07 - C

220 28 2
                                    

🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
예상치 못한 결혼 •

"Tu bilik kau. Depan tu bilik aku."

"Barang-barang dalam rumah ni jangan bagi jahanam satu pun."

"Suka hati kau nak buat apa, janji kau tak masuk dan sentuh barang-barang dalam bilik aku."

"Baju aku semua mahal tu, jangan salah cuci. Seluar dalam biar aku je basuh sendiri. Aku tahu kau pun geli nak basuh."

"Kalau aku ada shooting, tak payah masakkan dekat aku sekali."

Terangguk-angguk kepala Hanny apabila mendengar semuanya yang keluar dari mulut mamat sewel itu. Mulut tu, kalah makcik-makcik jual ikan. Kemain lancang, macam machine gun.

Sejujurlah, aku pun tak faham. Rumah parenta dah besar gedabak. Rumah dia ni lagi la besar gedabak. 10 ekor gajah masuk pun muat ni. Kaya gila pelakon kegilaan ramai satu dunia ni. Kau berlakon cerita apa je sampai kaya macam ni hah?

"Kau dengar ke tak?"

Satu suara yang berada betul-betul di telinga Hanny itu membuatkan dia tersedar dari lamunan. Hampir menjerit dia dibuatnya apabila perasan yang wajah Taehyung betul-betul dekat dengan wajahnya.

"Yahhh! Awak dah kenapa tayang muka dekat-dekat ni?!" Terus saja pipi Taehyung ditolak kuat menjauhi wajahnya.

"What? Kau la, aku panggil tak menyahut. Tahulah rumah aku besar, cantik. Tapi, janganlah sampai mengelamun macam dah lengkap dengan anak-anak apa semua." Ujar Taehyung beriak selamba.

Melopong Hanny apabila Taehyung berkata demikian. "Hey! Bila masa saya mengelamun macam tu?! Sorry, can't you please jangan tuduh saya bukan-bukan? Geram tau tak!"

"Ada nampak muka aku kisah?" Taehyung menjelirkan lidahnya apabila Hanny menghentakkan kakinya.

"Muka awak tu, layak bagi beruk je jamah. Menyampah betul tengok, ingat handsome ke?" Hanny memeluk tubuhnya. Dilihatnya Taehyung dari atas hingga ke bawah.

"Well, kalau aku tak handsome, tak adanya aku pergi mana-mana aku pakai mask." Taehyung meraup rambutnya ke belakang.

Hek elehh, berlagak betul!

"Ada je orang tak handsome pakai mask. Awak je yang perasan lebih awak tu handsome sangat. Werk, nak muntah saya dibuatnya." Hanny membuat riak wajah ingin muntah.

Dia tersenyum nipis apabila Taehyung memutarkan bebola matanya. Hahahaha, tu laa. Perasan lebih dia tu handsome sangat. Kan dah kena sekali.

Taehyung tidak berkata apa. Terus saja dia turun ke bawah. Luggage yang ditinggalkan di hadapan Hannh itu dibiarkannya.

"Awak! Tadi bukan main nak letakkan luggage saya dalam bilik!"

"Kau angkat sendiri!!" Laung Taehyung dari tingkat bawah.

Amboi! Kata gentleman. Ni apa kes? Protes?





💜💜💜





"Buat apa tu?"

Taehyung menjeling tajam ke arah Hanny yang tiba-tiba saja berada di sebelahnya. Hampir terlepas gelung paip yang dipegangnya itu.

"Nampak macam aku tengah masak nasi ke?" Soal Taehyung tanpa memandang ke arah Hanny.

"Eh tak, nampak awak tengah gosok gigi guna arang. Patutlah hitam, eww-" Hanny membuat muka jijik ke arah Taehyung.

Kecik besar kecik besar je dia pandang Hanny ni. Mahu dihumban Hanny ke dalam kolam yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri. Namun, dia sabarkan hati. Masih tidak mahu mengalah dengan Hanny yang dah pandai nak menjawab.

Derhaka betul afufu-

"Yang kau ni, tak ada kerja ke skodeng aku? Punya luas rumah ni, sini jugak kau nak menyempit." Taehyung berlalu ke arah pokok lain apabila dia terasa rimas Hanny berada di sebelahnya.

Rajin betul abang Tae kita siram pokok ya. Tak ada yang nak ke? Mana tau sanggup bermadu dengan Hanny HAHAHAHAHAH!

"Ouh ya! Saya lupalah. Bapak beruang dekat sini, tu yang rasa sempit semacam. Kan?"

"Beruang, beruang jangan main eh. Tak pasal-pasal kau basah dekat sini kejap lagi." Jeling Taehyung.

Namun, Hanny hanya menayang riak wajah selambanya saja. Haih, minah ni. Memang tak takut Taehyung buat betul ke?

"Bangun pagi sebelum ke sekolah~ Sarapan dengan mentega kacang Sunbear~ Yeay! Sunbear kuat dan berkhasiat~ Dibuat dengan kacang bermutu~"

"Ceriaaa dan bertenaga~ Sepanjang hari di mana saja~ Mmmh~ Mmmmh~ Sunbear! YAHHH KIM TAEHYUNGG-!!"

Menjerit habis Hanny dibuatnya apabila Taehyung menghalakan paip getah yang digunakannya untuk menyiram pokok sebentar tadi. Basah lecun gadis itu. Bukannya sedikit, dari rambut sampai ke kaki.

"I said it just now. Nice kan? Kena mandi awal." Taehyung ketawa sinis melihat wajah cemberut Hanny.

Serupa pontianak dah rambut tu.

"Enough!"

Hanny meninggalkan Taehyung yang tidak henti mentertawakannya. Dia masuk ke dalam rumah sambil menghentak-hentakkan kakinya. Tak pasal-pasal mandi awal. Padahal baru sahaja pukul 5 petang.

Awal la tu, kan?





💜💜💜





Pantulan wajahnya di cermin Hanny tenung lama. Cincin yang tersarung kemas pada jari manisnya diteliti lama. Cantik. Tapi, sayangnya ini hanyalah perkahwinan secara terpaksa. Bukannya atas dasat cinta dan tidak dijangka.

Semuanya terjadi dalam sekelip mata. Baru sahaja dia ingin mencari calon yang lain memandangkan ibu bapanya sudah mula menyoal tentang hal ini.

Tapi, itulah. Dia sudahpun berkahwin. Bergelar isteri kepada pelakon terkenal, Kim Taehyung. Terasa kelakar dia langsung tidak tahu akan kewujudan pelakon lelaki itu selama ini.

"Huh... Hanny, this marriage has no meaning. Just buat macam biasa." Ujar Hanny perlahan.

"Tapi... Dia tetap suami aku. I need to do my responsibility as a wife."

Hanny menampar kedua-dua belah pipinya beberapa kali. Pili air dibuka lalu dia menadah air dengan kedua-dua belah tangannya itu sehingga penuh. Air itu diratakan pada seluruh wajahnya.

Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Tarik- Jangan hembus... Jangan hembus...

Mampus macam tu je kejap lagi si Hanny ni ksksjjsjjsks.

Okay, hembus. Fuhh!






- TBC -

Hey, sudah lama tidak ku update. Rindu dok? Hahahahha 🤪

☆ミ Unexpected Marriage ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now