TK(BC)

372 52 3
                                    

Shownu menunggu rakan rakan Bangchan di hadapan rumah Bangchan seperti yang dijanjikan. Jam ditangannya dilihat. Dia terus melihat ke arah jalan raya dan ternampak rakan rakan Bangchan dalam perjalanan. Shownu tersenyum.

"Mereka sayangkan kau Bangchan"

Bisik hati Shownu. Kesemua mereka mendekati Shownu yang sedang berdiri menanti mereka. Shownu menayangkan senyuman nipis terhadal mereka.

"Dah boleh pergi?" Soal Shownu ingin kepastian. Lino melihat jam di telephonenya.

"Kejap hyung. Tunggu lagi sorang. Kalau 5 minit dia tak sampai kita pergi" Kata Lino. Shownu mengangguk.

5 minit telah berlalu. Lino mengeluh perlahan. Shownu diam tersenyum nipis.

"Takpelah kalau dia taknak. Mungkin dia perlukan masa" Kata Shownu sambil menepuk bahu Lino. Lino hanya menganggukkan kepalanya. Kesemua mereka memusingkan badan untuk berjalan ke kereta Shownu.

"Kejap!!" Jerit seseorang. Kesemua rakan Bangchan tersenyum. Mereka semua memandang ke arah gerangan yang menjerit itu. Shownu tersenyum kecil.

"Changbin. Aku ingat kau taknak pergi" Kata Lino sambil membuat muka terkejut. Changbin tersenyum.

"Mana boleh tak pergi. Eh cepatlah. Nanti lambat pula" Kata Changbin. Mereka semua mengangguk. Shownu terus membuka kunci kereta. Masing masingmasuk ke dalam kereta Shownu yang mahal itu.

Shownu menggelengkan kepalanya melihat mereka berebut ingin masuk ke dalam kereta. Tersenyum dibuatnya apabila perangai mereka mengingatkannya pada Bangchan. Shownu segera masuk ke dalam kereya dan memandu ke balai polis untuk melawat Bangchan.

🔪🔪🔪

"Tolonglah encik. Kami nak jumpa kawan kami" Pujuk Shownu kepada pegawai polis yang menjaga kaunter di situ.

"Tak boleh. Siasatan masih dijalankan. Lagipon dia masih belum dijatuhkan hukuman" Kata pegawai polis tersebut kepada mereka. Mereka masih lagi tidak berhenti memujuk pegawai polis tersebut sehinggalah seorang lagi pegawai polis menghampiri mereka.

"Kenapa ni?" Soal pegawai polis yang baru sahaja hadir itu.

"Ah inspektor Woojin. Ni mereka nak jumoa banduan bernama Bangchan" Kata pegawai polis tersebut. Inspektor Woojin mengalihkan pandangan memandang Shownu dan rakan rakan Bangchan.

"Ouh takpe. Biar saya uruskan" Kata inspektor Woojin lalu mengajak mereka untuk mengikutinya ke pejabatnya. Mereka semua hanya ikut tanpa membantah.

"Encik boleh bawa kitorang jumpa Chan hyung ke?" Soal Jeongin. Inspektor Woojin tersenyum nipis memandang mereka. Mereka semua kini sudah berada di pejabat inspektor Woojin.

"Boleh..."

"Betul ke?" Soal mereka semua memotong kata kata inspektor Woojin. Inspektor Woojin tersenyum lalu mengangguk.

"Tapi dengan syarat" Kata inspektor Woojin. Mereka memandang inspektor Woojin dengan penuh berharap.

"Korang kena tolong saya selesaikan kes ni dengan cepat" Kata inspektor Woojin. Mereka memandang inspektor Woojin dengan pelik.

"Tapi macam mana?" Soal Felix. Inspektor Woojin tersenyum nipis.

"Pujuk Bangchan supaya bantu pihak polis" Kata inspektor Woojin membuatkan mereka memandangnya dengan pelik.

"Tak paham" Kata mereka semua. Inspektor Woojin menepuk dahinya perlahan.

"Macam ni. Bangchan masih lagi belum mengaku bersalah. Soal siasat ke atasnya terpaksa diberhentikan. Jadi saya nak awak pujuk Bangchan supaya dia mengaku salah dan menceritakan semuanya. Boleh?" Soal inspektor Woojin. Mereka semua mengangguk.

"Tapi hukuman dia boleh dikurangkan ke?" Soal Shownu sambil memandang inspektor Woljin. Hanya itu yang dia mahu tahu. Inspektor Woojin mengangkat bahunya.

"Saya tak pasti. Tapi saya akan bantu kurangkan hukumannya. Sebab tu saya mahu Bangchan ceritakan semuanya terutamanya pada peguamnya. Lagipon saya bukan hakim" Kata inspektor Woojin. Diakhir katanya kelihatan bergurau. Mereka semua mengangguk.

"Jom saya bawa korang semua jumpa Bangchan" Kata inspektor Woojin. Mereka bersorak gembira.

🔪🔪🔪

"No.1944" Panggil seorang pegawai polis. Bangchan sedar itu adalah no yang tertera pada bajunya. Namun dia abaikan.

"Ada pelawat datang" Kata pegawai polis itu lagi. Bangchan yang sedang duduk memeluk lutut terus bangun. Dia pasti itu adalah Shownu. Siapa lagi yang akan datang melawatnya? Kawan? Mungkin tidak baginya.

Pegawai polis itu menggari kedua tangan Bangchan lalu membawa Bangchan ke arah lain.

"Korang nak bawak aku pergi mana ni? Bukan-"

"Inspektor Woojin arahkan kami bawa encik ke tempat lain" Kata pegawai polis tersebut. Kata katanya itu membuatkan Bangchan pelik. 

Mereka membawa Bnagchan ke sebuah bilik. Pintu dibuka. Bangchan melangkah masuk dan ternampak inspektor Woojin dan seorang lagi iaitu pelawatnya yang duduk membelakanginya. Bangchan mendekati dengan tangannya yang masih digari.

"Hyung" Kata Bangchan perlahan. Shownu terus memandan Bangchan yang berada di belakangnya. Shownu tersenyum lalu menarik Bangchan ke dalam pelukan.

"Chan okay?" Soal Shownu. Bangchan tersenyum nipis lalu mengangguk. Shownu menyuruh Bangchan duduk membelakangi pintu. Inspektor Woojin hanya menjadi pemerhati.

"Chan okay ke dekat sini?" Soal Shownu. Bangchan tersenyum melihat Shownu risau terhadap dirinya.

"Hyung. Aku okay je. Takyah risau lah" Kata Bangchan laly tertawa kecil. Shownu memegang tangan Bangchan yang masih lagi bergari.

"Sakit tak?" Soal Shownu. Bangchan memandang Shownu pelik sambil menggelengkan kepala.

"Hyung kenapa sweet sangat ni? So cringe" Kata Bangchan seperti mengejek. Shownu yang kegeraman terus menjentik dahi Bangchan.

"Salah ke nak risau dekat kau? Kau tu adik hyung tau tak" Kata Shownu tidak berpuas hati. Matanya menjeling Bangchan yang tersengih mengejek di hadapannya.

"Alololo. Merajuk ke?" Perli Bangchan. Shownu terus menolak kepala Bangchan.

"Bla lah kau" Kata Shownu. Bangchan tergelak melihat reaksi Shownu. Inspektor Woojin hanya tersenyum melihatan mereka berdua. Walaupon bukan adik beradik kandung tapi kasih sayang adik beradik itu tetap ada.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now