16 - I

190 27 8
                                    

🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍

• 예상치 못한 결혼

Hanny menutup pintu sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Kasut sandal yang tersarung di kaki itu dibuka lalu dimasukkan ke dalam rak kasut.

Kasut Hanny je letak situ. Kasut Taehyung ada dekat dalam satu bilik khas yang hanya menempatkan pakaian dan barang-barangnya.

Kau bayangkan, masuk-masuk nampak almari je. Dengan rak kasut dan sebagainya.

Hanny melangkah ke arah dapur dengan langkah perlahan. Letih memandu ke beberapa tempat untuk menghantar. Kalau ikutkan, Dayeon ikut sekali. Tapi, itulah. Kalau dia ikut, siapa nak jaga kedai?

Ahjuma Kim ada hal apa entah. Jadi, hanya mampu harapkan Hanny sajalah. Well, memang tak ambik pekerja luar pun. Tak tahulah kenapa.

Gelas diambil. Dia membuka peti sejuk lalu mencapai botol berisi air kosong sejuk. Dituangnya air itu sehingga 90% gelas itu lalu diteguknya.

"Fuh... Nasib baik esok Dayeon ikut hantar bunga. Kalau tak, aku dah tak ada rupa orang dah asyik drive." Gumam Hanny sambil meletakkan kembali botol air itu ke dalam peti sejuk.

Baru saja dia mahu menaiki anak tangga, kelihatan Taehyung menuruni anak tangga. Hanny mengerutkan dahinya apabila melihat pemakaian Taehyung.

Aik? Nak pergi mana mamat ni?

"Tae, awak nak pergi mana?" Soal Hanny lembut.

Taehyung mengangkat wajah memandang Hanny. "Nak keluar kejap.

Setelah itu, dia terus meninggalkan Hanny di anak tangga. Hanny sekadar bergumam perlahan sambil menaiki anak tangga.

Dia faham. Mungkin Taehyung keluar bertemu dengan orang-orang yang terlibat dalam drama yang akan ditayangkan hujung bulan Ogos nanti.

Relaks, baru bulan Jun.

Sejak-sejak dia terima tawaran berlakon, dia jarang betul nak bersweet, bermanja apa semua dengan Hanny. Sibuk sangat mungkin? Ye la pelakon kan.  Tambah pulak banyak skrip nak kena hafal. Jadi, Hanny lek lek je.

Tapi, hm. Takkan tak ada masa langsung dengan isteri sendiri?

Tubuh Hanny hempaskan di atas katil. Mahu saja dia tidur terus. Namun, dia perlu bersihkan diri terlebih dahulu. Bau dah macam kambing dah ni.

Terkejut Hanny apabila pintu bilik tiba-tiba saja terbuka dari luar. Terpampang wajah kacak si Kim Taehyung ini auch!

Okay, jangan lebih-lebih.

"Awak kenapa? Tak jadi keluar?"

"Tak la. Nampak telefon aku tak?" Soal Taehyung sambil memandang ke setiap penjuru bilik.

Tidak sempat Hanny ingin menjawab, Taehyung sudahpun menemui telefonnya yang tersorok disebalik bantal. Kemudiannya dia terus melangkah pergi tanpa sebarang kata.

Hanny mengerdipkan matanya beberapa kali.




💜💜💜




☆ミ Unexpected Marriage ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now