TK(BC)

367 55 3
                                    

Di bilik soal siasat kelihatan Inspektor Woojin sedang menyoal siasat diri Bangchan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di bilik soal siasat kelihatan Inspektor Woojin sedang menyoal siasat diri Bangchan. Bangchan memberitahu kesemuanya secara jujur. Kesemua tentang kes pembunuhan yang dirinya lakukan.

Pelbagai soalan inspektor Woojin keluarkan. Dia menyorok senyuma melihat Bangchan mengaku bersalah. Sungguh memudahkan kerjanya.

Selesai sahaja soal siasat mereka semua bersurai. Tetapi inspektor Woojin meminta pegawai yang bertugas membawa Bangchan ke sel untuk membiarkan Bangchan di situ.

Kini tinggal mereka berdua. Hanya inspektor Woojin dan Bangchan. Bangchan mengangkat kening memandang Woojin.

"Chan. Aku ada benda nak cakap" Kata inspektor Woojin. Bangchan menggumam sambil mengangkat kening. Dia malas hendak bersuara. Sudah banyak dia bercakap tadi.

"Pasal kes kau ni. Sebenarnya ada orang yang bantu aku" Kata inspektor Woojin. Bangchan tersenyum menyenget.

"Aku tau" Kata Bangchan. Inspektor Woojin memandang Bangchan sambil mengerutkan dahinya.

"Maksud kau?" Soal inspektor Woojin.

"Hannah. Kan?" Soal Bangchan. Inspektor Woojin memandang Bangchan.

"Macam mana-"

"Aku nampak dia pegang perakam suara tu. Bentuk pen. Kan?" Soal Bangchan selepas menerangkan segalanya. Inspektor Woojin menganggukkan kepalanya.

"Habistu. Kenapa kau tak-"

"Tak ambil pen tu?" Soal Bangchan memotong kata kata inspektor Woojin. Dari tadi ayatnya tidak habis. Inspektor Woojin mengangguk.

"Buat apa? Memang aku nak serah diri pon. So takde gunanya aku musnahkan benda tu" Kata Bangchan tenang. Inspektor Woojin hanya tersenyum.

"Kau taknak jumpa Hannah?" Soal inspektor Woojin. Bangchan menggelengkan kepalanya.

"Buat masa sekarang ni aku nak semuanya selesai dulu baru aku jumpa dia" Kata Bangchan. Inspektor Woojin mengangguk sebelum membawa Bangchan ke selnya.







Bangchan sedang duduk di sebuah bilik. Inspektor Woojon kata dia perlu menunggu peguamnya. Keadaan sekitar bilik itu diperhati. Kosong. Seperti biasa kerusi dan meja.

Bangchan meletakkan tangannya di atas meja. Jarinya mengetuk ngetuk meja sambil mulutnya bernyanyi perlahan.

(Bellyache by Billie Eilish)

Sittin' all alone
Mouth full of gum
In the driveway
My friends aren't far
In the back of my car
Lay their bodies

Where's my mind
Where's my mind

They'll be here pretty soon
Lookin' through my room for the money
I'm bitin' my nails
I'm too young to go to jail
It's kinda funny

Where's my mind
Where's my mind
Where's my mind
Where's my mind

Nyanyian Bangchan terhenti apabila seseorang masuk ke dalam bilik tersebut. Nasib dia bernyanyi perlahan sahaja. Tangan yang berada di atas meja segera diturunkan.

"Hye Mr. Bangchan" Kata si dia. Bangchan mengangguk sambil memandangnya dengan kening terangkat.

"Saya Younghoon. Kim Younghoon. Peguam awak" Kata si dia.

"Aaaa" Kata Bangchan sambil mengangguk. Younghoon tersenyum melihat Bangchan.

"Sedap suara" Kata Younghoon. Bangchan terkaku. Wajah terkejut bercampur blur ditayangkan dan mengundang tawa Younghoon.

"Saya dengar tadi. Saja je masuk lambat" Kata Younghoon. Bangchan kelihatan sedikit malu. Bibirnya digigit perlahan.

"Ok takpe kita teruskan" Kata Younghoon mengubah topik. Laju sahaja Bangchan mengangguk.

Pelbagai soalan yang Younghoon keluarkan. Bangchan hanya menjawab dengan jujur. Dia sudah berjanji dengan rakan rakannya untuk membantu pihak polis dan buat apa yang patut supaya hukumannya dikurangkan.

"Ok. Last question" Kata Younghoon. Perakam suara di hadapannya di matikan. Bangchan hanya memandang Younghoon.

"Awak rasa apa yang akan bantu awak supaya hukuman awak diringankan?" Soal Younghoon. Bangchan mengerutkan dahinya.

"Maksud tuan?" Soal Bangchan kurang memahami. Younghoon tersenyum nipis.

"Apa apa je. Like awak pernah ambil ubat apa apa. Or maybe dapat surat dari doktor?" Soal Younghoon. Bangchan memandang Younghon sambil tersengih. Jarinya dipetik. Bangchan menggigit bibirnya lalu mengangguk laju. Younghoon tersenyum lalu memeluk tubuh. Badannya disandarkan pada kerusi.

Mudah kerjanya kali ini. Duit pon masyukk. Bangchan terus memberitahu segalanya kepada Younghoon.

Finally update juga

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now