TK(BC)

365 52 4
                                    

This is flashback macam mana diorang boleh berkawan. And waktu ni diorang still sekolah menengah.

Bangchan merupakan seorang pelajar pertukaran dari Sydney. Bangchan melangkah masuk ke dalam sekolah. Masuk sahaja sekolah itu dia ternampak sekumpulan pelajar sedang menyaksikan sesuatu.

Bangchan hanya mengabaikan. Matlamat dia hanyalah satu iaitu ingin mencari pejabat. Tiba tiba dia terdengar seorang pelajar menjerit dia kalangan kelompok pelajar tersebut. Bangchan mendekati dan ternampak seorang pelajar sedang dibuli atau lebih tepat dipukul namun tiada siapa yang menghalang.

Bangchan mengambil batu di tanah dan membaling batu tersebut ke arah seorang budak yang sedang membuli. Pembuli tersebut memandang Bangchan dengan marah namun Bangchan masih lagi tenang. Dia mendekati Bangchan dan ingin menumbuk Bangchan tetapi sempat di halang oleh Bangchan.

Tangan pembuli itu dipusingkan. Bangchan memusingkan badan pembuli itu dan membawa tangan pembuli itu ke belakang. Mengerang kesakitan dibuatnya. Bangchan terus menolak pembuli tersebut sehingga terjatuh tersungkur. Bangchan mendekati budak yang dibuli tadi. Tangan dihulurkan. Sempat Bangchan melihat tanda namanya yang tertulis 'Han Jisung'.

Cermin mata Han Jisung yang berada di atas tanah di ambil lalu dihulur kepadanya.

"Tt..terima kasih" Kata Han Jisung. Bangchan hanya mengangguk lalu berlalu pergi. Han Jisung terus mengejar Bangchan.

"Tunggu!!" Laung Han Jisung. Bangchan terus menghentikan langkahnya lalu berpaling ke arah Han Jisung.

"Kk...kau budak baru ke?" Soal Han Jisung. Bangchan hanya mengangguk.

"Nama aku Han" Kata Han Jisung sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat. Bangchan menyambut huluran tersebut.

"Bangchan" Kata Bangchan singkat. Han hanya mengangguk.

"Mesti kau cari pejabat kan?" Soal Han dan mendapat anggukkan dari Bangchan.

"Biar aku teman" Kata Han sambil tersenyum. Bangchan mengangguk dan mengikuti langkah Han. Selepas sahaja balik dari pejabat Bangchan membawa Han ke bilik kesihatan untuk merawat luka dia wajah Han.

🔪🔪🔪

Sejak dari itu Bangchan dan Han sentiasa berdua. Bangchan akan sentiasa melindungi Han ketika Han dibuli. Gaya Han masih lagi sama. Berkaca mata memandangkan dia seorang yang rabun.

"Han" Panggil Bangchan. Han yang sedang makan memandang ke arah Bangchan.

"Yes hyung" Kata Han. Panggilan mereka sudah berubah apabila Han mendapati bahawa Bangchan lebih tua beberapa tahun darinya. Itu bermakna Bangchan merupakan pelajar tahun terakhir di sekolah tersebut kerana Han merupakan pelajar tingkatan 2.

"Kau taknak ubah penampilan ke?" Soal Bangchan. Han terus terhenti makan.

"Nak ubah macam mana?" Soal Han sambil memandang Bangchan.

"Ubah je lah. Tak perlu pakai cermin mata. And rambut tu. Tukar gaya" Kata Bangchan. Han memuncungkan bibirnya.

"Ish tak reti lah hyung. Okay apa macam ni" Kata Han. Bangchan berdecit perlahan.

"Petang nanti hyung datang rumah. Ikut hyung" Kata Bangchan. Han mengeluh perlahan.

"Pergi mana?" Soal Han. Bangchan hanya tersenyum nipis membiarkan soalan Han tidak berjawab. Mereka berdua terus menyambung makan sebelum masuk ke kelas.

Tiba tiba kekecohan berlaku di kantin sekolah tersebut. Seorang budak lelaki ditolak hingga terjatuh. Badan budak lelaki itu disimbah dengan air depan mata Bangchan sendiri. Bangchan hanya memerhati.

"Hyung" Panggil Han sambil memandang Bangchan. Bangchan hanya tersenyum sinis. Dia masih lagi memerhati. Badan budak lelaki itu ditolak hingga ke meja tempat Bangchan dan Han duduk. Bangchan bangun perlahan lahan. Baru sahaja badan budak lelaki itu ingin di angkat semula, Bangchan sudah menghalang.

"Buat apa ni bro?" Soal Bangchan sinis.

"Kau lagi" Kata lelaki itu. Dia lah yang pernah membuli Han dulu. Bangchan hanya tersenyum sinis memandang lelaki tersebut.

"Jangan ganggu budak ni lagi kalau kau taknak kena macam haritu" Ugut Bangchan. Bangchan menyuruh Han membantu lelaki yang dipukul tadi. Han menurut lalu membantu lelaki itu bangun.

"Aku kisah apa" Kata lelaki itu ingin cuba menumbuk Bangchan tetapi dapat di elak Bangchan. Bangchan menolak lelaki tersebut jauh darinya. Lelaki itu berlari ingin menumbuk Bangchan. Tetapi dengan mudah Bangchan mengelak membuatkan lelaki itu terlajak dan terjatuh.

Bangchan terus mendekati Han. Bangchan memandang tanda nama lelaki yang dipukul itu. 'Lee Minho'. Tiba tiba lelaki tadi bangun dan serang Bangchan dari belakang. Dia menarik Bangchan menggunakan lengannya yang berada telat di leher Bangchan. Terbatuk batuk Bangchan dibuatnya.

Bangchan meletakkan kakinya di tengah tengah kaki lelaki tersebut. Dia menarik kakinya ketepi membuatkan lelaki itu terjatuh. Diri Bangchan juga terjatuh akibat tangan lelaki itu masih berada di lehernya. Badan terus menyiku perut lelaki itu dengan kuat sehingga tangan lelaki itu terlepas dari leher Bangchan. Bangchan memegang lehernya dengan sebelah tangan.

Bangchan menarik rambut lelaki itu membuatkan lelaki itu mendongak memandang Bangchan.

"Kalau lepas ni aku nampak kau buli budak lagi, siap lah kau" Kata Bangchan lalu melepaskan genggaman tersebut. Dia berjalan mendekati Han dan budak lelaki yang dibuli tadi.

"Nama kau siapa?" Soal Bangchan. Budak lelaki yang dibuli tadi kelihatan takut. Takut dijadikan hamba kepada Bangchan kerana sepanjang dia berada di sekolah itu dia sentiasa menjadi hamba kepada sesiapa sahaja kerana dirinya tidak berani melawan.

"Ll..Lee Minho" Kata lelaki itu. Bangchan memandang dia sambil mengangkat kening.

"Kau nak aku panggil kau Lee Minho ke?" Soal Bangchan tenang. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.

"Aa...ani. Panggil Lino je" Kata lelaki itu. Bangchan hanya mengangguk.

"Kau ada baju lebih tak?" Soal Bangchan. Lino yang sedang menundukkan kepalanya hanya menggelengkan kepala. Tidak berani ingin memandang Bangchan.

"Jom ikut aku ambil baju. Kau pakai dulu baju aku. Lepas tu pergi bilik kesihatan. Bibir kau pecah tu" Kata Bangchan lalu memapah Lino. Han hanya mengikuti dari tepi. Dia berasa bangga kerana berkenalan dengan Bangchan. Jika tidak pasti ramai yang akan jadi mangsa buli jika tiada Bangchan di sekolah ini.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now