🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •"Please, divorce me now."
Tiba-tiba saja kedengaran bunyi guruh yang sangat kuat. Kilat sambar-menyambar. Selang beberapa saat, kedengaran bunyi hujan turun dengan lebatnya.
Taehyung hanya ketawa sinis. "Untuk apa aku ceraikan kau?"
"Tolonglah, ceraikan saya. I know, awak akan berkahwin jugak dengan Yeji. And I know, Yeji takkan boleh terima saya as madu dia. Saya tahu sebab saya perempuan." Balas Hanny.
Iyalah. Buat apa lagi dia mahu teruskan perkahwinannya dengan Taehyung ini. Lagipun, Taehyung sudahpun mengabaikannya sejak dia menerima tawaran berlakon itu.
Mungkin, betul juga apa yang Taehyung katakan. Kalau Hanny tidak benarkan Taehyung terima tawaran itu, pasti Taehyung dan dia akan bahagia seperti dahulu.
Atau, memang betul kata Dayeon? Bahawa Taehyung hanya mempermainkannya?
Entah la. Serabut otak memikirkan hal itu. Sakit hati melihat perangai Taehyung yang makin— Haih tidak tahulah. Nasib baik Yeji tidak menyerangnya seperti watak antagonist yang lain.
Eh? HAHAHAHA!
"Buat apa lagi... Hiks... Saya tinggal dekat sini dengan awak. Saya dah tak tahan... Hiks nak bersama dengan awak kalau awak pun dah jadi macam ni... Hiks... Please Taehyung, let me go." Sambung Hanny lagi. Dia menundukkan wajahnya dan cuba sedaya-upaya untuk menahan tangisannya.
Taehyung melepaskan nafas berat. Dia memandang ke arah Hanny yang masih lagi menundukkan wajahnya.
"Okay, fine. Aku izinkan kau keluar dari rumah ni. Anyway, aku takkan ceraikan kau sampai bila-bila. Walaupun aku kahwin dengan Yeji sekalipun. You're still Hanny Kim."
Sejurus itu, laju saja Taehyung menaiki anak tangga. Hanny pula hampir terduduk di situ. Mengapa begitu susah untuk Taehyung lepaskan nya?
Hanny bergerak menuju ke ambang pintu. Setelah memakai kasutnya, Taehyung kembali bersama luggage di tangan.
"Tch, pandai kau plan semua ni eh?" Sinis saja Taehyung berkata.
Tombol pintu dibuka luas oleh Taehyung. Tanpa belas kasihan, dia menolak tubuh Hanny sehingga terduduk simpuh gadis itu dibuatnya. Luggage milik Hanny pula dilempar begitu saja.
"Kau nak sangat keluar kan? Haa, berambuslah!"
Dengan kuatnya Taehyung menutup pintu tanpa mempedulikan Hanny yang sudah basah dek terkena air hujan yang turun agak lebat itu.
Tersengguk-sengguk Hanny menangis di situ. Kejam. Ya, Taehyung kejam. Sampai begitu sekali cara dia menghalau isterinya?
Ini layak jadi hero Lelaki Kiriman Syaitan 2.0, eh?
"I... Hate you, Kim Taehyung... I HATE YOU!!" Jerit Hanny dengan sekuat hatinya.
Biarlah. Dia tahu, Taehyung takkan dengar. Lagipun, suaranya tenggelam dek bunyi hujan yang turun.
Dengan perlahan-lahan dia bangun lantas mencapai luggage nya yang terdampar di atas tanah itu. Dia bertekad. Dia tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke rumah ini. Biarlah Taehyung dengan Yeji.
Dia tidak mahu, dan tidak mampu menghalang. Kerana Taehyung sendiri sudah akui. Dia bahagia bersama Yeji.
💜💜💜
"Apasal lama sangat minah ni ambik barang? Ambik barang je pun, aduh." Dayeon mengetuk stereng kereta beberapa kali. Bosan menunggu Hanny yang tidak muncul-muncul dari tadi.
Sekejap menyanyi, sekejap bersiul, sekejap menari gerak tangan ke kiri ke kanan. Sekejap kunyah chewing gum. Tapi, bayangan Hanny masih belum kelihatan.
"Eyy, minah ni. Aku dahlah tak suka menunggu. Ini tak boleh jadi ni! Aku ke— YA TUHAN! DIA MANDI HUJAN?!"
Hampir tercekik chewing gum Dayeon saat ternampak kelibat Hanny yang sedang berjalan sambil membawa luggage ke arah keretanya.
Dengan payung tak ada. Jalan macam orang baru putus cinta.
Eh, tapi memang betul kan? Ehek.
Dengan kalutnya Dayeon mencapai payung yang berada di bahagian penumpang di belakang. Lantas dia keluar dari kereta, mendapatkan Hanny yang sudah basah lecun.
"YAHHH! NAK MATI AWAL KE HAH?!" Marah Dayeon sebaik saja dia berdiri di hadapan Hanny.
Hanny tidak menjawab. Malah, tiba-tiba saja tubuhnya melorot jatuh. Bertambah gelabah Dayeon dibuatnya.
"Hanny! Weyh bangun weyh, jangan buat aku takut." Pipi Hanny, Dayeon tepuk perlahan. Namun, tiada sebarang respons.
"Aduh la! Aku nak mintak tolong siapa ni? Huhuhu, Hanny bangun laa—"
"Biar saya tolong."
"Halah halah, suara siapa pu— OMO! JINYOUNG?!"
Jinyoung hanya tersenyun tipis.
- TBC -
Pasai la pendek pun hiks. Aku nk fanfic ni habis cepat huaaa 😭🔪
YOU ARE READING
☆ミ Unexpected Marriage ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
Fanfiction"Sebab, saya akan berkahwin dengan dia." "W-what?!" . . ©2020