06 - E

261 30 2
                                    

🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •

Pejam celik, pejam celik. Majlis perkahwinan antara aku dan Taehyung pun tiba. Kami disatukan pagi tadi dan majlis resepsi juga sudah selesai sebelum jam 6 petang.

Eomma dan appa Taehyung, langsung tidak marah akan tindakan Taehyung yang putus dengan Yeji sebulan lepas. Kata mereka, mereka tidak berapa ngam dengan si Yeji tu. Katanya, Yeji juga tidak pandai mengambil hati orang tua.

Tahu nak berkepit dengan Taehyung je. Sekali putus, haa kau tengoklah. Diam terus minah tu, tak dengar apa-apa cerita.

Ni pun aku dengar dari Dayeon. Dia tu kan kalau bab-bab yang viral, isu terkini apa semua dialah nombor satu. Termasuk la berita pasal aku. Nasib baik, muka aku masih dicover. Kalau tak, aku rasa abang aku dah tahu.

Yes, abang aku tak tahu lagi. Aku rasa, bukan masa yang sesuai untuk bagitau dia pasal perkahwinan mengejut antara aku dan pelakon terkenal ni.

Rasa bersalah pun ada. Tapi, nak buat macam mana? This is unexpected marriage between me and Kim Taehyung.

Aku bukan lagi Hanny Tuan. Tapi, Hanny Kim.

Aku melepaskan rambutku yang disanggul sejak pagi tadi. Fuhh, baru rasa angin masuk dalam celah-celah rambutku ini.

Aku memerhati cincin yang disarung pada jari manisku ini. Tidak sangka, aku sudah berkahwin. Sudahlah berkahwinan dengan pelakon terkenal yang dingin dan sewel tu. Tadi pun, aku syak dia buat-buat senyum sebab nak ambil gambar je.

Kalau tak, cool je muka tu. Tak ada perasaan.

"Hanny... Anggap je kau tak kahwin lagi. Kau kahwin dengan dia sebab nak jaga maruah keluarga dia. Majlis ni diteruskan sebab semuanya dah settle dan tak boleh patah balik..." Aku berbisik sendirian.

Klerk!

Pintu bilik dibuka dari luar membuatkan aku terus memusingkan tubuh memandang ke arah pintu. Taehyung menutup pintu lalu melangkah ke arah meja solek, di sebelahku.

Dia membuka jam di tangannya tanpa memandang ke arahku. "Apasal tak pergi mandi lagi?"

"Erm... Baru lepaskan sanggul ni, peluh."

Taehyung tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia mencapai tualanya lalu dia terus masuk ke dalam bilik air.

Smartphone yang seharian tidak kusentuh itu kucapai. Penuh dengan berita yang Taehyung sudah kahwin la, apa la. Fans mana je tak kecoh kalau pelakon diorang yang terkenal, handsome, boyfriend material tu dah kahwin dengan perempuan yang entah siapa-siapa?

Don't worry. Diorang masih tak tahu siapa aku HAHAHAHAHA!

 Diorang masih tak tahu siapa aku HAHAHAHAHA!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bongok betul si Dayeon ni. Kira baiklah Taehyung kasi jemput dia tadi. Kalau tak, meroyan seseorang dekat Kuntom Florist. Katanya nak merasa pergi wedding artis even just jemput saudara-mara terdekat dengan kawan baik je.





💜💜💜





"Kamu nak duduk dekat rumah kamu dah ke esok, Taehyung?"

Taehyung menganggukkan kepalanya. "Eomma jangan risau, Taehyung dengan Hanny akan datang sini kalau tak sibuk."

Eomma mengangguk-anggukkan kepalanya. "Bukannya apa, eomma nak kenal-kenal dengan menantu eomma yang sorang ni. Haritu tu tak sempat kan sembang?"

Aku yang sedang menghirup jus avocado menganggukkan kepalaku sambil tersenyum tipis.

"Alaa, awak ni. Zaman sekarang dah canggih kan? Telefon je laa..." Ujar appa.

"Ish, awak ni. Sembang depan-depan barulah best. Setakat telefon tu, tanya khabar tu okay la. Haihh."

Aku terasa kekok apabila suasana di meja makan itu mulai sunyi. Hanya kedengaran bunyi chopstick, berlaga pinggang dan mangkuk saja. Bukannya tak nak cakap, aku sendiri tak tahu nak cakap apa.

"Hanny, kalau si Taehyung nu buat perangai ke apa, cepat-cepat bagitau eomma tau? Kalau dia buat Hanny kecik hati ke, dia pukul Hanny ke, telefon eomma cepat-cepat. Eomma belasah dia."

"Eomma! Tae tak sejahat tu la—" membesar mata Taehyung apabila eomma berkata sebegitu.

Terhambur tawa eomma yang sengaja menyakat anaknya itu.

"Okay, eomma! Don't worry, kita belasah dia sama-sama."

"Yeah, that's my daughter-in-law!"

Aku terus melagakan tapak tanganku dengan eomma yang duduk berhadapan denganku. Taehyung pula sudah mencubit pinggangku.

"Adoi! Sakitlah, ish!"

"Yahhh! Tak baik buat Tae macam ni!"

Appa menggelengkan kepalanya. Ada-ada saja kerenah si ibu, anak dan menantu ni. Tak sangka, perangai eomma boleh tahan masuk air. Dan, aku nampak dah. Taehyung ni kalau dekat  rumah bila ada eomma dia lain.

Kalau dengan aku je, gelak pun tidak. Senyun pun sebab ejek aku je. Huh! Apa punya laki la.






- TBC -

Heheh, sorry lambat update!

☆ミ Unexpected Marriage ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now