TK (BC)

682 75 1
                                    

"Eunbi!!"  Panggil seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eunbi!!"  Panggil seseorang. Eunbi yang terdengar suaranya dipanggil terus mencari siapakah gerangan suara tersebut. Apabila dia berpaling dapatlah dia lihat si pemanggil.

"Eo Seungmin? Bukan kelas kau petang ke?" Soal Eunbi. Seungmin hanya tersengih.

"Saja je datang awal" Kata Seungmin. Dia terus berjalan bersama Eunbi.

"Kau nak pergi mana ni?" Soal Seungmin. Eunbi menunjuk buku yang berada di tangannya kepada Seungmin.

"Library?" Soal Seungmin ingin kepastian. Eunbi hanya mengangguk.

"Aku teman lah" Kata Seungmin dengan teruja. Eunbi tergelak sedikit apabila melihat perangai Seungmin.

"Okay jom" Kata Eunbi. Mereka pon meneruskan perjalanan ke perpustakaan.

🔪🔪🔪

Seorang lelaki duduk seorang diri sambil memandang langit. Memikirkan nasib hidupnya pada masa akan datang. Adakah dirinya akan mendapat peluang kedua selepas segalanya terbongkar? Adakah rakan rakannya masih sanggup untuk berkawan dengannya selepas mereka mengetahui tentang dirinya yang sebenar? Bagaimana pula dengan kehidupannya selepas ini? Dapatkah dirinya diterima oleh masyarakat sekeliling. Jijikkah mereka pada dirinya itu?

Nafasnya dihembus perlahan memikirkan jawapan bagi semua soalan yang disoal dirinya sendiri. Semuanya harus dijawab dengan sendiri. Jawapan berada pada dirinya sendiri namun belum tiba masanya untuk dia menjumpai jawapan tersebut.

Dia memandang sekeliling namun kosong. Kosong seperti hatinya sendiri. Mungkin mereka semua sudah bergerak ke kelas masing masing. Hanya dirinya sahaja yang masih di situ memandangkan kelasnya sudah tamat. Ingin pulang namun tiada siapa yang menanti kepulangannya. Mindanya kini sudah merawang ke arah masa lalu di mana berlakunya kejadian yang tidak diingini oleh keluarganya sekaligus membuatkan dirinya terjebak dalam hal membunuh ini hanya kerana sebuah dendam.

~flashback~

Rumah agam yang dahulumya tersergam indah kini sudah tunggang langgang disebabkan dendam amarah oleh musuh bapanya. Tidak. Bapanya tidak pernah bermusuh tapi sudah menjadi lumrah manusia tidak boleh melihat orang lain senang disebabkan iri hati.

Kini seluruh keluarganya dipegang erat oleh orang orang suruhan musuh bapanya itu. Dapat dia lihat adik adiknya yang masih kecil itu sudah tidak bermaya. Namun dirinya masih mampu bertahan walaupon pada waktu itu usianya baru sahaja mencecah 15 tahun. Ibunya hanya mampu menangis melihat bapanya dipukul tanpa henti. Apa salah bapanya sehingga orang sanggup berlaku zalim kepada bapanya?

Sedang bapanya dipukul tanpa henti dia ternampak seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan bapanya datang menghampiri.

"Mr. Bang. Heh. Did you remember me?" Soal lelaki tersebut. Mr. Bang yang sudah tidak bermaya tetap mendongakkan kepalanya perlaha  lahan memandang ke arah lelaki itu.

"Who are you?" Soal Mr. Bang. Lelaki itu berpura pura ketawa.

"Kau dah lupa ke orang yang kau buang mentah mentah ni? Ni aku lah. Mr. Kwon" Kata lelaki tersebut.

"What do you want? Bukankah semuanya sudah selesai?" Soal Mr. Bang. Mr. Kwon hanya tergelak sinis.

"Kau tanya apa yang aku nak? Heh. Dah tentulah aku nak kau mati" Kata Mr. Kwon. Pistol dikoceknya dikeluarkan dan dihalakan ke arah Mr. Bang. Bangchan yang melihat situasi tersebut terus meronta.

"Lepaskan aku lah sial!!!" Jerit Bangchan. Die terus bergelut ingin melepaskan diri demi mendapatkan bapanya. Namun usahanya hanya sia sia. Badannya terus di pukul oleh orang orang suruhan Mr. Kwon.

"Le...lepaskan dia" Kata M. Bang dengan lemah. Mr. Kwon yang melihat Bangchan sudah lemah tersenyum sinis.

"Baik. Lepaskan dia" Arah Mr. Kwon. Orang suruhannya terus menolak Bangchan yang lemah itu ke lantai. Bangchan mengerang kesakitan akibat tumbukan dan sepakan yang diterimanya. Ibunya dan adik adiknya hanya mampu menangis.

"Kuat betul anak kau tu. Aku tukar fikiran lah. Aku nak anak kau. Dan aku nak korang semua...MATI" Kata Mr. Kwon. Tembakan dilepaskan ke arah ibunya.

~BANGG~

"Omma!!!" Jerit mereka semua. Baru sahaja Bangchan ingin bergerak ke arah ibunya, badannya sudah ditendang. Bangchan hanya mampu melihat jasad ibunya yang sudah tidak bernyawa sambil mengerang.

"Opss terlepas pulak" Kata Mr. Kwon sambil tertawa sinis. Bangchan hanya memandangnya dengan penuh dendam.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now