TK(BC)

369 55 7
                                    

Bangchan memberi sebungkus roti kepada Lino selepas selesai merawat bibir Lino. Perlahan lahan Lino mengambil roti tersebut. Bangchan tersenyum nipis.

"Kau tak perlu takut. Aku takkan jadikan kau hamba aku. Aku cuma nak jadikan kau kawan" Kata Bangchan tenang. Lino kelihatan terkejut. Bagaimana Bangchan boleh tahu?

"Well nama aku Bangchan. Tapi aku rasa kau kena panggil aku hyung sebab aku senior kau" Kata Bangchan lalu memandang ke arah Lino. Lino mengangguk. Perlahan lahan Lino membuka plastik roti itu sebelum menyuapkan ke dalam mulutnya.

"Kau free tak petang ni?" Soal Bangchan. Lino mengangguk sambil memandang Bangchan.

"Bagi hyung alamat rumah kau. Petang ni hyung datang" Kata Bangchan. Lino kelihatan terkejut mendengar kata kata Bangchan.

"Nn...nak buat apa?" Soal Lino. Bangchan hanya tersenyum nipis. Akhirnya Lino memberi alamat rumahnya kepada Bangchan.

🔪🔪🔪

Kini Bangchan telah mengubah penampilan mereka berdua. Han yang dahulu memakai cermin mata berserta rambutnya yang kelihatan seperti budak skema kini telah diubah. Cermin mata ditukar kepada 'contact lens' (betul ke ejaan dia?)yang mempunyai power khas untuk orang yang mempunyai masalah mata atau lebih tepat rabun.

Lino yang sebelum ini memakai cermin mata dan pipinya sedikit berisi sudah diubah penampilannya. Cermin matanya juga ditukar kepada 'contact lens' memandangkan dia juga rabun. Bangchan juga telah membawa Lino ke sebuah gym dan mengajarnya cara untuk workout supaya badannya lebih kurus dan sesuai untuk wajahnya yang menawan.

Mereka berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah dan semua murid sekolah di situ memerhatikan mereka terutamanya pelajar perempuan. Bangchan hanya tersenyum bangga. Han dan Lino kelihatan segan. Mereka berdua hanya mengikuti Bangchan bergerak ke kantin sekolah.

"Hyung. Han malulah" Kata Han yang sedang duduk di sebelah Bangchan. Lino yang berada di hadapan Bangchan mengangguk.

"Ye lh hyung. Ish tak biasa lah diperhati ramai macam ni" Kata Lino lalu menyuruh Han duduk di sebelahnya. Han hanya menurut. Bangchan tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat telatah mereka berdua.

Bangchan memandang sekeliling dan ternampak seorang budak lelaki yang kelihatan diabaikan. Setiap orang yang lalu di sebelahnya pasti akan melanggar bahunya sehingga terjatuh. Tak lupa juga akan dimaki walaupon bukan dia yang langgar bahu orang.

"Siapa dia tu?" Soal Bangchan pada Han dan Lino. Han dan Lino terus memandang ke arah yang dipandang Bangchan.

"Ouh dia budak kelas Han" Kata Han teruja.
"Nama dia siapa?" Soal Bangchan ingin tahu. Lino hanya mendengar memandangkan dia tidam berapa kenal budak lelaki itu.

"Nama dia Hwang Hyunjin. Han dengar orang taknak berkawan dengan dia sebab keluarga dia bukan oramg senang. Tapi dia pandai" Kata Han sambil tersenyum. Bangchan mengangguk memerhati Hyunjin yang kelihatan takut.

"Hyung. Ambillah dia jadi kawan kita. Kesian pula tengok dia" Kata Lino sambil memerhati Hyunjin. Han disebelahnya mengangguk setuju.

"Sabar. Kita tengok je dulu" Kata Bangchan membuatkan Han dan Lino keliru.

Mereka memerhatikan Hyunjin yang sudah terjatuh ingin bangun semula. Tiba tiba sekumpulan pelajar perempuan mendekati dan menuang air ke atas kepala Hyunjin.

"Opps. Sorry tak sengaja pula" Kata seorang perempuan yang menuang air itu. Ayat tersebut membuatkan Bangchan terkejut. Kerana ayat itu pernah diluahkan oleh Mr. Kwon. Bangchan terus bergerak ke arah Hyunjin diikuti oleh Han dan Lino.

Bangchan menghulurkan tangannya di hadapan Hyunjin membuatkan dia mendongak memandang Bangchan.

"Tt...tolong. Jangan buli saya" Kata Hyunjin takut. Bangchan tersenyum kecil. Dia terus memegang tangan Hyunjin menyuruhnya bangun. Perlahan lahan Hyunjin bangun.

"Jom ikut aku tukar baju" Kata Bangchan lembut. Hyunjin memandang Bangchan lama sebelum mengangguk perlahan. Kesemua murid di dalam kantin itu memandang mereka kerana sebelum ini tiada seorang pon yang sudi ingin berkawan dengan Hyunjin.

Sampai sahaja di bilik persalinan Bangchan memberi Hyunjin baju. Mereka semua menunggu Hyunjin di luar sementara Hyunjin menukar baju di dalam.

Selesai sahaja menukar baju, Hyunjin segera keluar. Bangchan tersenyum nipis melihat rambut Hyunjin yang kelihatan tidak teratur. Bangchan mendekati Hyunjin lalu mengubah suai rambut Hyunjin.

"Lepas ni datang sekolah rambut kemaskan macam ni" Kata Bangchan membuatkan Hyunjin mengangguk sambil tersenyum.

"Kau Hyunjin kan?" Soal Bangchan. Hyunjin mengangguk lalu memandang dua orang di belakang Bangchan dan pandangannya terhenti pada Han. Tersenyum kekok Hyunjin dibuatnya.

"Nama hyung Bangchan" Kata Bangchan. Hyunjin tersenyum kekok. Dia malu kerana sebelum ini tiada seorang pon yang mahu berbual dengannya. Apatah lagi ada yang berkata sopan dengannya.

"Han. Lepasni protect Hyunjin dalam kelas. Kalau ada something bad happend bagitau hyung" Kata Bangchan sambil memandang Han dan mendapat anggukan darinya. Bangchan memandang Hyunjin semula.

"Kalau lepasni takut nak masuk sekolah seorang diri. Tunggu hyung dekat luar. Nanti Han dengan Lino pon ada" Kata Bangchan. Hyunjin mengangguk sambil tersenyum nipis. Dia terus memeluk Bangchan membuatkan Bangchan terkejut. Malah Lino dan Han turut terkejut.

"Terima kasih hyung" Kata Hyunjin sambil memeluk Bangchan. Bangchan mengusap belakang kepala Hyunjin.

"Selama ni takde siapa pon nak berbual dengan saya. Apatah lagi nak jadikan kawan" Kata Hyunjin. Bangchan meleraikan pelukan tersebut.

"Dah tak payah nak berdrama sangat. Hyunjin dah jadi sebahagian dari keluarga hyung sekarang ni. Hyung dah anggap Hyunjin adik hyung sendiri. Lepasni kalau ada apa apa jadi bagitau dekat hyung. Ok?" Soal Bangchan di akhir ayatnya. Hyunjin mengangguk sambil tersenyum.

"Apa ni hyung? Hyung tak cakap pon hyung pernah anggap kitorang ni macan adik hyung sendiri" Protes Han sambil memuncungkan mulutnya. Bangchan berdecit perlahan.

"Nak juga ke?" Kata Bangchan lalu menggelengkan kepalanya.

"Mesti lah nak. Kitorang pon nak jadi adik hyung juga" Kata Lino membuatkan Bangchan tersenyum. Bangchan mendepakan tangannya.

"Hah cepat" Kata Bangchan. Lino dan Han terus memeluk Bangchan.

"Hyung pon dah anggap korang macam adik hyung sendiri. Sejak dari awal kita jumpa lagi" Kata Bangchan. Hampir menangis mereka apabila mendengar apa yang dikatakan Bangchan. Hyunjin yang memerhati hanya tersenyum nipis. Bangchan terus meleraikan pelukan.

"Dah pergi masuk kelas masing masing. Nanti cikgu marah jangan salahkan hyung" Kata Bangchan. Mereka bertiga hanya mengangguk lalu berlalu pergi untuk masuk ke dalam kelas. Bangchan tersenyum sebelum berpusing untuk masuk ke dalam kelas memandangkan kelasnya berada di blok lain.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now