02 - N

357 37 6
                                    

🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •

🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍• 예상치 못한 결혼 •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🧸💜✨


"Encik, apakah sebab Encik putus tunang dengan cik Hwang Yeji? Macam mana dengan majlis perkahwinan encik yang akan berlangsung tidak lama lagi?" Soal wartawan itu sambil menghalakan mikrofon yang besar gedabak itu betul-betul di sebelah telingaku.

"Sebab saya akan berkahwin dengan dia."

Membulat mataku saat ini. "What?!"

Wartawan-wartawan itu mula kecoh kembali. Aku yang masih dalam keadaan terkejut beruk ditarik masuk ke dalam Kuntom Florist ini. Pintu kedai ini kemudiannya dikunci dari dalam.

Kau nak biarkan wartawan tu masuk ke apa? Itu kerja gila!

"Weyh, weyh, weyh! Apahal tu?" Soal Dayeon sebaik saja dia mengunci pintu Kuntom Florist dan menutup tirai di bahagian pintu itu.

Aku mengangkat bahuku tanda tidak tahu. Aku baru perasan, yang tarik aku tadi lelaki berhoodie ini. Dan yang tarik lelaki berhoodie ni, Dayeon. Eh, kau fikir kereta api chut chutt tu ke apa?

Apa nama dia, Thomas and friends?

Haa, pape je la.

"Yahhh! Kenapa awak cakap awak nak kahwin dengan saya tadi, hah?! I don't even know who are you and, you said that you want to marry me? Are you crazy?!" Aku menghamburkan amarahku.

Haa, kan dah keluar Bahasa Inggeris aku. Jangan memain eh.

Dayeon memeluk bahuku lalu mengusap perlahan. "Woo, relaks babe. Apasal ni? Cuba cerita."

Lelaki yang memakai hoodie itu menurunkan hoodnya. Mask mulut juga diturunkan. Dia memandanh tanpa riak ke arah kami berdua.

"OMO! Kim Taehyung?!" Jerit Dayeon.

Berdesing telinga aku ni woi! "Hoi! Jangan jeritlah!"

"Mau tak menjerit, idol kot dekat depan kita ni arghhh!!" Dayeon sudah menunjuk tanda-tanda dia bakal diserang histeria.

Sila call ambulans awal-awal.

"Idol?" Aku pandang lelaki di hadapanku ini. "Idol mana? Aku tak kenal pun."

Dayeon menampar dahiku kuat membuatkan aku terdorong sedikit ke belakang. "Eh minah, dia ni actor kot. Kau serious la tak kenal? Yang berlakon drama Hwarang tu, yang kita tengok sekali tu hah. Ingatlah cepat, seton!"

Kejap eh, nak minum susu Dutch Lady. Sel otak tak berhubung sekarang ni.

"Tch, tak sangka ada jugak makhluk yang tak kenal aku." Ujar lelaki yang bernama 'Taehyung' itu sinis.

Aku mensepetkan mataku. "Excuse me, saya baru pindah Korea tahun lepas la. Ah by the way, can you talk to journalists that you won't marry me soon? Saya tak nak masuk campur hal awak dengan... Erm... Weyh apa nama girlfriend dia tu?" Bisikku perlahan di hujung ayat.

"Yeji, Hwang Yeji. Ex fiance la, bukan girlfriend!" Dayeon turut membisik.

"Aku tak maksudkan pun nak kahwin dengan kau." Ujar Taehyung lalu selangkah demi selangkah dia menghampiriku.

"But, I need your help since wartawan tu dah nampak kau."

Haa sudah! Ni la sebabnya aku tak suka terlibat dengan mana-mana idola tip top dekat mana-mana negara pun.

"Huh? Tak nak saya, awak selesaikanlah sendiri. Tu masalah awak, siapa suruh cakap macam tu depan wartawan?" Selamba saja aku berkata. Dalam masa yang sama, aku lupa dia ni pelakon terkenal dan menjadi kegilaan ramai gadis-gadis seluruh dunia. Termasuklah minah dekat sebelah aku ni.

Taehyung berdecit. Dia mendekatkan wajahku dengannya. "Help me or else..."

"Aku bagitau wartawan, yang kau goda aku sampai aku putuskan pertunangan dengan ex fiance aku. Dan kau ugut aku sampailah aku dengan relanya ada hubungan dengan kau. What do you think?"

Kejap, aku babi la dalam kedai ni.

DIA UGUT BOLEH PULAK!

Aku mendengus geram. Dia hanya tersenyum sinis. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar track Puma berwarna hitam itu.

"Choose. Number 1 or 2, lady?"





💜💜💜





Aku memasamkan wajahku sebaik saja masuk ke dalam kereta serba mewah ini. Aku tak ingatlah nama apa. Tapi yang aku tahu ni kereta Mclaren. Shibal betul, dia culik aku.

Nasib baik kami berjaya keluar ikut pintu belakang dan wartawan langsung tak perasan. Boleh tahan jauh jugak kereta dia. Mungkin, kena kejar dari situ. Haih la, inilah nasib artis-artis terkenal ya.

"Good choice. Now, kau dengar baik-baik."

Aku tidak memandang ke arah wajah Taehyung yang sudahpun memakai mask mulutnya kembali. Hood juga ditariknya.

"Berlakon jadi girlfriend aku. Dan, kahwin dengan aku pada tarikh majlis perkahwinan aku."

Hampir tersedak serbuk adabi aku dibuatnya. Mamat ni dah gila ke apa?!

"What?! Memang tak la! Awak ingat kahwin ni benda main-main ke?" Soalku sambil menjegil ke arahnya yang kelihatan tenang bagaikan sungai yang tenang, jangan disangka tiada buaya.

Haa, ni la buayanya. Buaya darat! Eh ehhh-

"Kau nampak muka aku macam main-main ke?" Sebelah keningnya terjongket.

Adumak, siut je perangai.

Aku mendengus geram. Ada nampak aku macam ada pilihan ke?

"Okay, fine! Kita pura-pura bahagia. Lepas tu kahwin. Lepas tu kita cerai, then bla bla bla- Haa, itu yang awak nak kan?!"

"Kau yang cakap, aku tak sebut pun pasal tu."

"Alaa, dalam novel ke drama ke selalu macam tu. Clishe betul. Sah penulis novel tu dah tak ada idea. Pemikiran cetek, macam awaklah." Sedas aku bagi. Lantak la dia nak kata apa. Aku tahu, dia artis. Tapi, nampak aku macam peduli ke?

Taehyung menjelingku tajam. Aku menelan air liurku kelat apabila tiada suara yang keluar, namun jelingan maut nya itu membuatkan aku gerun.

Abang, tolonglah Hanny-

iPhone dihulurkan ke arahku. "Give me your number."

Aku terus merampas iPhone miliknya itu. Selesai saja memberikan nombor telefon aku, aku terus keluar dari keretanya tanpa banyak soal.

Kalut aku berlari ke arah Kuntom Florist. Tak pasal-pasal kena kejar wartawan jugak.








- TaeBeCute -

Asal chap 2 je mesti panjang. Asal chap 1 je mesti pendek. Napo eh? Cer habaq sat 🙄🔪

☆ミ Unexpected Marriage ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now