🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •Persis pencuri aku memasuki rumahku yang rasanya hampir dua minggu tidak dijejaki. Nasib baiklah abang aku tak ada dekat rumah. Kalau tak, mesti dah kena 'interview'.
Elok saja kerjaku di Kuntom Florist selesai, aku pun datang ke sini. Taehyung tu, kalau ikut dia nak datang sini. Tapi, faham-faham je la. Perkahwinan kami masih tidak diketahui oleh orang lain kecuali beberapa orang sahaja.
Senang cerita, netizen apa semua tak tahu lagi.
"Eh, Hanny dah balik?"
Terhenti langkahku yang baru saja menjejakkan kaki ke dapur. Aku memejamkan mataku buat seketika. Okay, aku rasa aku bakal kena 'interview' kejap lagi.
Perlahan-lahan aku menoleh ke arah abangku yang sedang membetulkan rambutnya itu.
"Hehehe... Hanny tak tahu pulak abang ada dekat rumah." Balasku dengan janggalnya.
"Baru habis video call dengan mama and papa. So... How's your day? Good?"
Mark menuju ke peti sejuk manakala aku pula mengambil tempat di meja makan.
"As always. What about you?"
"Penat sikit. Biasalah, baru habis tour. Abang ingat nak balik Amerika next month. Papa said they want to have a family day." Ujar Mark sambil menyusun bahan-bahan untuk memasak.
Tak tahulah nak masak apa. Yang tahu, dia nak masak. Tu je.
"Serious? Nanti Hanny ambil cuti, kalau boleh." Balasku lalu aku bangun menuju ke arahnya yang sedang memotong sayur-sayuran.
"I want to he-"
"HELLO, GUYS!!"
Hampir terpotong jari sendiri Mark dibuatnya dengan jerkahan itu. Wajah Bambam dan Jinyoung dijelingnya tajam. Hanny pula sudah mencepuk kepala Bambam yang berada di sebekahnya.
"Yahhh!! Korang ni, serbu rumah aku tak bagi salam." Ujar Mark dingin.
"Tak bagi salam kau kata? Suara aku ni sampai dah serak panggil kau. Tekan loceng pun sampai tercabut bu-"
Pantas Jinyoung menekup mulut Bambam itu. Hal itu membuatkan Mark membesarkan matanya lalu meletakkan pisau yang dipegangnya tadi.
"Loceng tu sampai rosak korang tekan?!"
"Bukan aku! Jinyoung yang tekan!!" Ujar Bambam.
"Eh, tapi apasal tak dengar langsung bunyi loceng?"
"Err... Hanny lupa nak bagitau yang loceng tu dah lama rosak. Hehehe-" dua jari diangkat ke arah Mark yang sudah bercekak pinggang.
"Haih. Sudah, pergi sana. Shuh shuh! Kacau je aku nak masak..." Halau Mark ke arah tiga orang manusia yang berada di situ.
"Okay weyh, dia halau. Erm, it's okay. Jom la main UNO Card."
"Jommm!"
💜💜💜
"Hello my lovely Hanny-"
YOU ARE READING
☆ミ Unexpected Marriage ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
Fanfiction"Sebab, saya akan berkahwin dengan dia." "W-what?!" . . ©2020