10 - D

216 29 0
                                    

🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •

Pejam celik pejam celik, sudah genap sebulan Hanny bergelar isteri Kim Taehyung. Hubungan mereka berdua agak baik dari sebelum ini. Paling buat Hanny terkejut, perangai annoying Taehyung sudah mulai kurang.

Tapi perangai asyik nak menang je bila bertikam lidah, memang masih lekat. Sabar je la dapat suami sewel macam ni. Bak kata Hanny ya. Author Chim tak bersalah.

"Hanny! Baju aku dah gosok ke belum?!" Laung Taehyung dari dalam bilik air.

Suaranya yang sayup-sayup kedengaran membuatkan Hanny mengerutkan dahinya.

"Mamat ni cakap apa? Tertelan sabun ke macam mana?" Gumam Hanny perlahan.

Majalah epop yang dibeleknya itu diletakkan di sebelah. Dia turun dari katil lalu menuju ke arah pintu bilik air. Diketuknya pintu itu beberapa kali.

"Awak cakap apa tadi?"

"APA DIA?" Soal Taehyung lantang, tidak dengar mungkin.

"AWAK CAKAP APA TADI!" Kali ini Hanny turut meninggikan suaranya.

Kalau dah bukak shower tu, nak dengar apa kan? Suara tenggelam timbul je.

Terkejut Hanny apabila pintu bilik air dibuka dari dalam. Tersembul la wajah basah Taehyung disebalik pintu. Dengan berus gigi dekat dalam mulut lagi.

Padanlah suara dengar tak dengar je.

"Apa kau cakap?"

"Awak cakap apa tadi?"

"Ouhh... Ha, kau dah gosokkan ke baju aku?"

Hanny angguk. "Dah la, tutup pintu. Gosok gigi pun tak sudah-sudah lagi." Hanny seraya menutup pintu itu tanpa sempat Taehyung membalas.

Kedengaran Taehyung mendengus perlahan. Hanny hanya mengendahkan saja. Kakinya melangkah keluar dari bilik lalu menuruni anak tangga.

Dia berhenti betul-betul di hadapan singki. Berfikir mahu memasak apa untuk dijadikan sarapan.

Fikir punya fikir, kesudahannya dia membuat keputusan untuk menyediakan scramble dan sosej yang akan dimakan bersama roti. Alaa, sedap apa makan macam tu je. Kan?

Selesai saja menyediakan sarapan, bunyi loceng rumah ditekan beberapa kali membuatkan Hanny mengerutkan dahinya.

Manusia mana tekan loceng sampai nak terkeluar butang tu? Desis hati Hanny.

Sebaik saja dia meletakkan pinggan di atas meja, dia terus menuju ke arah interkom untuk melihat gerangan yang menekan loceng rumah pada awal pagi ini.

Hampir melatah Hanny dibuatnya apabila pintu dibuka dari luar. Dia tertanya-tanya sama ada pintu rumah memang tidak berkunci dari semalam atau Taehyung sudahpun membukanya.

"Yahhh!! Kim Tae— Eh?"

Hanny tersenyum kekok ke arah lelaki yang memakai hoodie merah itu. Di tangannya terdapat satu plastik yang tidak tahu apa isinya.

☆ミ Unexpected Marriage ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now