri. Kelihatan beberapa orang wartawan seperti mengejar seseorang yang memakai hoodie berwarna grey itu.

Aik? Dah kenapa tu?

Sangkaanku lelaki berhoodie itu mahu masuk ke kedai bersebelahan dengan Kuntom Florist ini. Namun, sangkaanku meleset tatkala dia masuk ke dalam Kuntom Florist ini.

"Woi! Pencuri mana ni main masuk kedai, hah?!" Aku terdengar Dayeon meninggikan suaranya.

"Diamlah!"

Saat ternampam wartawan-wartawan itu menghampiri pintu masuk Kuntom Florist, aku dengan segera terus menghalang pintu masuk dengan mendepakan kedua-dua bekah tanganku apabila beberapa orang wartawan itu mahu menyerbu masuk ke dalam kedai.

Uish, dah serupa zombie je nak serbu.

"Woo, woo, woo. What happen, huh?" Soalku kepada mereka semua.

"Cik, kami nak interview lelaki yang masuk dalam kedai ni. Boleh bagi ruang?" Salah seorang dari mereka mahu masuk ke dalam, namun aku pantas menghalang.

"Eh, dah kenapa sampai kejar dia? Are you guys crazy? Macam nak terkam dia je..."

"Ini bukan urusan cik. Jadi, sila ke— Oh, Encik!"

Aku toleh ke belakang. Lelaki berhoodie itu menghampiri belakangku. Aik? Dia nak larikan diri balik ke? Tengok nafas dah stabil je ni.

"Encik, apakah sebab Encik putus tunang dengan cik Hwang Yeji? Macam mana dengan majlis perkahwinan encik yang akan berlangsung tidak lama lagi?" Soal wartawan itu sambil menghalakan mikrofon yang besar gedabak itu betul-betul di sebelah telingaku.

"Sebab saya akan berkahwin dengan dia."










- TaeBeliCake -

Hallu! Okay, kita bertemu lagi dalam rancangan— Okay dah, just nak cakap ni fanfic first abe Taetae kita yuhoo ✊🏻💜

Vote and comment! Enjoy² la baca huehue. Saya pergi dulu, tata!

ashcooky

☆ミ Unexpected Marriage ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now