🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •Hanny mencelikkan matanya. Dari baring, dia bangun dengan perlahan. Kepalanya terasa berat. Matanya agak sukar untuk dibuka tatkala sinaran cahaya matahari memacar ke dalam biliknya itu.
Dia baru perasan akan sesuatu. Dia tidak berada di biliknya. Malah, bilik milik Taehyung. Eh?
Okay, dia tidak mahu mengingati apa yang terjadi semalam.
Pintu bilik yang dikuak dan ditutup kembali itu menarik perhatian Hanny yang sudahpun berjaya membuka matanya. Walaupun agak sepet ehek.
"Dah bangun?" Taehyung tersenyum sambil menatang dulang lalu diletakkan di atas meja kecil, bersebelahan dengan katil.
Hanny mengangguk perlahan. Taehyung mengambil tempat di sebelah Hanny. Dahi Hanny disentuhnya dengan belakang telapak tangan. Di bahagian leher juga.
"Kau demam. Maybe, sebab aku campak masuk kolam semalam kot." Balas Taehyung lalu mencapai semangkuk bubur yang dibawanya bersama dengan segelas air kosong dan panadol.
"Erm..." Hanny sekadar bergumam perlahan.
"Sorry... Aku tak tahu apa yang otak aku suruh aku buat. Kesan dari wiski tu memang— Huh."
"Say aaaa..."
Hanny menggeleng perlahan. "Tak ada selera."
"Sayang, janganlah macam ni. You need to eat this no matter what. Kalau tak, macam mana nak makan ubat?" Soal Taehyung.
"W-what did you... C-call me?" Soal Hanny apabila otaknya sudah mula mencerna bait bicara yang keluar dari mulut Taehyung itu.
Taehyung tersengih. "I called you... Sayang—"
Hidung Hanny itu dicuitnya manja. Terus memerah pipinya.
"Alelele... Blushing pulak. Ni kalau cakap pasal semalam, mesti lagi blushing." Usik Taehyung.
"Yahhh! Jangan sebut pasal tu!"
Peha Taehyung terus saja menjadi cubitan berbisa Hanny. Terjerit kecil Taehyung dibuatnya. Dia ketawa sambil mengusap-usap pehanya yang dicubit Hanny sebentar tadi.
Seronok betul tengok isterinya itu blushing. Macam badut gamaknya. Haih, Taehyung, Taehyung.
"Dah, bukak mulut tu."
"Saya nak makan sen—"
Lihat saja Taehyung sudah menjegilkan matanya, pantas Hanny membuka mulutnya. Taehyung tersenyum lalu menyuapkan sesudu bubur ke dalam mulutnya.
"Sedap tak?" Soal Taehyung.
Hanny mengangguk. "Sedap! Buat sendiri ke?"
"Eh, mestilah! Gigih tau telefon eomma, tanya macam mana nak buat bubur ni." Ujar Taehyung dengan jujurnya.
"Wow! Husband siapa la ni..."
"Husband Hanny Kim la—" Pipi Hanny dikucupnya. Terus saja Hanny menolak perlahan wajah Taehyung itu.
"Makan sampai habis. Lepas tu makan ubat, rest."
💜💜💜
"Naui modeun ge neolobuteo sal-ana— Neol yeong-wonhi nohji anh-eul geoya nan— "
Ralit Dayeon bernyanyi kecil sambil mengelap tingkap Kuntom Florist. Sekejap menyanyi lagu ON dari kumpulan Bangtan masa part Jimeng. Sekejap lagu lain.
"Ije dasi jab-eun i son-eul nohji ma— Neo eobs-in amu uimiga eobs-eunikka—"
Tok! Tok! Tok!
Dayeon membuka matanya apabila nyanyiannya terjendela sebaik saja mendengar cermin kedai itu diketuk. Dan dia pun—
"OH SWEAR NOT BY THE MOON WOAH MUKA KAU PUTIH!! EH?"
Melatah habis Dayeon dibuatnya apabila dia terpandang ke arah figura seorang manusia yang berada di luar kedai. Sudahlah betul-betul di hadapannya. Macam penyangak pun ada.
Tanpa menunggu masa yang lama, Dayeon pun membukakan pintu supaya Mark dapat masuk ke dalam. Ah maklumlah, kedai tak bukak lagi.
Tapi, dah kenapa dia terpacak dekat sini?
"Haih. Terkejut Dayeon tau, Mark terpacak macam hantu dekat tingkap tu."
Mark tersengih menampakkan barisan giginya. "Sorry... Erm, nak tanya something ni. Pasal Hanny..."
Dayeon menelan air liurnya kelat. Sudah. Takkanlah Mark sudah syak sesuatu? Matilah nak! Hanny pun satu, buat kerja gila tak bagitau abang dia awal-awal.
"Err... Masuklah dulu." Ujar Dayeon sambil memberi laluan kepada Mark.
Dia hanya akur. Sesudahnya Dayeon menutup pintu, jantungnya sudahpun berdegup kencang. Habislah, dia nak jawab apa kalau soalan yang Mark tanya tu soalan yang dia tidak hingin untuk mendengar dan menjawab?
"Kenapa Hanny jarang ada dekat rumah sekarang? Dia memang tidur dekat rumab Dayeon ke?" Soal Mark tenang.
Alamak! Aku nak jawab apa ni? Desis hati Dayeon.
"Err... H-hari tu memang dia tidur dekat rumah Dayeon. Sekarang, entah la. Dia dah ada dekat rumah?"
"No... She's not. Hampir separuh baju-baju dekat dalam almari dia tak ada." Balas Mark.
Dayeon sudah naik bingung. Sudah! Bila tengok muka Mark yang serious semacam sekarang ni, terketar-ketar je lutut. Macam tak boleh nak berdiri lama dah ni.
Mark menghela nafas ringan. Dia merenung tepat ke dalam anak mata Dayeon yang sudahpun kelihatan sedikit gelisah.
"Can you... Tell me the truth? Please?"
Dia bergumam seketika. Matanya dipejam kemudian dicelikkan semula. Wajah Mark dipandangnya kembali.
- TBC -
Maaf lupa nk update. Busy buat cover eheh. Lps tu tiber idea terbang, stuck bagai. Taguna 😭😭
YOU ARE READING
☆ミ Unexpected Marriage ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
Fanfic"Sebab, saya akan berkahwin dengan dia." "W-what?!" . . ©2020