Bab 1

810 5 0
                                    

"Jumpa besok.." Suara lelaki di bawah pokok tengahari tadi masih terngiang-ngiang di telinga Eva.

"Isy. Tak boleh jadi ni. Astaghfirullah." Eva menampar pipinya berulang kali.

"Tapi dekat mana ye aku pernah jumpa dia??" Eva termenung kembali.

"Eva!" Namanya dijerit dengan kuat.

Eva tersentak lalu dengan pantas dia menyarung tudungnya yang berwarna unggu itu.

"Ya nek! Jap2 saya turun." Jawab Eva dengan gelabah.

Nek Jah menunggu kehadiran cucu bongsunya itu dengan muka yang bengis. Penyapu lidi digenggamnya erat.

Eva berlari turun tangga dengan tergesa-gesa. Sebaik sahaja dia tiba di bawah, Nek Jah terus berjalan ke arahnya lalu melibas tubuh kecil Eva dengan penyapu lidi itu.

"Aaargghh! Sakit nek!! Ampun nek! Ampunn!" Eva berteriak kesakitan.

Teriakan Eva diendahkan. Nek Jah terus melibas tubuh Eva dengan rakus sehingga tubuh Eva terkulai ke atas lantai.

" Ha baru puas hati aku! Dah bangun! Tak payah nak lembik sangat! Pergi dapur masak! Aku dengan laki aku dah kebulur ni. Pergi cepat!" Badan Eva ditendangnya dengan kaki.

Eva mengesat air matanya. Dirinya sudah biasa diperlakukan sebegitu. Bila nenek tirinya itu bergaduh dengan suami mudanya, pasti dirinya yang menjadi mangsa.

Eva berjalan terhenjut-henjut ke dapur untuk masak makan malam.

Setelah selesai masak, Eva hidang masakanya di atas meja panjang.

Nek Jah dan suami mudanya, Rashdi, datang sambil berpegangan tangan. Mereka berdua bergurau senda menampar antara satu sama lain.

"Sudah berbaik agaknya." Bisik Eva dalam hati.

" Ha kau? Terjegat apa lagi dekat situ? Pergi panggil pakcik kau tu makan! Lepastu kau jangan keluar bilik dah! meluat Aku tengok muka kau."

Eva mengangguk perlahan lalu terus berlari ke atas. Eva mengetuk pintu bilik pakciknya lalu terus berlari masuk ke biliknya lalu mengunci pintu.

Eva menghela nafas panjang.

"Cantik tudung Eva."

Eva tersentak.

Dia melihat pakcik nya yang sudah berada di atas katilnya.

"Marilah kat pakcik." Bisik lelaki iblis itu perlahan.

Eva menelan air liurnya. Dia terlupa untuk mengunci pintu biliknya sebelum keluar tadi.

" Pakcik Syam.. baik pakcik keluar sekarang. Sebelum saya jerit..." Kata Eva dengan suara yang menggeletar.

Syam bangun dari katil lalu berjalan mendekati Eva. Badan Eva ditariknya lalu dilempar ke atas katil dengan kasar.

"Kau nak jerit panggil siapa ha?Mak aku, Nek Jah? Ceh ingat dia nak kesah? Oh ke bapak tiri Aku? Hahaha Aku rasa kalau pangggil dia, mungkin dia join Aku sekali kot. Hahahah."

Tangan Eva digenggam kuat. Dia cuba melepaskan diri,namun tidak berjaya. Mulutnya dipekup.

"Malam ni, badan kau akan jadi milik aku. Tahu Tak dah berapa tahun Aku tunggu?! Waktu sekolah ada pula Abang bendul kau tu protect kau, dah habis sekolah boleh pulak kau masuk uni jauh2?! Ha sekarang kau balik.. dengan Abang kau tkde ni lah masanya...jeng jeng jeng.."

Syam membuka baju dan seluarnya. Selepas itu, dia dengan rakus mencuba untuk mencabut tudung Eva.

Eva menampar  badan Syam berulang kali..namun apakan daya..tubuhnya yang.lemah...

Eva berdoa di dalam hati.

"Ya Allah.. Allah...Allah.." mulutnya terus berzikir.

Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk dengan kuat. Syam yang sedang rakus mencium Eva terkejut lalu terus melompat dari katil dan menyarung baju dan seluarnya.

Dia suruh Eva pergi melihat siapa. Eva yang sedang lemah dengan perlahan menjawab.

" Siapa tu?"

"Eva, ni Abang Firdaus. Bukak pintu ni."

"Shitttt!!!" Syam terkejut lalu terus berlari menyorok di dalam tandas.

Eva hanya mengalirkan air mata. Dia terus membuka pintu biliknya dan memeluk lelaki yang dianggapnya sebagai seorang ayah itu.

" Eva kenapa ni?! Allahuakhbar! Dengan mulut berdarah ni?""

Hasil pergelutannya dengan Syam telah menjadi bukti yang nyata pada malam itu.

Firdaus menjadi berang. Dia terus masuk ke dalam bilik Eva dan memeriksa setiap ceruk bilik itu. Seterusnya dia masuk ke tandas dan akhirnya menjumpai Syam yang menyorok di situ. Sama seperti 5 tahun yang lalu.

"Aku dah agak dah! Setan la kau ni!" Firdaus menarik Syam keluar Dan terus membelasahnya. Dia terus membuat panggilan polis.

Nek Jah yang memerhati dari tadi hanya menundukkan kepalanya. Dia tidak dapat membantu anak bongsunya itu...kerana dia tahu, bila Firdaus marah...tiada siapa yang berani untuk menghalang...

Beberapa jam kemudian, setelah  disiasat, Syam dibawa ke balai polis. Nek Jah berteriak meminta bantuan Firdaus. Namun Firdaus mengendahkan permintaan neneknya itu. Nek Jah dan suami barunya bergegas ke balai polis untuk membebaskan anak nya itu.

Eva menarik nafas lega pada malam itu. Dia terus baring di atas bahu abang sulungnya itu. Air matanya terus mengalir membasahi pipi.

" Abang, Eva penat." Dia terus tertidur di atas bahu Firdaus.

Firdaus mengusap lembut kepala adiknya lalu beristighfar panjang.

Jumpa Besok!Where stories live. Discover now