🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •Taehyung yang masih diulit mimpi itu terjaga apabila mendengar bunyi ketung-ketang di tingkat bawah. Tubuhnya bergerak sedikit. Dia menguap perlahan.
iPhone yang berada di bawah bantal dicapainya. Skrin iPhone yang bernyala itu dilihat. Pukul 7 pagi.
Mata dipejam semula. Dia mendengus perlahan apabila bunyi senduk berlaga kuali masih kedengaran. Dari baring, Taehyung duduk sambil meraup rambutnya kasar.
"Hantu mana masak ni? Nak tidur pun tak senang!" Gumam Taehyung.
Sekali lagi Taehyung menguap. Haa, itulah padahnya bila main PUBG sampai pukul 4 pagi. Kan dah mengantuk. Padan muka!
Selimut yang menutupi separuh tubuhnya ditarik kasar. Dia turun dari katil. Pintu bilik dibukanya lalu dia keluar dari bilik. Terhuyung-hayang dia mahu menuruni anak tangga.
Taehyung cuba membesarkan sedikit matanya untuk melihat figura yang sedang mencedok sesuatu ke dalam mangkuk besar. Minah mana rambut perang ni?
Kak ponti rambut perang ke?
Pandangan Taehyung sudah mulai jelas apabila dia menggosok-gosok matanya. Ah, lupa pula. Mestilah Hanny kan? Mana ada orang lain dah dalam rumah ni selain dia dan Hanny.
"Kau buat apa?" Soal Taehyung. Suaranya serak basah.
"Eh mamaku sayang kuali!" Hampir terpelanting senduk yang baru saja Hannh ingin cuci di singki.
Taehyung menahan tawanya yang hampir meletus. Biasalah, poyo kan.
Hanny menoleh ke belakang dengan laju. Berubah terus riak wajahnya. "Yahh! Awak ni, terkejut saya!"
Mahu saja senduk itu dibaling tepat ke arah wajah Taehyung. Namun, dia masih menghormati Taehyung sebagai suaminya. Walaupun hanya di atas kertas.
Taehyung hanya tayang riak selamba. Dia berlalu ke arah mangkuk besar yang diletakkan di atas meja makan itu. Dari bau pun boleh tahu dah sedap.
"Ah, saya buat nasi goreng je. I don't know you like it or not." Ujar Hanny sebaik saja dia selesai membasuh apa yang patut di dalam singki itu.
Taehyung sekadar mengangguk. Baru saja dia mahu menarik kerusi, Hanny menghalang.
"Kenapa?"
"Awak dah mandi, gosok gigi ke belum?" Soal Hanny.
Taehyung menggeleng perlahan. Terus saja lengannya menjadi sasaran tamparan Hanny yang berbisa itu.
"Ish, dia ni. Pergi mandi dulu. Baru boleh makan!"
"Hoi! Sakit tahu tak kau tampar tadi?!"
"Ada nampak muka saya kisah? Dah, go to shower first. Kalau tak, jangan harap boleh makan."
"Okay, fine! Aku pergi sekarang, huh! Garang macam singa betul."
"Apa dia?!"
"Tak ada apa!"
Melihat Hanny yang sudah bercekak pinggang itu, Taehyung terus menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Terkejut dia dibuatnya. Hanny seperti eommanya. Pantang betul kalau tak mandi dulu sebelum sarapan.
Boleh tahan kebas lengannya yang ditampar Hanny sebentar tadi. Nasib baik comel HAHAHAHAHA!
💜💜💜
"Pengantin baru datang kerja dah hari ni la. Tak pergi honeymoon ke?"
Hanny memutarkan bebola matanya apabila Dayeon datang ke arahnya lalu berkata demikian. Dia ni, kalau tak sakat Hanny, memang tak sah. Ada je benda nak disakat.
"Relaks la, Hanny. Gurau je. Janganlah masam sangat muka tu." Terus saja kedua-dua belah pipi Hanny dicengkamnya. Habis muncung Hanny dibuatnya.
Tangan Dayeon Hanny tepis perlahan. "Mana ada. Muka aku macam biasa je la."
"Ah by the way kan, abang kau tidur dekat rumah kau ke rumah yang JYP bagi tu sejak comeback ni?"
Hanny tersentak seketika. Dia hampir lupa bahawa abangnya yang sorang itu. Walaupun abangnya jarang balik ke rumahnya, tapi pasti abangnya akan pelik jika dia tiada di sana semasa Mark pulang ke rumahnya itu.
Selalunya, Hanny akan memberitahu Mark jika dia ingin bermalam di rumah Dayeon. Ini tidak, senyap terus sejak GOT7 melancarkan album terbaru.
Maklumlah, tidak mahu menganggu. Mestilah abangnya itu akan sibuk dengan comeback.
"Nasib baik kau ingatkan pasal abang aku, Dayeon!" Ujar Hanny lantas dia mengeluarkan telefon smartphonenya yang sejak semalam tidak dibukanya.
"Haih, kau ni. Kahwin sampai tak ingat abang kau ada dekat Korea ni."
Hanny menjeling Dayeon sekilas. Terus saja dia membuka data dan hampir melopong dia apabila 30 panggilan tidak berjawab dari Mark. Mesej juga usah dikata, entah berapa banyak Mark spam.
Tanpa menunggu masa yang lama, dia terus mendail nombor abangnya.
"Hello, Hanny?"
Hanny melepaskan nafas lega. "Hello, abang. Sorry, Hanny off telefon semalam."
"It's okay. Risau tau, Hanny tak angkat langsung call. Mesej pun dapat one tick je. Dahlah tak ada dekat rumah pulak tu..."
"Err... Hehehe, sorry. H-hanny tidur rumah Dayeon semalam. Too many bouquet that we need to settle it before this evening."
"Ouhh... I see. Erm, okay la. I have to go now. Bye, take care."
"Okay, bye. Take care too, handsome boy!"
Selepas saja Mark ketawa kecil di hujung talian, dia pun mematikan panggilan. Hanny memejamkan matanya buat seketika. Rasa bersalah kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar.
Tidak mengapalah. Biarlah menjadi rahsia dahulu. Esok lusa dia akan tahu juga.
"Kau... Tipu abang kau?"
Hanny pandang Dayeon. Dia mengeluh perlahan. "Aku terpaksa."
Dayeon memeluk bahu Hanny. "Aku faham. Dah, jom tolong aku hantar bouquet coklat ni dekat rumah sorang artis ni. Orang lain order, orang lain kena kirimkan. Apa bendalah..."
Hanny mengerutkan dahinya. "Sejak bila kau ambil order bouquet coklat ni?"
"Eomma aku. Dia dah start promote bouquet coklat yang kita buat suka-suka haritu. Haih. Ramai pulak tu order." Balas Dayeon sambil mengeluarkan beberapa kotak dari stor.
"Cepatlah tolong aku, ish!"
"H-hah? Oh ya, kejap!"
- TBC -
Tk update lama sbb tgh buat rangka full storyline hahahha. Maklumlah, dh lupa uhuks. Kk vote and comment! 💙
YOU ARE READING
☆ミ Unexpected Marriage ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
Fanfic"Sebab, saya akan berkahwin dengan dia." "W-what?!" . . ©2020